Khamis, Ogos 16, 2007

Rock Kapak...

Rock kapak brader, maseh ingat lagi dengan kehebatan dan kemeriahan Rock 80an dulu tu. Kemunculan kumpulan-kumpulan Rock bagaikan cendawan yang membiak tiada batasan. Pabila sebut nama-nama seperti Search, Gersang, Lefthanded, Crossfire, Wings, Junction, Desire, May, GET, Sofea, U-Topia, Ababil, Black Rose, Bloodshed, BPR, Ekamatra dan lain-lain lagi, pasti anak-anak muda zaman 80an teringat dengan siulan lagu-lagu merdu: Sendiri, Isabella, Bunga Padang Pasir, Realiti & Fantasi, Cinta Sejuta Warna, Tiada Lagi Kidungmu, Sejati, Masih Aku Terasa... haha, mustahil untuk dilupakan. Bayangkan, zaman sekolah rendah antara 1984-1989 tu memang pesat membangun dengan kumpulan2 rock nie.
Muzik-muzik di TV3 dikuasai oleh kumpulan2 nie la.. Kalau nak tengok mcm mana rupanya zaman tu, tengoklah cerita "Rock".
Fesyen seluar ketat belang2, ada lambang sunrise la memang best la. Bersambung seterusnya pada 1990-1992 dengan imej baru. Sedikit turun lepas tahun 1992 di mana muzik Rap melanda tanah air...

Tu lah serba sedikit yang nak dicheritakan dan yang terkenang semasa di zaman 80an yang havoc dengan budak-budak Rocknya... Hidup Rock...

Gambar di atas adalah dipinjam dari "MelayuRock". Kalau nak tengok koleksi Rock 80an, boleh pi kat website nie: http://melayurock.blogspot.com/ dan http://www.lagendarock.com/

11 ulasan:

Unknown berkata...

ngam siot site tu... memang rock kapak dulu2 paling best... terima kasih nan dengan info ni...

Shima berkata...

ni apa rock kapak lak ni ;)

Nandre The Legend berkata...

hahahaha, tu la shimra, hang tak menghayati zaman nie..

aku n hubby hang mmg layan gila2 benda nie masa kecik2 dulu.. kalau tak melalui benda nie, memang tak sah la... hang tanya budak2 kecik taun 80an dulu2 nie..

hahahahaa...

Nandre The Legend berkata...

tapi takpa, aku cuba idupkan kumbali zaman yang best nie, pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

balek sekolah rock, lepas makan rock, nak tido pon rock... apa2 pon rock la masa tu.

hang mesti ingat, zaman tu budak2 suka conteng Rock kat beg sekolah la.. semua tu, ingat tak?

Shima berkata...

aku tau zmn tu tp aku x brapa minat sgt. Setakat layan lagu skit2 tu ok la. mmm..aku sekolah pompuan aa..convent lak tu...mana da conteng2 beg sekolah ni. hehe

Nandre The Legend berkata...

rock brader...

Tanpa Nama berkata...

hello bro...
yeah!! idup rock kapak!!!
walaupun aku dilahirkan ketika zaman adanya astro, aku tetap meminati muzik rock kapak, tukul, pahat dan yang sewaktu dengannya....
cayalah....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,Mr. Nandre.

Saja nak kongsi, saya ngan husband suka lagu Bloodshed:Serikandi Cintaku. Best la lagu-lagu di era ini.

Tanpa Nama berkata...

aminto...

aku memang dah tau yang hang memang suka dgn lagu2 nie walaupon hang kan hip-hup... yoyo..

makaseh la amin karna suka kan lagu2 nie... aku memang menghargai sumbangan kalian..

yeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Tanpa Nama berkata...

salam pagi ain...

wah dah lama tidak berkomunikasi nie.. amacham life skrg ni?
ada bagus ka? dok mana la nie?

serikandi cintaku adalah lagu yang best dan berhantu dikalangan muda-muda tahun 80an dulu tu.. fehhhhhhhhhhhhh.... si opie la penyanyi dia tu, tangkap lentok dengan lagu slow rock melayu...

jangan matikan rock kapak, rock kapak terus idup..

Tanpa Nama berkata...

Mr. Nandre.. life macam biasa la.. Hari-hari masak untuk suami, tolong dia buat assignment, bancuh kopi bila dia stay up memalam study hehehehe Dia sambung study kat UTHM B.Pahat. Tiap minggu kena gi sana. Tu la pasalnya saya berenti dulu sebab rasa celaru la nak susun masa.

La ni batch dia dah kena attend class kat Shah Alam je, tak yah dah gi B.Pahat. Cheh.. rugi je berenti PLF aritu. Nak masuk balikkkk hehehehe

Apa khabar semua? Orang rumah awak pulak macam mana, harap sihat la hendaknya ye.

Ceria-ceria selalu..