Memaparkan catatan dengan label FPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FPM. Papar semua catatan

Khamis, Disember 19, 2024

Al-Fatihah: Syeih Mohd Ali (1980-2024)

Foto: Nandre Haris

Sahabat kami semasa di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam (2000-2003), Syeih Mohd Ali bin Omar telah meninggal dunia hari ini di Kg. Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Semoga Allah merahmati arwah dan diampunkan segala silap lalu.

15 Dis 2024
Nota: Gambar bersama arwah semasa Konvo UiTM ke-58 pada Sept 2003

Sumber: Berita Harian

Sabtu, Julai 06, 2024

Reunion Kechil Geng IS221

 

Dari kiri: PM Dr Farra, Norlian, Razif, Nandre, Firdaus, PM Dr Khairulnizam, Abby

Khamis, April 18, 2024

En Wan Azizan Wan Ahmad (xxxx-2024)


Baru dapat berita pemergian seorang lagi bekas pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM iaitu En Wan Azizan Wan Ahmad. Beliau meninggal di Seksyen 8, Shah Alam pagi tadi. Gambar ni pakcik jumpa arwah pada 12 Mac 2022 di Seksyen 2, Shah Alam.

Semoga Allah merahmati arwah En Wan
18 April 2024

Isnin, April 15, 2024

Dr Azree Ahmad (1975-15 Apr 2024)

 


Arwah Dr Azree pernah mengajar dulu semasa di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam. Beliau mengajar subjek Bibliometrics sekitar tahun 2001. Umur arwah tak jauh beza dengan pakcik. Selepas tamat pengajian, dapat maklumat yang beliau dah tukar ke UiTM Kedah, senang bagi beliau nak balik kampung beliau di Kedah. 

Selasa, Februari 06, 2024

Menziarah Sahabat UiTM - Anaknya Meninggal Dunia

Lokasi kejadian

Hari ini pergi menziarah rakan sekelas kami, Shimie semasa di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM (2000-2003) yang mana anak lelakinya telah dijemput oleh Allah swt. Anaknya berumur 6 tahun telah terjatuh ke dalam parit besar berhampiran rumahnya di Presint 11. Semoga Allah merahmati arwah adik kecil. Majlis pengebumiannya di Presint 20.

6 Feb 2024

Khamis, September 22, 2022

Fakulti Pengurusan Maklumat ---> Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media


 :: Fakulti Pengurusan Maklumat - Fakulti Pengajian Maklumat - Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat ::

... Dalam kenangan.
Sekarang jadi Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media yang gabungkan tiga fakulti:
Pengurusan Maklumat
Sains Komputer & Matematik
Komunikasi & Pengajian Media
Dan diketuai oleh Penolong Naib Canselor.
21 Sept 2022

Jumaat, Julai 12, 2019

UiTM Puncak Perdana

Selasa, Mac 26, 2019

Sempena Konvo ke-90

Sabtu, Ogos 18, 2018

Geng Master (Sept 2016 - Jul 2018)


Terima kasih kepada semua lecturers yang telah menyampaikan ilmu. Sekalung penghargaan untuk Prof. Madya Dr Azman Mat Isa dan En Azahar Mohd Noor yang telah menyokong permohonan masa tahun 2016 yang lalu. 

Rabu, April 25, 2018

Dinner FPM 50 Tahun (1968-2018)

Isnin, April 09, 2018

50 tahun FPM (1968-2018)

Oleh ABS Tinta (FPM, UiTM Puncak Perdana)

Selasa, Disember 08, 2015

UiTM bakal tubuhkan Institut Sains Maklumat Malaysia

SHAH ALAM, Isnin — Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menubuhkan Institut Sains Maklumat Malaysia bagi membantu masyarakat mendapatkan maklumat yang betul dan sahih.

Dekan fakulti berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi berkata institut itu yang bakal beroperasi seawal Mac tahun depan akan menghimpunkan pelbagai maklumat lengkap antaranya mengenai barangan perubatan, produk kewangan dan undang-undang.

“Fakulti ini berasakan penubuhan institut ini adalah amat perlu kerana kini, Malaysia sedang mengalami lambakan maklumat di Internet seperti mana-mana negara maju lain yang ada antara maklumat itu tidak tepat dan boleh membawa impak yang negatif kepada masyarakat.

“Oleh itu institut ini akan mengumpul dan mengkaji sesuatu maklumat itu dengan agensi kerajaan dan swasta agar informasi yang betul dapat disalurkan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Sains Maklumat yang dirasmikan Rektor UiTM Selangor, Prof Dr Zaini Abdullah di UiTM Puncak Perdana di sini hari ini.

Mohd Sazili berkata segala maklumat akan disiarkan di laman web institut itu atau melalui seminar yang akan dianjurkan.

Persidangan dua hari yang julung kali dianjurkan fakulti itu merupakan platform perkongsian idea-idea inovatif bagi tujuan menyokong sinergi pembangunan serta pengembangan profesion perpustakaan dan maklumat yang kompetitif.

Sebanyak 47 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan yang bertemakan ‘Sinergi Maklumat Ke Arah Transformasi’ merangkumi antaranya, bidang berkaitan perpustakaan dan pengurusan pusat sumber, sistem pengurusan maklumat dan pengurusan rekod. — Bernama

Rabu, Ogos 17, 2005

Facultyf Iformation Studies


The Faculty of Information Studies, formerly known as the School of Library Science, was established in 1972. The librarianship programme was first offered in the School of Administration and Law in 1968 with the aim of preparing students for the external professional examinations of the Library Association (ALA), United Kingdom. When the School of Library Science was set up in July 1972, the programme was replaced by a three -year diploma programme (post-Higher School Certificate), which was designed to fill local needs and fulfil the requirements of the library profession in the country.


The School also introduced the Postgraduate Diploma in Library Science. It offered an opportunity for graduates of local and overseas universities to enchance their professional career in library and information science.In keeping with the trend and development in this field, elements of information science were incorporated into the curriculum in 1978. Subsequently, in 1981, the School was renamed the School of Library and Information Science. In 1992, courses in Records Management and Archives Administration were offered and the three year diploma programme was extended to four years for the Advanced Diploma programme, which is recognised by the Malaysian government as an equivalent of a bachelor's degree (Hons.).

In 1996, the Advanced Diploma programme was elevated to that of the Bachelor in Library Science (Hons.).In 1997, the name of the School was changed to the Faculty of Information Studies. It was then that the Master of Science in Information Management (by coursework) was introduced. In 1999, the Faculty began to offer the PhD programme. In 2000, the Master of Science in Information Management was also offered by means of the Flexible Learning Programme (FLP). In 2001, the Master of Science in Information Management (by research) was introduced. In 2003, the Master of Knowledge Management (KM) was introduced.

Courses offered:
IS 990 PhD (Information Management)
IS 780 Master of Science in Information Management (By Research)
IS 771 Master of Science in Knowledge Management
IS 770 Master of Science in Information Management (By Coursework) 
IS 220 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Library & Information Management)
IS 221 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Information Systems Management)
IS 222 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Records Management)
IS 223 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Info. Resource Centre Management)
IS 110 Diploma in Information Management