Pada 11 Dis 2021, tanpa dirancang dari awal, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Lumpur yang mana destinasinya adalah menuju ke Rumah Kartun & Komik Malaysia yang terletak di Taman Tasik Perdana. Maka kami bergerak dari Shah Alam dan sampai ke destinasi yang dituju. Namun apabila sampai di sana, rupa-rupanya Rumah Kartun ni tutup. Aduh!!!. Tengok dalam facebook takda pulak katanya ditutup. Namun tak mengapa lah. Lain kali boleh datang lagi.
Dalam acara jalan-jalan kai lini, kami dapat pergi beberapa destinasi walau pada asalnya hanya ingin ke Rumah Kartun tu saja. Tetapi, akibat sesat jalan akibat terlepas simpang di kawasan Taman Tasik Perdana tu, kami menemui jalan ke Istana Negara yang baharu.
Selain itu jugak, kami pergi ke Jalan Bellamy untuk mencari kedai rojak mamak di situ. Namanya adalah Rojak Bellamy. Kedainya tidak ramai orang pada hari sabtu. Kami dapat makan dengan selesa sebab dah lama berjalan.
Tempat terakhir kami pergi adalah Istana Negara lama yang mana sekarang dijadikan sebagai Muzium Diraja. Rezeki kami pada hari itu, tiada bayaran masuk dikenakan. Ini kerana, ruang pameran utama masih dalam kerja-kerja renovasi.
Antara ikon baharu di Kuala Lumpur yang sudah kelihatan dari Lebuhraya Persekutuan ialah Menara 118. Menara ini milik PNB dan menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara.
Begitulah acara melancong dalam masa setengah hari ke Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan