Jumaat, November 28, 2025

Peperiksaan SPM


Sijil Pelajaran Malaysia

Pada tahun 1994 dulu, pakcik telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di SM King Edward VII, Taiping, Perak. Sejumlah sepuluh mata pelajaran  yang diambil ketika itu iaitu:

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Geografi dan Perdagangan.

Antara guru-guru mata pelajaran yang mengajar pakcik semasa tingkatan 5 adalah Cikgu Chong Choong Yaw, Cikgu Kamal Aziz, Cikgu Zubaidi Ahmad, Cikgu Santha Chandran, Cikgu Seow Phaik Hoon, Cikgu Parizah Khalid, Ustaz Muhammad Za'im, Cikgu Hassan Osman, Cikgu Sahol Huda Md Nazri dan Cikgu Razali Dolmat. 

Alhamdulillah, keputusan SPM telah keluar sekitar Mac tahun 1995. Alhamdulillah, Semua mata pelajaran lulus dan beberapa mata pelajaran Berjaya dengan kredit. Ianya cukup untuk melayakkan pakcik untuk memohon masuk ke Institut Teknologi MARA (ITM).

Tahun ini (2025), bermula hari ini anak pakcik pula yang mengambil peperiksaan SPM di Seksyen 2, Shah Alam. Semoga Berjaya dan buat sehabis baik.

25 Nov 2025

Tiada ulasan: