Rabu, November 05, 2025

Main Catur, Bukan Main Dam

🇲🇾 PMX Main Catur, Bukan Main Dam : Perjanjian Malaysia–Amerika yang Buat Dunia Terdiam

01. Ada orang bila dengar Malaysia tandatangan perjanjian dagang dengan Amerika, terus jerit —

“Malaysia dah jual negara!”

“Kita dah jadi kuda US!”

02. Padahal yang menjerit tu, borang LHDN pun tak isi.
Yang konon faham geopolitik, tapi beza antara tarif dan takrif pun tak tahu.

1️⃣ Amerika Buka Tol, Malaysia Lalu Tanpa Bayar

03. Lebih 1,700 barangan eksport Malaysia — dari sawit sampai mikrocip — masuk ke Amerika tanpa cukai.
Nilai dia? US$5.2 bilion (lebih RM21 bilion).
Maknanya apa?
Kita menang tanpa perang — barang kita masuk, duit kita keluar dan industri kita hidup.

04. Yang kata kita rugi tu mungkin sebab dia ingat “tarif sifar” tu maknanya “maruah sifar”.
Sedangkan inilah langkah pertama Malaysia keluar dari perangkap ekonomi kelas ketiga.

2️⃣ Pelabur Lihat Malaysia Bukan Kuli Dunia, Tapi Rakan Strategik

05. Bila Amerika setuju duduk semeja, dunia mula pandang Malaysia sebagai tapak selamat pelaburan — bukan sebab kita tunduk, tapi sebab kita bijak neutral.
Itu beza antara pemimpin yang berdiri tegak dengan prinsip dan pemimpin yang bongkok cari simpati.

06. Pelabur besar dari Silicon Valley sampai Texas dah mula susun peta baru — Malaysia bukan lagi titik kecil di Asia Tenggara, tapi hub teknologi dan semikonduktor dunia.

3️⃣ Dari Tukang Pasang Jadi Pencipta

07. Dulu kita cuma pasang cip orang, sekarang kita bina cip kita sendiri.
Perjanjian ni buka ruang pemindahan teknologi dan digital trade — bukan sekadar jual beli barang.
Ini peluang naik taraf industri tempatan, dari kuli global jadi pemain utama.

08. Yang pandai menjerit “kenapa ikut Amerika?” tu, tak sedar kita guna Amerika untuk upgrade industri kita sendiri.
Itu beza antara strategi dan emosi.

4️⃣ Malaysia Dah Lock Tarif Sebelum Ribut Datang

09. Amerika ni, kalau dia nak naikkan tarif — sekejap je boleh jadi musuh.
Tapi Malaysia bijak — kita kunci kadar tarif 19% supaya ekonomi kita tak kena sembelih bila dasar US berubah arah.
Kita dah benteng siap-siap.
Yang gelabah, cuma yang tak faham makna diplomasi ekonomi — sebab bagi mereka, semua benda mesti lawan, walau rugi.

5️⃣ PKS Pun Dapat Tempias – Peluang, Bukan Penindasan

10. Jangan ingat perjanjian ni untuk syarikat gergasi saja.
PKS, pengusaha kecil dan usahawan halal boleh terus tembus pasaran US tanpa sekatan.
Produk Malaysia yang dulu hanya di Shopee, kini boleh ke Walmart.
Masalahnya, yang sibuk menuduh “kerajaan jual negara” ni bukan usahawan pun — dia cuma “keyboard warrior bersubsidi data”.

6️⃣ PMX Main Catur, Lawan Main Dam

11. PMX tak main sentimen. Dia main strategi.
Yang nampak Malaysia “berbaik dengan Amerika”, sebenarnya tak nampak papan catur dunia.
Sementara negara lain jadi bidak kuasa besar, Malaysia pilih jadi pemain tengah — kawan dengan semua, tunduk pada tiada.

12. Itu bukan penjajahan, itu kejayaan diplomasi moden.
Yang tak faham, akan terus marah sebab otak mereka masih di zaman penjajahan, bukan zaman persaingan.

13. Malaysia tak jual negara. Malaysia jual bijak.
Dalam dunia yang penuh helang dan naga, kita bukan mangsa, kita penunggang angin geopolitik.

14. Yang kata rugi tu, sebenarnya takut — sebab bila Malaysia mula cerdik main global, politik menakut-nakutkan rakyat dah tak laku.

“Kalau nak jadi pejuang ekonomi, baca data, bukan draf Facebook.
Kalau nak lawan dasar, lawan dengan fakta, bukan fitnah.
Sebab akhirnya, yang akan malu nanti — bukan kerajaan, tapi mereka yang cakap lebih, tahu kurang”.

HFM | Pengasas QLP
Kuala Lumpur, Malaysi

Tiada ulasan: