Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 26, 2025

Zakat Fitrah 2025

 

Sabtu, Mac 15, 2025

Mesyuarat Agung PIBG di Bulan Ramadan


Dapat hadiah cabutan bertuah

Hari ini hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam yang dijalankan pada bulan Ramadan.Mesyuarat ini penting bagi mendapatkan sokongan bagi bayaran sumbangan PIBG dan bayaran program kecemerlangan Darjah 5 dan 6 daripada ibu bapa sekalian. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi pakcik hadir ke mesyuarat seumpama ini disebabkan anak sudah berada di darjah 6. Pakcik hadir ke setiap mesyuarat PIBG di SRAI DMYS ini semenjak anak pakcik yang sulung mula bersekolah di sini dahulu pada tahun 2015. Kemudiannya, anak pakcik yang kedua turut bersekolah di sini juga. 

Jika dikira semua sekali ada 11 kali pakcik hadir ke mesyuarat PIBG di SRAI DMYS bermula tahun 2015 sehingga 2025. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat tersebut:

14 Feb 2015
21 Feb 2016
5 Mac 2017
11 Mac 2018
2 Mac 2019
7 Mac 2020
10 April 2021
25 Jun 2022
17 Jun 2023
22 Mei 2024
15 Mac 2025

Untuk tahun 2025, ini merupakan kali pertama diadakan pada bulan Ramadan. 
Ramadan Kareem. 

Ahad, Mac 02, 2025

Marhaban Ya Ramadan

 

Isnin, Mac 25, 2024

33-year Ramadan Cycle

 

Sumber: IslamicFinder.org 

Selasa, Mac 19, 2024

Sumbangan Moreh Ramadan

 


Sumbangan boleh disalurkan ke: 

Surau Al-Ikhwan
No. akaun: 12038010102222
Bank Islam Malaysia Berhad
Rujukan: Moreh

Rabu, Mac 13, 2024

Sinar Ramadan - Nada Murni

 

Sinar Ramadan – Nada Murni

Sinar ramadhan menyeri lagi
bulan rahmat bulan yang dinanti
banyakkanlah amal dan bakti
ramadhan dirahmati Illahi

Bersyukur di ramadhan yang mulia
kerna masih dipanjangkan usia
mungkin nikmat dunia tak seberapa
tak sama nikmat iman dan islam

Tak semua orang dapat merasa
Iman dan Islam paling berharga

Bukan mudah untuk mengawal nafsu
ujian mendatang syaitan memburu
bermujahadah melawan nafsu
agar diterima amalanmu

Ini hanya ujian di dunia
tak sama dengan di akhirat nanti
bukan sekadar lapar dahaga
tapi siksa pedih yang menanti

Bersabar dengan ujian dunia
akan menanti balasan di syurga

Selasa, April 04, 2023

Drama 'Rumah Kedai' di bulan Ramadan

 


Drama Rumah Kedai ialah sebuah rancangan drama bersiri sebanyak 30 episod yang disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Ianya mula ditayangkan di TV3 pada 18 Mei 1988. Drama ini memperkenalkan pelakon-pelakon antaranya Harun Salim Bachik sebagai Remy dan Sudiro Sukirman sebagai Tapa. Namun, ianya ditayangkan sehingga tahun 1993 selama 6 tahun.

Ahad, Mei 05, 2019

Salam Ramadhan 1440H