Foto ihsan FB Seladang Perak
Makan Durian dengan Nasi Putih Gaya Orang Perak
Antara kegemaran orang lama di Perak menjamah durian adalah dengan cara makan dengan nasi putih dan pulut tanak. Biasanya mereka akan juga masukkan sekali santan supaya lebih berlemak. Ada juga sesetengah orang suka campur sedikit garam atau gula untuk lebih 'kick' tesktur rasanya nanti. Kaedah makannya adalah dengan cara menggaul dan meramas isi durian, kemudian dicurah sedikit santan ke atas nasi tersebut. Setelah digaul bersama ketiga tiga komponen ini, seterusnya ianya terus dijamah ke mulut. Peringatan, hidangan makan sebegini makan sekali sekala sahaja ya, jangan amal setiap hari.
Sumber: FB Seladang Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan