Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, sebaliknya menjadi tempat membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membuka laluan kepada Impian yang ingin dicapai
Jumaat, Julai 03, 2026
Perpustakaan ruang inklusif membina potensi mahasiswa autistik
Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, sebaliknya menjadi tempat membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membuka laluan kepada Impian yang ingin dicapai
Selasa, Jun 30, 2026
Perpustakaan - Tempat Menjana Idea
Perpustakaan memang boleh menjadi tempat menjana idea yang sangat berkesan. Ia bukan sekadar ruang untuk membaca, tetapi juga ekosistem yang merangsang kreativiti dan pemikiran kritis. Beberapa aspek yang menjadikannya unik ialah:
Suasana tenang: Keheningan perpustakaan membantu minda fokus, membolehkan idea muncul tanpa gangguan.
Kepelbagaian sumber: Buku, jurnal, arkib, dan akses digital memberi perspektif baharu yang boleh mencetuskan inspirasi.
Ruang kolaboratif: Banyak perpustakaan moden menyediakan bilik perbincangan, makmal kreatif, dan bengkel komuniti untuk berkongsi serta membina idea bersama.
Penemuan tidak dijangka: Menjelajah rak buku sering membawa kepada pengetahuan yang tidak dirancang, membuka jalan kepada idea baharu.
Inspirasi budaya: Pameran, ceramah, atau seni yang dipamerkan di perpustakaan boleh mencetuskan imaginasi.
Ahad, Jun 28, 2026
Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi
Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi
Berita Harian – 20 Jun 2026
PERKEMBANGAN sesebuah tamadun sentiasa bertunjangkan ilmu.
Dalam sejarah peradaban manusia, perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan
buku, tetapi institusi memelihara memori bangsa, mengembangkan budaya ilmu dan
melahirkan generasi pemikir membentuk masa depan masyarakat.
Sempena sambutan Hari Pustakawan setiap 6 Jun, masyarakat
perlu melihat semula peranan perpustakaan dalam konteks semasa. Tanggapan
perpustakaan semakin hilang relevan akibat kemajuan teknologi tidak tepat. Sebaliknya,
perpustakaan terus menyesuaikan diri dengan perubahan zaman melalui penyediaan
akses kepada sumber digital, teknologi maklumat dan pelbagai program literasi
memenuhi keperluan masyarakat.
Pada era ledakan maklumat hari ini, peranan pustakawan
menjadi semakin penting. Lambakan maklumat di internet dan media sosial
menyebabkan masyarakat terdedah kepada berita palsu, penipuan serta maklumat
tidak sahih. Fenomena sering disebut sebagai 'infodemik' menuntut kewujudan
golongan profesional mampu membantu masyarakat menilai kesahihan sesuatu
maklumat.
Di sini pustakawan memainkan peranan sebagai penapis dan
pemudah cara maklumat. Mereka bukan sekadar mengurus koleksi bahan bacaan,
malah membimbing pengguna mendapatkan sumber tepat, sahih dan boleh dipercayai.
Pustakawan turut membantu masyarakat membina kemahiran penyelidikan, pemikiran
kritis dan literasi maklumat amat diperlukan dalam dunia moden.
Selain itu, perpustakaan berfungsi sebagai ruang
pembelajaran inklusif untuk semua lapisan masyarakat. Tidak kira sama ada
pelajar, pekerja, warga emas atau komuniti luar bandar, perpustakaan
menyediakan persekitaran kondusif untuk membaca, belajar dan mengembangkan
potensi diri.
Bagi sesetengah individu, perpustakaan menjadi tempat
menawarkan kemudahan mungkin sukar diperoleh di rumah seperti ruang belajar
selesa, akses internet stabil, komputer dan bahan rujukan berkualiti.
Bantu rapatkan jurang pendidikan
Peranan ini menjadikan perpustakaan sebagai institusi
membantu merapatkan jurang pendidikan dan peluang dalam masyarakat.
Perpustakaan juga berperanan sebagai agen penyama taraf
dalam era digital. Walaupun teknologi berkembang pesat, masih terdapat kelompok
masyarakat berdepan kekangan memiliki peranti atau mendapatkan capaian internet
baik.
Melalui penyediaan kemudahan komputer, internet dan
pangkalan data akademik, perpustakaan membuka peluang lebih adil kepada semua
untuk mengakses ilmu dan maklumat.
Usaha ini penting bagi memastikan tiada golongan tercicir
dalam arus transformasi digital. Kemiskinan atau kekangan kewangan tidak
seharusnya menjadi penghalang kepada seseorang untuk mendapatkan ilmu dan
meningkatkan taraf hidup mereka.
Pada masa sama, perpustakaan moden kini berkembang sebagai
hab komuniti aktif dan dinamik. Pelbagai program dianjurkan untuk memenuhi
keperluan masyarakat termasuk bengkel kecerdasan buatan (AI), latihan literasi
digital, program galakan membaca, aktiviti kanak-kanak dan kelab buku.
