Rabu, Ogos 31, 2022

Merdeka 65

 

Sumber: SUN Education

Selasa, Ogos 30, 2022

Kampung Lubuk Paku

 

Kampung Lubuk Paku antara kampung yang bakal pupus di Pahang?
Sekitar Disember 1996 dulu, aku sertai pasukan Kesatria ITM bagi XPDC Berakit Sungai Pahang yang bermula dari Kg Lubuk Paku, Temerloh hingga Kg. Pulau Keladi, Pekan. XPDC mengambil masa 5 hari dan hanya pada siang hari ja. Menjelang maghrib kami naik ke darat dan sambung pula keesokkan harinya.

Kg. Pulau Keladi merupakan tempat kelahiran Tun Abdul Razak.

UM 29/8/2022

Jumaat, Ogos 26, 2022

Bukan Sifat Pemalas Yang Punca Orang Kita Enggan Ke Perpustakaan

 


The Patriots Asia - 24 Ogos 2022 

Bila sebut sahaja perpustakaan, pasti ramai yang menganggap di situlah tempat untuk bersantai atau tidur terutamanya sewaktu zaman sekolah dan universiti. Perpustakaan sebenarnya banyak memainkan peranan penting kepada masyarakat. Kalau dikaji sejarah lalu, perpustakaan memberi impak kepada perkembangan sesebuah tamadun.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat perpustakaan adalah bangunan yang mengumpulkan buku-buku untuk bacaan. Oxford Languages pula memberi maksud perpustakaan sebagai bangunan yang mempunyai koleksi buku, bahan media (filem, rekod music) untuk dipinjam atau digunakan oleh orang awam.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, dan Eropah, perpustakaan ditonjolkan sebagai amat penting. Selalu kita lihat filem atau drama inggeris pasti ada babak tentang perpustakaan dan buku. Di setiap daerah juga akan ada perpustakaan desa. Tambahan pula, perpustakaan di sana lebih moden dan strategik kedudukannya walaupun bersaiz kecil.  Sebuah tamadun tergerak bukan kerana tenteranya. Bukan juga kerana pemimpinnya. Tetapi kuasa sebenar sebuah tamadun ada dalam minda rakyatnya. Jika diisi dengan sampah, maka tumbanglah tamadun tersebut. Tetapi kalau diisi dengan ilmu? Maka kami berbesar hati mempelawa kalian beli buku KITAB TAMADUN MELAYU. Buku ini bercerita banyak tentang kebangkitan peradaban agung Melayu. Sesungguhnya cabaran masa depan mustahil boleh ditempuhi, selagi mana sejarah dibiar terabai dalam keadaan samar-samar. Beli di https://bit.ly/3PFEltO

Ahad, Ogos 14, 2022

Buku kena habis baca untuk minggu ini

 


Buku ini akan cuba dibaca dalam minggu ini.

Karya Terakhir oleh Prof Kamil Ibrahim. Beliau sedang sakit sekarang ini akibat buah pinggang.

Majalah Ujang yang sememangnya legend penuh dengan kartun kenangan zaman 90an.

Seindah Langit Biru adalah kompilasi cerita pendek bertemakan semangat dan motivasi daripada ramai penulis. 

Sabtu, Ogos 13, 2022

Pustakawan bukan sekadar penyusun buku


Pustakawan bukan sekadar penyusun buku

Berita Harian – 13 Ogos 2022

PERPUSTAKAAN adalah sebuah tempat yang berfungsi sebagai hab maklumat bagi pengguna. Namun, tanpa seorang pustakawan yang mengendalikan segala sumber atau program bermanfaat kepada pengguna fungsi perpustakaan tidak akan berjalan dengan baik.

Bagaimanapun kerjaya pustakawan sangat sinonim dengan masyarakat kita sebagai penyusun buku. Apabila doktrin ini diperluaskan, maka kebanyakan ahli masyarakat akan mengatakan pustakawan hanya menyusun buku di perpustakaan tanpa membuat sebarang penyelidikan. Kata mudahnya, kerja seorang pustakawan hanyalah sebagai penyusun buku.

Sedangkan sebenarnya, pustakawan adalah kunci ilmu kepada masyarakat. Jika dilihat dari aspek pendidikan, pustakawan adalah kunci bagi membolehkan pengguna mengakses bahan ilmiah dengan pelbagai tujuan sama ada rujukan mahupun tugasan. Oleh itu, bahan ilmiah atau program pendidikan dilaksanakan akan dinilai oleh pustakawan dengan membuat perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menjayakannya. Pustakawan juga dikehendaki membuat pelbagai program bagi menarik minat pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan sama ada secara fizikal atau maya (digital).

Justeru, banyak juga aktiviti yang diadakan bagi menarik minat orang awam terutama golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengunjungi perpustakaan. Antaranya termasuklah pertandingan seperti e-sports. Pertandingan sebegini amat penting kerana dalam usaha menarik minat orang awam, tentu saja kita perlu tahu kecenderungan mereka dan minat mereka.

Pertandingan sebegitu adalah satu contoh saja bagaimana perpustakaan sudah banyak membuat perubahan dari aspek aktiviti serta kreativiti dengan tujuan menarik minat pengunjung ke perpustakaan. Susulan itu, tugas seseorang pustakawan itu sendiri juga turut berubah-ubah mengikut keadaan. Ada kalanya mereka menganjurkan program literasi maklumat kepada pengguna supaya komuniti akan memperoleh kemahiran bermaklumat.

Kemahiran tambah keupayaan diri

Kelebihan kemahiran ini tentunya antara lain dapat membantu mereka menambah keupayaan diri dan mencari pekerjaan. Selain ia mencelikkan mata mengenai kaedah mengguna dan menapis maklumat dengan baik bagi mengelak daripada ditipu oleh scammer. Apabila memperkatakan mengenai tugasan pustakawan pula ia sebenarnya bergantung kepada di mana lokasi kerjaya mereka itu. Setiap perpustakaan atau pustakawan walaupun sama secara umum tetapi ia memerlukan kemahiran berbeza.

Contohnya bagi perpustakaan firma guaman, pengguna mereka adalah golongan profesional dalam bidang perundangan. Justeru yang dicari adalah bahan berhubung bidang itu. Oleh demikian, skop tugasan pustakawan juga akan berubah dengan kewujudan soalan berkaitan dengan perundangan seperti akta, warta, rang undang-undang atau bahan-bahan bacaan lain.

Semua ini menunjukkan bahawa dakwaan kerjaya pustakawan sebagai seorang penyusun buku adalah tidak tepat kerana terdapat tugasan lain yang sudah merubah corak pekerjaan hakiki seseorang pustakawan itu.

Qudri Ali Abu Bakar

Kuala Lumpur

Jumaat, Ogos 12, 2022

Kapt. Syers

 

Terjumpa gambar ini dalam laman web Orang Perak yang mana menunjukkan bagaimana rupanya Kapt Syers (1853-1897) yang mana wataknya ada dalam filem Mat Kilau. Ada sedikit kisahnya di sini: https://bangi.pulasan.my/h_c_syers. Beliau mati pada tahun 1897 akibat ditanduk oleh seladang semasa aktiviti perburuan di tengah Pahang dan disemadikan di Pekan. 

Rabu, Ogos 10, 2022

Pemimpin dan Masa

Ahad, Ogos 07, 2022

Sungai di Hulu Rening, Batang Kali

 



Inilah suasana Sungai Hijau di Hulu Rening, Batang Kali, Selangor yang mana airnya berpunca daripada Banjaran Titiwangsa. Sekali-sekala menikmati suasana macam ni memang seronok dan damai.
7 Ogos 2022

Sabtu, Ogos 06, 2022

Geng Pengail Surau Al-Ikhwan ke Bagan Tengkorak

Sempat bergambar dengan Geng Pemancing Surau Al-Ikhwan sebelum bertolak ke Bagan Tengkorak, Tangjung Karang bagi aktiviti memancing. Saya sebagai penyokong ja dalam gambar ni. 
6 Ogos 2022

#PengailSurauAlIkhwan 

 

Selasa, Ogos 02, 2022

Buku mengenai dua Individu Hebat

 

Buku mengenai dua individu yang hebat. Semoga Allah merahmati kedua-duanya: Arwah TS Mustapha Kamal dan Arwah TS Khalid Ibrahim. 

Building Passion with Mustapha Kamal (2009)
Fearless: From Kampung Boy to CEO (2012)