Memaparkan catatan dengan label durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label durian. Papar semua catatan

Selasa, Julai 09, 2024

Gaya Orang Perak Makan Deghoyan

Foto ihsan FB Seladang Perak

Makan Durian dengan Nasi Putih Gaya Orang Perak

Antara kegemaran orang lama di Perak menjamah durian adalah dengan cara makan dengan nasi putih dan pulut tanak. Biasanya mereka akan juga masukkan sekali santan supaya lebih berlemak. Ada juga sesetengah orang suka campur sedikit garam atau gula untuk lebih 'kick' tesktur rasanya nanti. Kaedah makannya adalah dengan cara menggaul dan meramas isi durian, kemudian dicurah sedikit santan ke atas nasi tersebut. Setelah digaul bersama ketiga tiga komponen ini, seterusnya ianya terus dijamah ke mulut. Peringatan, hidangan makan sebegini makan sekali sekala sahaja ya, jangan amal setiap hari.

Sumber: FB Seladang Perak

Selasa, Julai 27, 2021

Menyemai Benih Durian

Aktiviti menyemai benih durian. Kena tunggulah pokoknya besar dahulu. Agaknya bila dah pencen barulah pokok itu besar. Dulu masa kecik-kecik, rajin ikut arwah bapak pi tanam anak durian di Kg Semat dan Kg Bekor dalam daerah Manong, Kuala Kangsar. 

Selasa, November 15, 2011

Konvoi Alumni UiTM makan durian

JEMPUTAN:
Program Jom Konvoi Alumni UiTM - Makan durian

Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Lokasi: Dusun Durian Paya Rengas,Sungai Raya, Kg Kepayang,Perak Darul Ridzuan
Masa: Berkumpul di Tol Simpang Pulai
Penyertaan: Hanya terbuka kepada AHLI PERSATUAN & FACEBOOK ALUMNI UITM SAHAJA
(Boleh bawa satu famili seisi keluarga )

Untuk pendaftaran:
Sila SMS – alumni uitm_ NAMA _ Konvoi durian
di no. 017 407 4246.

PENDAFTARAN NAMA SELEWAT-LEWATNYA PADA
21 NOVEMBER 2011 (ISNIN)

Tema: Semua Alumni yg berminat untuk menyertai program ini DIWAJIBKAN untuk memakai baju bewarna HITAM

PENGESAHAN PENYERTAAN AKAN DIMAKLUM SECARA SMS. TEMPAT TERHAD !!!
--
Persatuan Alumni UiTM Malaysia
No.11B, Jalan Nelayan 19/A,
Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-55420091 Fax: 03-55480091
Email / Facebook : uitmalumni@gmail.com