Isnin, Disember 27, 2021

Awan Gelap

Kelihatan awan gelap seumpama nak menurunkan hujan lagi pada petang ini. Nun jauh di belakang sana hutan Bukit Cherakah dan di belakangnya pula adalah kawasan Seksyen U10. Banjir di Shah Alam masih belum surut di kawasan yang terjejas. marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah memberikan kita yang terbaik.

Selasa, Disember 21, 2021

Shah Alam Banjir

Gambar sumber dari The Star 

Kejadian banjir telah berlaku di Shah Alam pada 17-19 Disember 2021 yang mana banyak melibatkan kawasan di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat. Manakala di Kuala Lumpur juga ada kawasan yang terlibat. Hujan telah turun semenjak hari jumaat sehingga ahad yang menyebakan kenaikan air sungai dan melimpah ke kawasan yang rendah. Taman Seri Muda antara kawasan yang teruk terjejas. Semoga Allah memberi kemudahan kepada semua yang terlibat.

Ahad, Disember 19, 2021

1 Rumah 1 Beg Kecemasan

 

Ahad, Disember 12, 2021

Melancong ke Kuala Lumpur

 

Pada 11 Dis 2021, tanpa dirancang dari awal, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Lumpur yang mana destinasinya adalah menuju ke Rumah Kartun & Komik Malaysia yang terletak di Taman Tasik Perdana. Maka kami bergerak dari Shah Alam dan sampai ke destinasi yang dituju. Namun apabila sampai di sana, rupa-rupanya Rumah Kartun ni tutup. Aduh!!!. Tengok dalam facebook takda pulak katanya ditutup. Namun tak mengapa lah. Lain kali boleh datang lagi. 

Dalam acara jalan-jalan kai lini, kami dapat pergi beberapa destinasi walau pada asalnya hanya ingin ke Rumah Kartun tu saja. Tetapi, akibat sesat jalan akibat terlepas simpang di kawasan Taman Tasik Perdana tu, kami menemui jalan ke Istana Negara yang baharu. 

Selain itu jugak, kami pergi ke Jalan Bellamy untuk mencari kedai rojak mamak di situ. Namanya adalah Rojak Bellamy. Kedainya tidak ramai orang pada hari sabtu. Kami dapat makan dengan selesa sebab dah lama berjalan.

Tempat terakhir kami pergi adalah Istana Negara lama yang mana sekarang dijadikan sebagai Muzium Diraja. Rezeki kami pada hari itu, tiada bayaran masuk dikenakan. Ini kerana, ruang pameran utama masih dalam kerja-kerja renovasi. 

Antara ikon baharu di Kuala Lumpur yang sudah kelihatan dari Lebuhraya Persekutuan ialah Menara 118. Menara ini milik PNB dan menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Begitulah acara melancong dalam masa setengah hari ke Kuala Lumpur.

Jumaat, Disember 03, 2021

Salam Ulangtahun kepada mak yang ke-80