Foto dari KAED, UIAM |
Foto dari BH |
Penempatan semula Rumah Perak berusia 111 tahun
GOMBAK: Projek pemuliharaan dan penempatan semula Rumah Perak berusia 111 tahun berjaya disiapkan sekumpulan pensyarah dan pelajar Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Projek penempatan semula yang bermula pada Jun 2017 dan siap sepenuhnya pada Mac lalu itu diilhamkan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Rais berkata, projek itu bermatlamat untuk memastikan seni reka dan binaan buatan masyarakat Melayu zaman dulu dapat dipelihara dan dimajukan oleh institusi atau agensi di dalam negara seperti universiti.
Rekod menunjukkan rumah yang pada asalnya terletak di Mukim Blanja, Parit, Perak itu dibina sekitar tahun 1910-an berdasarkan dokumen tanah yang didaftarkan pada 1907.
Pemilik asalnya dipercayai seorang yang berpengaruh di kawasan berkenaan kerana rumah kutai yang beranjung merujuk kepada ciri-ciri sebuah rumah pemimpin Melayu dahulu.
Rais berkata, pihak Kulliyah menempatkan Rumah Perak di lokasi yang akan diwujudkan perkampungan ala Melayu bersebelahan dengan sungai dikenali sebagai 'KAED Malay Enclave Teaching Lab'.
Sumber: BH 19/4/2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan