Menteri Jepun Mohon Maaf Kepada Seluruh Negara Selepas Terlewat Lima Minit Hadiri Mesyuarat
Seorang menteri Jepun menjadi tumpuan dunia selepas aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan menjadi tular di media sosial, lapor Astro Awanil
Difahamkan, beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat lalu.
Menteri Keselamatan Ekonomi, Kimi Onoda dilihat melompat keluar dari kenderaan sebelum bergegas menaiki tangga dan menembusi kumpulan media dalam usaha mengejar masa.
Rakaman video menunjukkan Kimi Onoda terus berlari menuju bilik mesyuarat bersama seorang pembantu.
Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Sanae Takaichi, sudah bermula ketika kerusi Onoda masih kosong dan beliau hanya sempat mengambil tempat beberapa minit kemudian.
Berpunca daripada kesesakan lalu lintas
Dalam kenyataan susulan, Onoda menjelaskan kelewatannya berpunca daripada kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya secara tiba-tiba.
Menyedari kepentingan ketepatan masa dalam budaya Jepun, beliau tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh rakyat.
Onoda menegaskan, lazimnya beliau tiba 15 hingga 20 minit lebih awal untuk setiap urusan rasmi, dan insiden itu berlaku di luar jangkaan.
Menurut Astro Awani, beliau juga berikrar akan lebih berhati-hati dalam pengurusan masa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sikap bertanggungjawab Onoda, termasuk tindakan segera memohon maaf, menerima reaksi positif masyarakat yang menilai beliau sebagai contoh profesionalisme dan etika kerja pemimpin negara.
Sumber: https://siakapkeli.my/articles/menteri-jepun-mohon-maaf-kepada-seluruh-negara-selepas-terlewat-lima-minit-hadiri-mesyuarat





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan