Selasa, Jun 30, 2026

Perpustakaan - Tempat Menjana Idea


Perpustakaan memang boleh menjadi
tempat menjana idea yang sangat berkesan. Ia bukan sekadar ruang untuk membaca, tetapi juga ekosistem yang merangsang kreativiti dan pemikiran kritis. Beberapa aspek yang menjadikannya unik ialah:

  • Suasana tenang: Keheningan perpustakaan membantu minda fokus, membolehkan idea muncul tanpa gangguan.

  • Kepelbagaian sumber: Buku, jurnal, arkib, dan akses digital memberi perspektif baharu yang boleh mencetuskan inspirasi.

  • Ruang kolaboratif: Banyak perpustakaan moden menyediakan bilik perbincangan, makmal kreatif, dan bengkel komuniti untuk berkongsi serta membina idea bersama.

  • Penemuan tidak dijangka: Menjelajah rak buku sering membawa kepada pengetahuan yang tidak dirancang, membuka jalan kepada idea baharu.

  • Inspirasi budaya: Pameran, ceramah, atau seni yang dipamerkan di perpustakaan boleh mencetuskan imaginasi.

Ada yang menganggap perpustakaan sebagai “inkubator idea” — tempat untuk menulis, melakar, atau merancang projek dengan dikelilingi oleh sumber ilmu. Menariknya, konsep ini boleh dibandingkan dengan ruang kreatif lain, seperti kafe atau ruang kerja bersama, yang juga mempunyai cara tersendiri dalam merangsang inspirasi.

Isnin, Jun 29, 2026

SSR2026: KEVII School Taiping layak ke Final


Malaysia Super Schools Rugby Fifteens 2026

King Edward VII ke FINAL akan menentang Akademi Ragbi Selangor (ARAS).
Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Masa: 4.00 petang

Tiket akan dijual secara atas talian dalam masa terdekat.

Permulaan Operasi LRT3 Laluan Shah Alam

 


Kredit: Rizal Hakimm Punyer

Ahad, Jun 28, 2026

Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi


Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi

Berita Harian – 20 Jun 2026

PERKEMBANGAN sesebuah tamadun sentiasa bertunjangkan ilmu. Dalam sejarah peradaban manusia, perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan buku, tetapi institusi memelihara memori bangsa, mengembangkan budaya ilmu dan melahirkan generasi pemikir membentuk masa depan masyarakat.

Sempena sambutan Hari Pustakawan setiap 6 Jun, masyarakat perlu melihat semula peranan perpustakaan dalam konteks semasa. Tanggapan perpustakaan semakin hilang relevan akibat kemajuan teknologi tidak tepat. Sebaliknya, perpustakaan terus menyesuaikan diri dengan perubahan zaman melalui penyediaan akses kepada sumber digital, teknologi maklumat dan pelbagai program literasi memenuhi keperluan masyarakat.

Pada era ledakan maklumat hari ini, peranan pustakawan menjadi semakin penting. Lambakan maklumat di internet dan media sosial menyebabkan masyarakat terdedah kepada berita palsu, penipuan serta maklumat tidak sahih. Fenomena sering disebut sebagai 'infodemik' menuntut kewujudan golongan profesional mampu membantu masyarakat menilai kesahihan sesuatu maklumat.

Di sini pustakawan memainkan peranan sebagai penapis dan pemudah cara maklumat. Mereka bukan sekadar mengurus koleksi bahan bacaan, malah membimbing pengguna mendapatkan sumber tepat, sahih dan boleh dipercayai. Pustakawan turut membantu masyarakat membina kemahiran penyelidikan, pemikiran kritis dan literasi maklumat amat diperlukan dalam dunia moden.

Selain itu, perpustakaan berfungsi sebagai ruang pembelajaran inklusif untuk semua lapisan masyarakat. Tidak kira sama ada pelajar, pekerja, warga emas atau komuniti luar bandar, perpustakaan menyediakan persekitaran kondusif untuk membaca, belajar dan mengembangkan potensi diri.

Bagi sesetengah individu, perpustakaan menjadi tempat menawarkan kemudahan mungkin sukar diperoleh di rumah seperti ruang belajar selesa, akses internet stabil, komputer dan bahan rujukan berkualiti.

Bantu rapatkan jurang pendidikan

Peranan ini menjadikan perpustakaan sebagai institusi membantu merapatkan jurang pendidikan dan peluang dalam masyarakat.

Perpustakaan juga berperanan sebagai agen penyama taraf dalam era digital. Walaupun teknologi berkembang pesat, masih terdapat kelompok masyarakat berdepan kekangan memiliki peranti atau mendapatkan capaian internet baik.

Melalui penyediaan kemudahan komputer, internet dan pangkalan data akademik, perpustakaan membuka peluang lebih adil kepada semua untuk mengakses ilmu dan maklumat.

Usaha ini penting bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam arus transformasi digital. Kemiskinan atau kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada seseorang untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Pada masa sama, perpustakaan moden kini berkembang sebagai hab komuniti aktif dan dinamik. Pelbagai program dianjurkan untuk memenuhi keperluan masyarakat termasuk bengkel kecerdasan buatan (AI), latihan literasi digital, program galakan membaca, aktiviti kanak-kanak dan kelab buku.

Inisiatif seperti ini membuktikan perpustakaan bukan lagi ruang pasif hanya dipenuhi rak buku, sebaliknya pusat pembangunan modal insan menyumbang pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing. Sejarah membuktikan kemajuan tamadun sentiasa berkait rapat dengan budaya ilmu. Tokoh besar seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun lahir dalam persekitaran menghargai pembacaan, penyelidikan dan penerokaan ilmu.

Tradisi inilah perlu terus diperkukuhkan bagi melahirkan generasi pemikir dan pencipta inovasi masa depan. Perpustakaan dan pustakawan ialah arkitek minda masyarakat. Di sebalik tugas sering dianggap biasa, mereka sebenarnya memainkan peranan besar membentuk budaya ilmu, memperkukuh pemikiran kritis dan melahirkan warga celik maklumat. Sempena Hari Pustakawan, penghargaan wajar diberikan kepada seluruh warga perpustakaan yang berkhidmat sebagai penggerak ilmu negara.

Dalam dunia semakin kompleks dan dipenuhi lambakan maklumat, perpustakaan kekal sebagai institusi penting menghubungkan masyarakat dengan ilmu, manakala pustakawan pula pemudah cara membantu membina tamadun berasaskan pengetahuan dan nilai kemanusiaan.

Penulis adalah Muhammad Syazni Aiman Saad, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sumber: www.bharian.com.my

Sabtu, Jun 27, 2026

Jadikan amalan membaca tabiat harian umat Islam

Foto kredit Telkom University

Utusan Malaysia, 19 Jun 2026, ms. 16

HARI ini, azan bergema di seluruh dunia sebagai seruan kepada iman dan ibadah. Namun, sebelum lahirnya peradaban ilmu, universiti dan perpustakaan, Allah terlebih dahulu menurunkan satu seruan yang menjadi asas kebangkitan umat manusia, iaitu Iqra’ yang bermaksud bacalah.

Satu perkataan yang ringkas, namun menggalas asas tamadun yang luar biasa hebatnya. Ia adalah wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS di Gua Hira’, lebih 1,400 tahun lalu.

Perintah ini bukanlah biasa-biasa tetapi permulaan risalah Islam dan satu isyarat jelas bahawa agama Islam berdiri di atas tonggak ilmu pengetahuan dan umatnya diperintahkan untuk sentiasa mencari, merenung dan memahami.

Islam adalah agama bagi yang berfikir. Dalam konteks Islam, membaca bukan sekadar aktiviti masa lapang atau hobi tetapi sebahagian daripada tanggungjawab seorang Muslim kepada Tuhannya. Firman Allah dalam Surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5, tidak hanya memerintahkan membaca, malah mengingatkan Allah yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, iaitu pena dan tulisan.

Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, frasa “Bacalah dengan nama Tuhanmu” membawa maksud setiap pencarian ilmu hendaklah dimulakan dengan kesedaran terhadap Allah SWT, mengiktiraf segala ilmu berasal daripada-Nya dan digunakan untuk mendekatkan manusia kepada kebenaran serta kemaslahatan, bukan sekadar memenuhi keinginan intelektual semata-mata.

Rasulullah SAW sendiri bersabda menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim, lelaki mahupun perempuan. Para sahabat menterjemahkan perintah ini dengan penuh semangat. Mereka menulis, menghafaz dan menyebarkan ilmu ke segenap penjuru dunia. Hasilnya, tamadun Islam menjadi mercu tanda peradaban global selama berabad-abad lamanya.

