Memaparkan catatan dengan label mesyuarat PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesyuarat PIBG. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 15, 2025

Mesyuarat Agung PIBG di Bulan Ramadan


Dapat hadiah cabutan bertuah

Hari ini hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam yang dijalankan pada bulan Ramadan.Mesyuarat ini penting bagi mendapatkan sokongan bagi bayaran sumbangan PIBG dan bayaran program kecemerlangan Darjah 5 dan 6 daripada ibu bapa sekalian. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi pakcik hadir ke mesyuarat seumpama ini disebabkan anak sudah berada di darjah 6. Pakcik hadir ke setiap mesyuarat PIBG di SRAI DMYS ini semenjak anak pakcik yang sulung mula bersekolah di sini dahulu pada tahun 2015. Kemudiannya, anak pakcik yang kedua turut bersekolah di sini juga. 

Jika dikira semua sekali ada 11 kali pakcik hadir ke mesyuarat PIBG di SRAI DMYS bermula tahun 2015 sehingga 2025. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat tersebut:

14 Feb 2015
21 Feb 2016
5 Mac 2017
11 Mac 2018
2 Mac 2019
7 Mac 2020
10 April 2021
25 Jun 2022
17 Jun 2023
22 Mei 2024
15 Mac 2025

Untuk tahun 2025, ini merupakan kali pertama diadakan pada bulan Ramadan. 
Ramadan Kareem. 

Rabu, Mei 22, 2024

Mesyuarat PIBG di Seksyen 7, Shah Alam


Pagi ini hadir ke Mesyuarat PIBG sekolah di Seksyen 7, Shah Alam. Ini merupakan kali ke-10 hadir ke mesyuarat semenjak tahun 2015 yang lalu. Di samping kita berjumpa rakan-rakan, kita jugak boleh meninjau psarana sekolah untuk anak kita. Kita sama-sama membantu yang mana boleh.

22 Mei 2024

Sabtu, Jun 17, 2023

Mesyuarat PIBG dan Membina Jaringan

Mesyuarat PIBG dan Jaringan

Hadir mesyuarat PIBG sekolah pagi ni di Seksyen 7, Shah Alam. Mesyuarat ni dapat jugak jumpa kawan-kawan dan juga kawan baharu. Ini satu proses membina jaringan.
Ini juga satu platform untuk berkongsi idea untuk kemenjadian anak-anak murid sekolah.
17 Jun 2023

Sabtu, Jun 25, 2022

Mesyuarat PIBG

 

Hadir untuk kali ke-7 ke Mesyuarat PIBG. Tahun 2021 ja tak hadir. Mesyuarat ni setahun sekali. Kena bagi sokongan kepada sekolah dan PIBG tempat anak kita sekolah.
25 Jun 2022