Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 17, 2025

The Art of Effective Intervention

 

Isnin, Ogos 11, 2025

Rumah Kelahiran PMX

Foto ihsan Internet 

Rumah Kelahiran PMX di Jalan Alma, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Rumah yang asalnya sudah tiada. Namun, rumah ini dibangunkan semula dengan rekabentuk yang baharu. 

Ahad, Ogos 10, 2025

Umur 78 Tahun: Tapi Nampak Muda Dari Usia?


Hari ini PMX genap 78 tahun. Kalau tengok cara berjalan, bercakap, dan tahap energinya… memang ramai akan kata

“tak nampak pun macam dah 78.”
Ini bukan post politik ini sekadar pemerhatian tentang gaya hidup sihat yang mungkin jadi rahsia beliau.
Apa yang kita perhatikan, dan kenapa ia beri kesan:
1. Berat badan terkawal.
Kalau tengok berat badan PMX terkawal. jantung akan lebih ringan bekerja, sendi kurang terbeban dan kulit cenderung nampak segar. Tak perlu kurus melidi, cukup berada di julat sihat dan konsisten.
2. Tidak merokok
Jika diperhatian beliau tidak merokok. Bibirnya pink dan tidak kelihatan sepeti pengguna nikotin. Rokok percepatkan penuaan kulit kerana rosakkan kolagen dan aliran darah ke muka. Bila tak merokok, nafas lebih panjang, degupan lebih stabil, dan wajah kurang kusam.
3. Aktif bersenam, kerap jogging
Selalu tengok PMX bersenam. Pergi luar negara pun rajin brisk walk. Senaman ringan atau brisk walk sudah cukup untuk tingkatkan tenaga harian. Ringkasnya, bila badan bergerak, muka pun ikut berseri.
4. Ketahanan mental yang kuat
Sudah tentu, berada di posisi beliau, ketahanan mental sgt tinggi. Mampu mengurus tekanan dan cabaran politik bertahun-tahun bukan satu perkara mudah.
5. Pemeriksaan kesihatan berkala
Dalam program2 kesihatan, PMX selalu buat pemeriksaan kesihatan. Saringan tekanan darah, gula, kolesterol, tangkap awal masalah “senyap” sebelum jadi besar.
6. Tidur cukup dan rutin konsisten
Ini paling penting. Tidur yang cukup bantu tubuh baiki tisu, mantapkan memori dan stabilkan hormon lapar.
7. Pemakanan seimbang dan cukup air
Kalau tengok diet beliau. Lebihkan sayur, buah, protein berkualiti dan lemak sihat, kurangkan gula tambahan dan makanan ultra-proses.
Akhirnya, satu kunci besar: konsisten. Bukan sekali dua, tetapi tabiat kecil yang diulang hari-hari.

Sumber: FB Public Health Malaysia

Salam Ulangtahun ke-78 kepada PMX

 


🎉 Selamat Hari Jadi YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim! Semoga YAB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan jiwa dan kebijaksanaan dalam memimpin negara ke arah masa depan yang lebih adil, makmur dan bersatu. Moga segala usaha dan perjuangan YAB terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas dedikasi dan kepimpinan yang berterusan demi Malaysia. 

Rabu, Ogos 06, 2025

Master Your English - PMX

Source: NST (15 July 2025)

Isnin, Julai 28, 2025

Perhimpunan 26 Julai 2025: PMX Berjiwa Besar


Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.

Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM

Sumber: FB Anwar Ibrahim | 26 Julai 2025

Nota: Foto menunjukkan jumlah 'like' setakat 28 Julai 2025.

Ahad, April 27, 2025

Anwar Ibrahim - A Retrospective Journey


ANWAR IBRAHIM - A RETROSPECTIVE JOURNEY

Dato' Sri Anwar Ibrahim. Ada yang memanggilnya sesumpah politik, satu kewujudan yang sukar difahami. Tokoh lantang politik, pendebat hebat, kolumnis New York Times, pemimpin ABIM, dan suatu ketika dahulu graduan Universiti Malaya dan MCKK, yang membawa cita-cita tinggi ke dalam landskap politik yang belum bersedia menerimanya. Dalam banyak cara, beliau telah mengubah sebahagian besar politik negara kita dan cara ramai di antara kita melihat Malaysia, sama ada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya.

24 tahun ialah tempoh yang lama.

Ia bukanlah 99 tahun, tetapi itulah tempoh masa yang Dato' Sri Anwar Ibrahim tunggu sejak beliau dipenjarakan kali pertama pada tahun 1998 selepas Reformasi, sehinggalah beliau naik ke jawatan tertinggi negara — menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dalam perjalanan retrospektif ini, anda akan melihat perjalanan hidup Anwar sejak zaman kanak-kanaknya hingga ke detik-detik penting dalam kerjaya dan kehidupannya, sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri, dan juga saat-saat penting dalam fasa baharunya sekarang. Ia merupakan sumber pendidikan yang baik bagi mereka yang ingin mengenali kisah hidup Perdana Menteri kita dan peristiwa-peristiwa penting sepanjang perjalanannya. Sudah tentu, Anwar ialah tokoh yang tidak lari daripada kontroversi.

Daripada skandal dan tuduhan liwat daripada individu seperti Ummi Hafilda hinggalah sekumpulan musuh yang terlalu banyak untuk disenaraikan, beliau tetap bertahan dalam pelbagai cara, sebagai ketua pembangkang, wira antarabangsa, dan tokoh penuh kontroversi yang sering menjadi sasaran laman-laman pembenci yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan — satu demi satu — dalam semesta pelik yang dipenuhi dengan perikatan aneh antara sahabat dan musuh, berserta dengan elemen legenda yang saling bertindih dalam sejarah politik dan dinasti.

Sama ada anda menyukai atau membencinya, beliau tetap Perdana Menteri negara kita, dan tugas beliau, sama ada kita suka atau tidak, adalah untuk memimpin kita ke era seterusnya.
Setiap imej yang wujud dalam koleksi ini mempunyai kaitan dengan ciri-ciri Dato’ Seri Anwar ataupun peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan beliau - sila nikmati dan membaca.
Legasi Dato’ Seri Anwar bukanlah sesuatu yang kita patut idealisasikan ataupun jatuhkan semata-mata kerana beliau merupakan seseorang yang rumit - tetapi ia merupakan legasi yang harus diperlihatkan dalam konteks sejarah; beliau bukannya seseorang yang sempurna, dan legasinya penuh dengan kemuliaan berserta dengan kepahitan juga.

Namun begitu, tak kira kamu cintakan ataupun bencikannya, Dato’ Seri Anwar tetap tokoh negarawan Malaysia - marilah kita bersama memahami dan berfikir tentang legasinya terhadap negara Malaysia!

Jikalau anda terasa bahawa post ini bernilai ataupun bermanfaat, mohon klik ‘like’ dan juga tolong sharekan melalui FB ataupun kepada group Whatsapp dan kepada kawan-kawan anda sekalian, khususnya anak muda yang mungkin tak faham apa yang Dato’ Seri Anwar telah capaikan dan juga kawan lama yang ingin ambil tahu tentang aspek-aspek legasi beliau yang mungkin tidak diketahui.

Terima kasih!
Victor Tan.
Instagram: www.instagram.com/victortanws
YouTube: www.youtube.com/@VictorTan
Email (biz): victortanws@gmail.com

Sekiranya anda sudi sumbang kepada usaha saya, dipersilakan menyumbang dengan belikan saya secawan kopi! buymeacoffee.com/victortanws

Terima kasih sekiranya anda sudi berbuat begitu!

Untuk pertanyaan bisnes berkaitan pembuatan retrospektif, umpamanya, sila bermesej dengan saya melalui Facebook, ataupun hantarkan emel kepada victortanws@gmail.com.

Sumber: Victor Tan @FB Prompters Malaya 

Khamis, Februari 06, 2025

Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC

Kerajaan mahu naik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC

Foto ihsan Berita Harian 

Berita Harian – 26 Jan 2025

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan perkara itu, berkata kerajaan akan mengambil tanggungjawab itu dengan memastikan perpustakaan itu nanti ditempatkan dengan karya ilmiah Profesor Diraja, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Justeru, beliau berharap inisiatif berkenaan dapat dimanfaatkan generasi akan datang selain mereka berupaya meraih inspirasi daripada nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.

"Insya-Allah kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC dengan koleksi terkini yang dianggarkan mempunyai lebih 150,000 naskah. Perpustakaan itu nanti bakal menjadi perpustakaan premier mengenai Islam dan Asia Tenggara...rantau ini. Justeru, marilah kita semua panjatkan doa kepada Allah supaya generasi akan datang akan peroleh inspirasi dan manfaat daripada contoh paling terbaik iaitu ilmuan Islam dan guru kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena syarahan bertajuk Islam : The Covenants Fulfilled yang disampaikan oleh Syed Muhammad Naquib di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalannya, Datuk Seri Mustapha Sakmud.

Menyoroti detik ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu masa dulu, Perdana Menteri berkata, ABIM pernah berdepan banyak cabaran pada masa itu. Namun begitu, beliau berkata, cabaran yang diterima langsung tidak berupaya menghalang pihaknya ketika itu untuk mempromosikan pemikiran Syed Muhammad Naquib yang terkandung dalam naskah nukilan intelektual Islam itu. Antara naskah yang diangkat pada waktu itu, kata Anwar, adalah bertajuk Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972) dan Risalah Untuk Kaum Muslimin (1973).

"Berkat bimbingan Profesor (Syed Muhammad) Naquib, melalui Gerakan Kepemudaan, kami tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam usaha kami untuk menjadi ejen perubahan, menyemarakkan semangat dalam kalangan belia Malaysia untuk hidup dengan penuh integriti berdasarkan nilai-nilai yang baik. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai karya-karya ini sehingga tidak akan dapat dihuraikan sepenuhnya dalam masa yang terhad ini. Namun, saya ingin menekankan satu perkara asas dalam semua karya ini iaitu keutamaan maruah Melayu dan kekuatan semula jadi masyarakat Melayu yang dibina atas asas nilai-nilai Islam. Ini adalah aspek yang perlu diulang penegasan terutamanya di zaman ini, bukannya terjebak dalam ilusi yang dicipta sendiri tentang 'Melayu kehilangan kuasa' dan kegilaan berdebat untuk menegakkan ketuanan Melayu," tegasnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1354046/kerajaan-mahu-naik-taraf-perpustakaan-syed-muhammad-naquib-al-attas

Jumaat, Januari 17, 2025

Sebuah Pesan Kehidupan oleh PMX

Sebuah Pesan Kehidupan melalui puisi yang dibaca oleh PMX:

“CELUPKAN JARIMU KE AIR LAUTAN”
Puisi oleh: Taufiq Ismail

Pautan video

Bertanya seseorang kepada junjungan kita
“Wahai Rasulullah tercinta, bandingkan dunia ini dengan akhirat nanti.”

Menjawab Rasulullah SAW,
“Celupkan jarimu ke air lautan.

Air yang menetes dari ujung jarimu itulah dunia seisinya.
Air yang selebihnya di lautan,
air yang ada di seluruh samudera,
itulah akhirat nanti.”

Wahai alangkah kecil arti dunia

Wahai alangkah kerdil arti dunia
Wahai alangkah remeh arti dunia
Wahai alangkah debunya nilai dunia
Yang mengejar akhirat akan mendapat akhirat dan dunia

Yang mengejar dunia cuma mendapat dunia

Rabu, November 06, 2024

Prakarsa Anwar Perkaya Bahasa

 

Sumber: Sinar Harian 

Sabtu, Disember 09, 2023

Perkataan Bahasa Melayu Aras Tinggi oleh PMX

 

Foto ihsan BFM

Perkataan Bahasa Melayu Tinggi oleh PMX

Kemaskini: 17 Jun 2025 

Perkataan

Maksud

Apakala

Apabila, Bila mana

Arakian

Maka, sesudah itu

Bergentayangan

Berjalan ke sana-sini

Bobrok

Rosak

Cerakin

Selidik, siasat

Dampak

Kesan yang ketara

Dasawarsa

Dekad

Dhamir

Ganti nama

Hubaya

Awas

Ikhtiar Nirmala

Usaha yang tidak bernoda, suci

Intiha

Penutup

Islah

Usaha mengembalikan sesuatu kepada asal

Jungkir Balik

Imbas kembali

Kegalauan

Kekalutan, kebisingan

Kebhinekaan

Beraneka

Keabsahan

Sah

Kemitraan

Hubungan, Kerjasama

Ketimbang

Berbanding

Kendatipun

Meskipun

Kesenjangan

Ketidakseimbangan

Marcapada

Dunia masa kini

Madani

Manusiawi

Mahakaya

Maha Kuasa

Mahsul

Hasil

Meladeni

Melayani, Mempedulikan

Mencakup

Merangkumi, Meliputi

Menokok

Menambah sedikit

Menghimbau

Memanggil, Menyeru

Membugar

Memperelok semula

Menangani

Membanteras

Menggugah

Menggesa, Mencabar

Merekayasa

Menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dsb

Menopang

Menunjangi

Nukilan

Ciptaan

Pandu Citra

Bimbingan / Coaching

Prakarsa

Inisiatif, Daya Usaha

Purbasangka

Prasangka

Sela-sela

Ruang di antara dua benda

Sementelahan

Tambahan pula

Seyogia

Sepatutnya, selayaknya

Tatanan

Aturan, Sistem, Susunan

Tantangan

Cabaran

Tata Kelola

Tadbir Urus

Taakul

Pertimbangan

Tiwikrama

Berusaha sedaya-upaya

Walhasil

Kesimpulannya

Wewenang

Hak dan kekuasaan