Inisiatif seperti ini membuktikan perpustakaan bukan lagi
ruang pasif hanya dipenuhi rak buku, sebaliknya pusat pembangunan modal insan
menyumbang pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing. Sejarah
membuktikan kemajuan tamadun sentiasa berkait rapat dengan budaya ilmu. Tokoh
besar seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun lahir dalam persekitaran menghargai
pembacaan, penyelidikan dan penerokaan ilmu.
Tradisi inilah perlu terus diperkukuhkan bagi melahirkan
generasi pemikir dan pencipta inovasi masa depan. Perpustakaan dan pustakawan
ialah arkitek minda masyarakat. Di sebalik tugas sering dianggap biasa, mereka
sebenarnya memainkan peranan besar membentuk budaya ilmu, memperkukuh pemikiran
kritis dan melahirkan warga celik maklumat. Sempena Hari Pustakawan,
penghargaan wajar diberikan kepada seluruh warga perpustakaan yang berkhidmat
sebagai penggerak ilmu negara.
Dalam dunia semakin kompleks dan dipenuhi lambakan maklumat,
perpustakaan kekal sebagai institusi penting menghubungkan masyarakat dengan
ilmu, manakala pustakawan pula pemudah cara membantu membina tamadun berasaskan
pengetahuan dan nilai kemanusiaan.
Penulis adalah Muhammad Syazni Aiman Saad, Penolong
Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sumber: www.bharian.com.my
Jumaat, Mei 22, 2026
Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Perak 2026
𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐌𝐚𝐤𝐧𝐚
Jumaat, Mac 20, 2026
Sabtu, Mac 07, 2026
Internet, media sosial ambil alih peranan perpustakaan?
Adakah peranan perpustakaan telah diambil oleh Internet dan media sosial?
Jumaat, Februari 20, 2026
Perlukah perpustakaan dalam zaman digital?
Jumaat, Januari 23, 2026
Perkaya bahan bacaan, ilmu di perpustakaan
Perkaya bahan bacaan, ilmu di perpustakaan
Isnin, Oktober 27, 2025
Perpustakaan Bukan Sekadar Simpan Ilmu
Kosmo - 15 Okt 2025, ms. 5
Ahad, Oktober 19, 2025
Pencuri Buku Mencuri Bahan Langka Perpustakaan
Oleh: N Faizal Ghazali
Keghairahan seorang peniaga buku terpakai mencari laba sehingga tergamak mencuri bahan-bahan tersebut dari beberapa perpustakaan di Kelantan akhirnya terbongkar selepas dia ditahan polis pagi tadi. Sumber yang dekat dengan kes tersebut memaklumkan kepada Malaysiakini, suspek merupakan seorang lelaki berusia awal 50-an dan sudah diberkas apabila kakitangan salah sebuah perpustakaan yang menjadi mangsanya membuat laporan semalam. Menurutnya kegiatan suspek sudah sekian lama dalam pemerhatian pihak pengurusan sebuah perpustakaan awam milik badan kerajaan negeri, serta sebuah lagi perpustakaan milik persendirian."Pada mulanya ada seorang pelanggannya membeli buku daripada suspek namun dia berasa curiga apabila naskhah berkenaan memiliki cap perpustakaan persendirian tersebut. Pelanggan itu kemudian merujuk kepada pihak perpustakaan bagi mendapatkan kepastian kerana dia memang tahu pihak pengurusan kemudahan itu tidak pernah melupuskan atau menyerahkan buku-buku mereka kepada pihak lain. Buku-buku di perpustakaan persendirian itu merupakan koleksi yang diwakafkan oleh pemilik atau keluarga pemilik asalnya. Malah ia sebenarnya tidak disediakan untuk dipinjam pun,” katanya.
Justeru, kata
sumber berkenaan, apabila pelanggan terbabit mendapati bahan bacaan dari
perpustakaan itu berada di tangan pihak lain, ia mengundang syak wasangka.
Pihak
pengurusan perpustakaan persendirian itu pula, katanya, mula menjalankan
siasatan dalaman dan terbukti banyak buku yang diamanahkan kepada mereka hilang
dari rak," katanya.
Aksi dirakam CCTV
Sumber yang
enggan identitinya didedahkan itu menambah, suspek memang sudah lama
menjalankan peniagaan jualan buku terpakai menggunakan platform media sosial.
"Kerjasama
dan pemerhatian pihak pengurusan dua perpustakaan tersebut berjaya menjejaki
urusan penjualan buku oleh suspek dan mengenal pasti buku-buku milik mereka. Banyak
buku koleksi langka atau nadir yang menjadi sasaran suspek dan didapati bahan
bacaan sebegitu dijual semula dengan harga tinggi," katanya.
Mengulas
mengenai modus operandi suspek, sumber berkenaan berkata, lelaki terbabit
memberitahu kakitangan perpustakaan kononnya dia sering hadir di premis mereka
untuk membuat rujukan bagi kajian dalam bidang budaya.
Katanya,
suspek sering datang dengan menggalas sebuah beg selain memakai pelitup mulut
dan hidung dipercayai agar wajahnya tidak begitu dikenali ramai. Apabila berada
dalam perpustakaan, katanya, suspek akan meneliti buku berada di sela-sela rak
dalam tempoh masa tertentu.
“Banyak kali
dia datang dengan alasan membuat kajian budaya. Pihak perpustakaan persendirian
itu mula mengesyaki sesuatu namun pada awalnya mereka tiada bukti kukuh selain
daripada buku yang sudah dijual kepada pelanggan yang mendedahkan perkara itu.
“Akhirnya,
aktiviti lelaki itu dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah
sebuah perpustakaan berkenaan,” katanya.
Sumber itu
menjelaskan suspek dipercayai menyeludup buku-buku langka itu dengan
menyorokkan bahan bacaan berkenaan di sebalik jaket yang dipakainya. Ekoran
perkembangan itu, seorang kakitangan perpustakaan membuat laporan di di Balai
Polis Kota Bharu, petang semalam. Menurut laporan yang dilihat Malaysiakini, pihak perpustakaan mendapati berlaku
kehilangan buku dan semakan CCTV mendapati wujudnya kelakuan suspek yang
mencurigakan.
Boleh disebat jika
berulang
Laporan polis
itu turut memaklumkan bahawa carian di internet mendapat buku daripada
perpustakaan itu diiklan untuk dijual oleh suspek.
Ketua Polis
Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pihaknya
menerima laporan yang dibuat pihak perpustakaan berkenaan sekitar jam 5 petang
semalam.
Dia turut
mengesah tangkapan terhadap suspek itu berjaya dilakukan dalam serbuan polis
kira-kira jam 1 pagi tadi di sebuah rumah sekitar Kota Bharu.
Difahamkan,
pihak polis turut merampas 12 buah buku di sebuah rumah berasingan. Kata Mohd
Rosdi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Sementara itu
Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan suspek direman selama empat hari
bermula esok selepas permohonan dikemukakan pihak polis pagi tadi.
Perintah
reman dikeluarkan majistret Rais Imran Hamid hari ini bagi membolehkan siasatan
lanjut dijalankan. Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara
sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya. Dia malah boleh disebat sekiranya
kes berulang.
Sumber: Malaysiakini (14 Okt 2025)
Rabu, Oktober 15, 2025
Perpustakaan bersejarah ditukar fungsi sebagai masjid
Perpustakaan bersejarah ditukar fungsi sebagai masjid
Khamis, Oktober 09, 2025
Pendekatan Proaktif Perpustakaan Hidupkan Semula Budaya Membaca
Khamis, Oktober 02, 2025
Jadikan Baucar Buku Asas Bina Perpustakaan Peribadi
Rabu, September 17, 2025
Perpustakaan dan Kemerdekaan
Moh kita tanam semangat kemerdekaan melalui perpustakaan
Selasa, Ogos 26, 2025
Era Lama Khidmat Perpustakaan Berubah Seiring Digitalisasi
Era lama khidmat perpustakaan berubah seiring digitalisasi
Khamis, Ogos 21, 2025
Library Science in 2025: More Vital Than Ever
Library Science in 2025 is undergoing a profound transformation, driven by emerging technologies, evolving community needs, and a renewed focus on sustainability and inclusivity. Here's a comprehensive look at the trends, innovations, and challenges shaping the field:
Innovations in Library Science (2025)
Libraries are now dynamic hubs for learning, creativity, and digital engagement. Key innovations include:
Technological Advancements
Artificial Intelligence (AI): Personalized learning, smart cataloging, and predictive analytics for user needs.
Augmented & Virtual Reality (AR/VR): Immersive educational environments and virtual exhibitions.
Blockchain: Secure digital rights management and transparent transactions.
Internet of Things (IoT): Smart resource management and real-time data tracking.
Robotics & Automation: Self-service kiosks, automated book sorting, and inventory control.
Open-Source Software: Cost-effective, customizable library management systems.
Sustainability & Stewardship
Libraries are promoting environmental literacy, digitizing archives, and designing energy-efficient spaces.
Emphasis on green infrastructure and community education for climate action.
Evolving Roles & Services
Libraries in 2025 are redefining their societal role:
Community Engagement: Hosting workshops, maker spaces, and cultural events.
Media Literacy Education: Teaching critical thinking and combating misinformation.
Library of Things: Lending non-book items like tools, tech devices, and appliances.
24/7 Access: Smart lockers and remote services for flexible patron access.
Inclusive Design: Height-adjustable kiosks, multilingual interfaces, and services for underserved groups.
Jumaat, Ogos 15, 2025
Perpustakaan Terawal Muzium Perak Tahun 1886
KOLEKSI KATALOG
PERPUSTAKAAN TERAWAL MUZIUM PERAK TAHUN 1886
Jumaat, Julai 11, 2025
Selasa, April 15, 2025
Jumaat, Mac 21, 2025
Perpustakaan perlu sedia ruang, aktiviti tingkat kesihatan mental
Perpustakaan perlu sedia ruang aktiviti tingkat kesihatan mental
























![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