Sejarah mencatatkan ketika sebahagian besar dunia masih diselubungi kejahilan, para sarjana Muslim sibuk menterjemah, mengkaji dan menghasilkan karya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, falsafah, dan sastera.

Bayt al-Hikmah di Baghdad menjadi pusat ilmu yang tiada tandingannya pada zaman itu. Ibn Sina menulis ensiklopedia perubatan. Al-Khawarizmi meletakkan asas algebra sementara Ibn Khaldun mengasaskan ilmu sosiologi. Mereka tidak mungkin mencapai semua itu tanpa satu perkara asas iaitu budaya membaca yang mengakar kuat dalam jiwa mereka sebagai Muslim.

TABIAT MEMBACA MENINGKAT

Persoalannya, selepas lebih 14 abad menerima wahyu pertama itu, sejauh manakah umat Islam hari ini benar-benar menyahut seruan membaca tersebut? Berita baiknya, rakyat Malaysia sedang bergerak ke arah yang memberangsangkan.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022–2023 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendedahkan 88.6 peratus rakyat Malaysia kini mengamalkan tabiat membaca. Ia ternyata satu lonjakan yang amat membanggakan berbanding hanya dua naskhah buku setahun yang dicatatkan pada 1996 dan 2005.

Purata naskah yang dibaca turut meningkat secara konsisten, daripada 15 naskhah setahun pada 2014 kepada 24 naskhah setahun pada 2022–2023, merangkumi 16 naskhah bercetak dan lapan naskhah digital. Malah kini, rakyat Malaysia memperuntukkan masa selama 9 jam 22 minit seminggu untuk membaca, jauh lebih tinggi berbanding rekod terdahulu.

Ketua Pengarah PNM turut menjelaskan anggapan tabiat membaca rakyat Malaysia sedang merudum adalah tidak tepat. Apa yang berubah ialah mediumnya, di mana pengguna kini lebih gemar membaca secara digital, seiring dengan arus perkembangan teknologi semasa.

Namun, kita tidak boleh berpuas hati. Masih terdapat 11.4 peratus rakyat Malaysia yang belum menjadikan membaca sebagai rutin harian. Di sinilah peranan agama, keluarga dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan.

Perubahan budaya membaca tidak bermula di dewan besar atau di pentas-pentas seminar. Ia bermula di ruang tamu, meja makan dan bilik tidur anak-anak. Ibu bapa yang membaca di hadapan anak-anak mereka sedang mengajar tanpa berkata-kata.

Mereka sedang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang mencintai ilmu. Ibu bapa yang membaca hakikatnya sedang berdakwah kepada anak-anak tentang wahyu pertama secara amali. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung baru-baru ini dengan tema ‘Malaysia Membaca; Merayakan Buku’, sewajarnya menjadi lebih daripada sekadar perayaan diskaun dan jualan buku.

Ia adalah bukti nyata semangat membaca rakyat Malaysia semakin marak. Lebih 1,200 reruai penerbit dari dalam dan luar negara hadir menyambut jutaan pengunjung yang dahagakan ilmu dan bahan bacaan pelbagai genre.

Laungan “Iqra’” itu masih bergema hingga hari ini. Persoalannya bukan sama ada kita mendengarnya atau tidak tetapi sama ada kita memilih untuk menyahutnya.

Kebangkitan sesuatu umat tidak pernah bermula dengan kekuatan ekonomi atau teknologi semata-mata tetapi dengan budaya ilmu yang hidup dalam jiwa masyarakatnya.

 

DR. Najwa Abd. Ghafar ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sumber: https://www.utusan.com.my

Jumaat, Jun 26, 2026

Terpaksa solat atas katil, elak keluarga tahu peluk Islam

 

Sumber: Utusan Malaysia

"Semakin banyak saya mengkaji tentang Islam, semakin terasa hidup ini dipandu ke arah yang betul"

Khamis, Jun 25, 2026

Prof. Emeritus Datuk Dr Osman Bakar - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448

 MADANI Dihayati, Ummah Diberkati 

Sumber: Sinar Harian 
Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: IIUM
Sumber: FB Anwar Ibrahim (Sept 2021)

Rabu, Jun 24, 2026

12 AI Skills To Learn in 2026

 

Sumber: The AI Insider

Selasa, Jun 23, 2026

Bercakap Baik Itu Sedekah

 


“Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah” ialah satu ajaran yang menekankan bahawa kebaikan bukan hanya melalui harta benda, tetapi juga melalui tutur kata yang penuh hikmah dan sopan. Setiap kata yang baik mampu menenangkan hati, menguatkan semangat, dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Dalam Islam, ucapan yang baik dianggap sebagai sedekah kerana ia memberi manfaat kepada orang lain tanpa mengurangkan apa-apa daripada diri kita. Malah, ia menjadi tanda akhlak mulia yang membawa keberkatan dalam kehidupan seharian. 

Isnin, Jun 22, 2026

Blank Page Syndrome


Blank Page Syndrome
dalam bahasa Malaysia bermaksud keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk memulakan penulisan apabila berdepan dengan halaman kosong. Ia sering dikaitkan dengan writer’s block, tetapi istilah ini lebih khusus kepada rasa “terhenti” atau “kosong” ketika hendak menulis ayat pertama.

Ciri-ciri Blank Page Syndrome

  • Kebimbangan → takut hasil penulisan tidak cukup baik.
  • Perfeksionisme → terlalu mengejar kesempurnaan sehingga sukar menulis.
  • Kekurangan idea → tidak tahu bagaimana hendak mula.
  • Tekanan masa → deadline ketat menyebabkan fikiran jadi “blank”.

Cara Mengatasi

  • Freewriting → tulis apa sahaja tanpa berhenti untuk mengedit.
  • Mind mapping → melakar peta idea untuk mengembangkan topik.
  • Matlamat kecil → contohnya, tulis satu perenggan dahulu sebelum cuba siapkan keseluruhan esei.
  • Ubah suasana → menulis di tempat berbeza atau berehat seketika.

Ringkasnya

Blank Page Syndrome bukan penyakit, tetapi halangan psikologi dan kreatif yang biasa dialami oleh pelajar, penulis, atau sesiapa sahaja yang perlu menghasilkan teks. Dengan teknik yang sesuai, ia boleh diatasi dan penulisan akan lebih lancar.

 

Ahad, Jun 21, 2026

PBAKL satukan 'roh ilmu', generasi Z serta media sosial

 

Sumber: Berita Harian 

Sabtu, Jun 20, 2026

Kuasa Membaca

 

Jumaat, Jun 19, 2026

Program Hati ke Hati SMK Seksyen 7 tahun 2026

 

P Ramlee Kekal Dalam Arus Perdana

 

Khamis, Jun 18, 2026

Ruang Tamu Jadi Perpustakaan

Foto kredit: Sinar Harian 

Sinar Harian - 14 Mei 2026

NILAI - Demi cinta terhadap buku, sepasang suami isteri sanggup berbelanja kira-kira RM20,000 untuk mengubah suai ruang tamu rumah teres mereka menjadi sebuah perpustakaan mini keluarga. Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kediaman Datuk Zamri Misman, 54, dan Datin Nor Azzah Momin, 54, di Nilai Impian pasti teruja melihat hampir keseluruhan ruang tersebut dipenuhi rak buku tersusun rapi, persis sebuah kedai buku. Menurut ibu kepada empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun itu, setiap buku dilabel seperti di perpustakaan awam bagi memudahkan pencarian.

"Disebabkan semua ahli keluarga gemar membaca, pada tahun 2014 kami buat keputusan membina rak buku untuk menempatkan semua bahan bacaan yang disimpan sekian lama. Sehingga kini, terdapat kira-kira 4,000 naskhah buku dalam koleksi kami, tapi sebahagiannya sedang disaring untuk dikeluarkan kerana kekangan ruang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang merupakan Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberitahu, perpustakaan menjadi lokasi wajib persinggahan mereka sekeluarga setiap kali melancong ke luar negara. Katanya, lokasi itu lebih menyeronokkan berbanding melawat tempat lain malah boleh menghabiskan masa berjam lama membelek dari naskah ke naskah tanpa rasa jemu.

"Sebenarnya minat membaca ini dipupuk oleh ayah saya terhadap kami adik-beradik sejak kecil, malah di rumah kami turut disediakan rak untuk menyimpan buku. Ayah memang tak berkira bagi wang untuk kami beli buku dan saya masih simpan buku pertama yang saya beli sendiri bertajuk Kucing Dengan Tupai ketika berusia 11 tahun," katanya. Nor Azzah memaklumkan, minat terhadap buku semakin berkembang ketika menuntut di universiti apabila mula mengumpul pelbagai genre novel, biografi dan autobiografi.

"Dulu, ketika anak-anak masih kecil, kami akan datang seawal pagi dan beri kebebasan kepada mereka memilih buku disukai. Biasanya, saya dan suami berhabis ribuan ringgit. Saya bernasib baik kerana suami juga mempunyai minat yang sama," ujarnya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/779759/berita/laporan-khas/video-ruang-tamu-jadi-perpustakaan

Rabu, Jun 17, 2026

Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar

 

Foto kredit: RodaRoda

Kapcai 2 Beradik merujuk kepada kisah tular dua beradik dari Kampung Kati, Kuala Kangsar, Perak (dikenali sebagai anak kuale) yang sangat meminati motosikal kapcai vintaj, khususnya model ikonik Honda C70. Mereka sering menjadi perhatian kerana minat mendalam dalam memulihara dan mengumpul jentera klasik tersebut.

Youtube: https://www.youtube.com/@kapcai2beradik/videos

Selasa, Jun 16, 2026

Importance of Reading by Anwar Ibrahim

 


Isnin, Jun 15, 2026

Membaca itu Langka!


Membaca itu Langka

Membaca itu ibarat senaman untuk minda. Sama seperti tubuh perlukan latihan fizikal, otak juga perlukan latihan melalui membaca
Kredit: Patriots Publishing

Ahad, Jun 14, 2026

Bas Lama Institut Teknologi MARA

 

Foto kredit: Bahagian Arkib Universiti (UiTM)

Ramai di kalangan bekas pelajar ITM yang pernah menaiki bas bewarna hijau kuning ini. Pakcik dulu pernah pergi beberapa kali ke Pahang sekitar tahun 1996 dan 1997, antaranya ke Panching dan Felda Kota Gelanggi untuk program Kesatria dengan menaiki bas ITM yang tidak ada pendingin hawa. Kami bukak tingkap dan angin masuk ke dalam. Rambut semua terbang-terbang. Pada tahun 1996 juga, kami ke satu kampung yang berhampiran dengan Air Terjun Stong, Kelantan untuk program khidmat masyarakat dan hujung tahun 1996 juga, kami menyertai XPDC Berakit Sungai Pahang selama lima hari.
Teringat jugak seorang pemandu bas ni yang sangat baik, setiap pelajar yang turun bas akan ucapkan terima kasih dan dia akan bas dengan ucapan "Sama-sama". Itulah antara kenangan menaiki bas ITM yang glamer ni.
Foto kredit: Bahagian Arkib Universiti (UiTM)

Sabtu, Jun 13, 2026

Kem Bestari Solat anjuran Surau Al-Ikhwan


Pagi ini ada bengkel solat sempurna anak-anak anjuran surau di komuniti kami. Pakcik macham biasa jadi pembantu untuk melancharkan program. Ustaz Puaad Osman dari UiTM Kampus Seremban selaku penceramah dan fasilitator.

13 Jun 2026

Galeri Sejarah KKB

 


Kredit: Persatuan Sejarah Kuala Kubu

Bangunan JKR 111, Jalan Syed Masyor, Kampung Tun Abdul Razak, 
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan



Jumaat, Jun 12, 2026

Pejabat Pos Besar Lama, Kuala Lumpur dibuka semula


Sumber: FB Bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber: NST
Sumber: The Star

Khamis, Jun 11, 2026

Top 10 Library Automation Software Systems

 

Source: LinkedIn

Rabu, Jun 10, 2026

Tulang Sulbi

 

Sumber: FB Firdaus Ismail (PidotArts)

Selasa, Jun 09, 2026

Program Sahabat Arkib


Program Sahabat Arkib merupakan inisiatif Arkib Negara Malaysia bagi memperluaskan kesedaran, advokasi serta penglibatan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan warisan dokumentari negara.

Penyertaan adalah terbuka kepada individu berumur 13 tahun dan ke atas daripada pelbagai latar belakang yang berminat dalam bidang sejarah dan warisan.


Ahli Sahabat Arkib berpeluang menyumbang secara langsung dalam usaha pemeliharaan warisan negara, di samping memperoleh latihan, pengetahuan, pengalaman serta jaringan kerjasama. Ahli juga akan menerima pengiktirafan dalam bentuk sijil penyertaan.


Orang awam yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan mengemukakan permohonan melalui imbasan kod QR pada infografik atau melalui pautan yang disediakan. Borang permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke alamat sahabat@arkib.gov.my menggunakan Borang Permohonan Menyertai Sahabat Arkib. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.


“Bersama Kita Pelihara Sejarah, Bentuk Masa Depan”

Image

Sumber: https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/perkhidmatan-penyelidikan/sahabat-arkib

Isnin, Jun 08, 2026

Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Shah Alam

Perjalanan di tingkatan enam mengambil masa tiga semester dan akan bertemu dengan STPM pada tahun 2027. Hari ini kami selesaikan pendaftaran masuk ke tingkatan enam di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alam. Terdapat lebih kurang 100 lebih pelajar yang mendaftar pada hari ini.

Kolej ini dahulunya merupakan SMK Seksyen 24 dan dijadikan kolej tingkatan enam pada tahun 2015. Manakala, SMK Seksyen 24 telah berpindah ke tapak baharu iaitu di sebelah kolej.


8 Jun 2026

Six Modern roles of Librarian


Six Modern roles of Librarian:

Information literacy, digital content management, community programs, research assistance, technology integration, and cultural preservation

hashtaghashtag

Ahad, Jun 07, 2026

Pustakawan dan Pengurusan Maklumat

Pustakawan di Malaysia mesti menjadi yang terbaik dalam pengurusan maklumat, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan menghadapi semua cabaran semasa. Pastikan peranan serta keperluan perpustakaan kekal relevan sepanjang zaman.

Sabtu, Jun 06, 2026

Projek Masar Destination

Foto ihsan Utusan Malaysia

Projek Masar ialah pembangunan mega di Makkah yang sedang dibangunkan sebagai koridor bandar pintar moden berhampiran Masjidil Haram, bertujuan meningkatkan kapasiti dan keselesaan jutaan jemaah haji dan umrah menjelang tahun 2030. Ia merupakan sebahagian daripada agenda Saudi Vision 2030 dengan nilai pelaburan sekitar SAR100 bilion (RM104 bilion).

Fakta Utama Projek Masar

Lokasi strategik: Hanya 550 meter dari Masjidil Haram, menjadikannya pintu masuk utama dari arah Jeddah.

Skala pembangunan: Kawasan seluas 1.2 juta m² dengan keluasan binaan 6.7 juta m², menempatkan 205 lot pembangunan.

Tempoh siap: Dijangka siap sepenuhnya dalam masa 4 tahun, menjelang 2030.

Kapasiti: Mampu menampung sehingga 158,000 orang pada satu masa, dengan lebih 60% diperuntukkan untuk jemaah haji dan umrah.

Nilai projek: Dianggarkan antara SAR60 bilion hingga SAR100 bilion, bergantung kepada fasa pembangunan.

Komponen Utama

Laluan pejalan kaki selebar 40–60 meter terus ke Masjidil Haram, memudahkan aliran jemaah.

Pengangkutan moden:

Hubungan langsung dengan Kereta Api Laju Haramain

Stesen metro Makkah yang bakal dibangunkan

11 hentian bas elektrik

5,700 ruang parkir bawah tanah

Hospitaliti & komersial: Hotel, apartmen, pusat beli-belah, kediaman, dan ruang komersial dibangunkan mengikut zon jarak dari Masjidil Haram.

Teknologi pintar: Sistem utiliti pintar untuk pengurusan tenaga, air, dan keselamatan.

Matlamat Projek

Mengurangkan kesesakan di sekitar Masjidil Haram semasa musim haji dan umrah.

Meningkatkan pengalaman jemaah dengan kemudahan moden tanpa mengabaikan identiti kerohanian Makkah.

Menyokong Saudi Vision 2030 dalam menjadikan Makkah sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa.

Pertimbangan & Cabaran

Kos besar: Pelaburan berbilion ringgit menuntut pengurusan teliti agar tidak membebankan ekonomi.

Kesinambungan identiti: Walaupun moden, projek mesti mengekalkan nilai kerohanian kota suci.

Logistik pembinaan: Dilaksanakan di kawasan paling sibuk di dunia, berdekatan Masjidil Haram.