Ahad, November 15, 2026
Sejarah 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Bekor
Sabtu, November 14, 2026
Motivasi Diri: Abdul El-Sayed dan Mamdani
Motivasi Diri: Abdul El-Sayed dan Mamdani
Ketika seorang wartawan bertanya kepada Mamdani sama ada
Abdulrahman Mohamed Al-Sayed ialah “Mini Mamdani”, iaitu versi atau replika
dirinya di Michigan, Mamdani memberikan jawapan yang cukup mencerminkan sifat
seorang pemimpin sejati. Beliau berkata, “Dia lebih hebat daripada saya dan dia
mempunyai kekuatan untuk melakukan perkara yang saya sendiri tidak mampu
lakukan.” Jawapan itu bukan sahaja menunjukkan penghargaan terhadap keupayaan
orang lain, malah menyerlahkan sikap rendah diri dan keyakinan terhadap potensi
pasukannya. Inilah nilai kepimpinan yang wajar dicontohi. Sebagai pemimpin
dalam jabatan atau perniagaan, kita perlu belajar untuk merendah diri,
mengiktiraf kekuatan orang lain dan mengelakkan sikap terlalu membanggakan
diri, kerana pemimpin yang hebat ialah mereka yang mampu mengangkat dan
menghargai orang di sekelilingnya.
Sumber inspirasi: FB Norizan Bin Sharif
Jumaat, November 13, 2026
Bertemu Timbalan Mufti Negeri Perak
Saya berpeluang bertemu dengan Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim.
Khamis, November 12, 2026
Rabu, November 11, 2026
Selasa, November 10, 2026
Dr Abd Ghani Genggam PhD di Usia 81
Bachok: Mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan tidak menghalang seorang datuk yang mempunyai 35 cucu menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 81 tahun dalam Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.
Lebih manis, Dr Abdul Ghani Muhamad berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Tasawuf dan Tarekat tepat masa selama empat tahun. Abdul Ghani berkata, cabaran utama untuk menghabiskan pengajiannya adalah faktor kesihatan diri yang mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, prostat dan saraf.
"Saya juga menjalani dua kali pembedahan mata sepanjang pengajian selain berdepan faktor usia lanjut seperti ingatan merosot. Saya juga perlu menguasai teknologi digital hari ini, kena belajar komputer namun anak dan cucu menjadi motivasi untuk saya habiskan pengajian," katanya ketika ditemui di Majlis Istiadat Konvokesyen UMK ke-16 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Bachok, di sini, hari ini.
Abdul Ghani berkata, objektifnya mengambil PhD adalah bagi memenuhi impian masa mudanya yang mahu menjejak kaki ke menara gading dengan pengajian paling tinggi.
Disebabkan faktor kewangan dan berkeluarga, dia terpaksa menangguhkan hasratnya sehingga berpeluang melanjutkan pengajian selepas sembilan anak sudah besar dan berkeluarga selain sudah bersara sebagai guru agama. Malah, suami kepada Che Norma Che Ismail, 79, yang tinggal di Bukit Marak ini bersemangat mahu meneruskan pengajian PhD sekali lagi dalam bidang agama di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan di UMK.
Dia antara 4,035 graduan UMK yang diraikan pada konvokesyen kali ini membabitkan lapan sidang bermula hari ini sehingga Khamis. Dalam konvokesyen itu, Abdul Ghani yang juga graduan PhD tertua UMK diraikan lebih 20 anak, menantu dan cucu yang hadir ke majlis konvokesyen di UMK Bachok.
Sumber: Harian Metro (1 Nov 2026)
Isnin, November 09, 2026
Jasa Seorang Pemimpin



















![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















