“Dekad, Seribu Kisah”
Sebuah persembahan istimewa buat pencinta seni visual Malaysia. Mari kita kembali ke era yang membentuk jiwa bangsa.
Pameran “Koleksi Tetap: Cinta Buatan Malaysia 79–89” menyingkap fenomena seni dan budaya tanah air sepanjang 1979 hingga 1989. Berlangsung dari Januari 2026 hingga Disember 2028, pameran ini menampilkan perjalanan seni visual, filem, muzik dan sastera yang bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup masyarakat, malah turut mencorakkan pemikiran serta ekonomi negara.
Pengunjung akan dibawa menelusuri tujuh segmen utama: Bakat Muda Sezaman (BMS), dunia perfileman, tokoh perintis dan peneraju semangat zaman, jaringan ASEAN, sukan, mural ikonik Ibrahim Hussein, serta ruang dan lokasi yang menjadi nadi pembangunan seni serta budaya Malaysia.
Ayuh, sertai pengalaman ini dan temui bagaimana kreativiti tempatan menjadi suara zaman, membentuk identiti nasional yang kita banggakan hari ini.
Sumber: Balai Seni Negara





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan