Rabu, November 18, 2009

Quote for the day

"It's about the music and that's it. I'm not an entertainer. But I do entertain people, see what I mean?" - Liam Gallagher (Oasis)

Selasa, November 17, 2009

RM 5,000 rebate stopped

Isnin, November 16, 2009

Pusing-pusing Taman Pertanian Shah Alam

Ahad: 15 November 2009, Kapten Ahmad Irfan buat pertama kali menjejakkan kakinya ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak berhampiran dengan Seksyen 8 dan Bukit Bandaraya Shah Alam. Beliau telah pergi melihat keindahan hutan semula jadi yang dijadikan taman rekreasi yang mana ianya menjadi kawasan tadahan ayer hujan.

Isnin, November 09, 2009

Kapten Ahmad di Subang Jaya


Kapten Ahmad Irfan telah menyertai Troop PM21 ke Subang Jaya pada 8 November 2009 yang lalu. Ini sempena perjumpaan kembali kengkawan lama budak2 PM21 beserta ahli keluarga masing-masing. Walaupun kehadiran tidak ramai, namum ianya membuahkan keputusan untuk mengadakan satu lagi gathering teranchang pada bulan Disember pulak. Ainul Rohayu tekah offer untuk buat BBQ kat rumah dia di Denai Alam.

Oleh itu, aku dah mintak Ayu untuk set tarikh dan bagi almat rumah dia untuk kita serbu nanti. Kepada rakan-raka yang tak dapat datang pada 8 Nov lepas, kali nie kami nak set tarikh dan hangpa kena block tarikh tu untuk kita sama-sama meramaikan program tu nanti. Kasi gamat sikit rumah Ayu.

P/s: Kapten Ahmad memegang Chopstick sebagai persediaan awal untuk mendapat Drum Stick satu hari nanti hehehee

Jumaat, Oktober 23, 2009

Man Laksa & Co.

Pernah tengok cherita Man Laksa ka? hahahahaahaa.. Inilah dia ceritanya yang telah berlaku kat Seri Nuang pada 17 Oktober 2009 yang lalu. Kami geng2 Persatuan Penduduk organise jamuan hari raya aidil fitri. Maka tercetuslah idea untuk adakan live band. Malam tu, band yang bergelar --> The Nuangers telah mempersembahkan beberapa lagu bagi menghangatkan suasana jamuan raya. So, far ok lah, training cuma ambek masa 6 hari. layannnnn. Lepas ni ambil kontrak nyanyi rumah orang kahwin lah pulak.

Khamis, Oktober 22, 2009

The Nuangers

Khamis, Oktober 15, 2009

Aku seorang ahli muzik

Ahlil Muzik? Pantang keturunan ku berkahwin dengan ahlil muzik....

Itulah dia sedutan skrip dari cherita Ibu Mertuaku arahan P. Ramlee. Kalau kita tengok cherita tu, mesejnya cukup jelas mengatakan bahwa menjadi ahli muzik pada zaman itu tidak menjanjikan apa-apa masa depan. Orang-orang pada zaman itu lebih nampak orang yang bekerja contohnya, peguam, doktor, guru dan sebagainya sebagai satu jaminan hidup untuk diri dan jugak keluarganya.

Tapi kalau kita bandingkan dengan sekarang, skopnya lebih meluas. Seorang yang berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan boleh mencari makan jika jalan yang dipihnya itu betul dan bijak. Tidak semua ahli muzik yang berjaya, tapi tak dinafikan juga, ramai yang berjaya menempah nama di persada dunia muzik tempatan dan antarabangsa.

Malah, ada di antara mereka yang bertahun-tahun lamanya tinggal di luar negara semata-mata memenuhi impian dan cita-cita mengharumkan nama negara. Ini adalah realiti masa sekarang.

Oleh itu, marilah ahlil-ahlil muzik semua, serlahkan bakat anda dalam bidang ini demi memartabatkan bakat dan kebolehan dalam bidang ini. Good luck boys for the performance this coming saturday.