Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, sebaliknya menjadi tempat membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membuka laluan kepada Impian yang ingin dicapai
Jumaat, Julai 03, 2026
Perpustakaan ruang inklusif membina potensi mahasiswa autistik
Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, sebaliknya menjadi tempat membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membuka laluan kepada Impian yang ingin dicapai
Ahad, Jun 28, 2026
Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi
Peranan perpustakaan berkembang seiring perubahan teknologi
Berita Harian – 20 Jun 2026
PERKEMBANGAN sesebuah tamadun sentiasa bertunjangkan ilmu.
Dalam sejarah peradaban manusia, perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan
buku, tetapi institusi memelihara memori bangsa, mengembangkan budaya ilmu dan
melahirkan generasi pemikir membentuk masa depan masyarakat.
Sempena sambutan Hari Pustakawan setiap 6 Jun, masyarakat
perlu melihat semula peranan perpustakaan dalam konteks semasa. Tanggapan
perpustakaan semakin hilang relevan akibat kemajuan teknologi tidak tepat. Sebaliknya,
perpustakaan terus menyesuaikan diri dengan perubahan zaman melalui penyediaan
akses kepada sumber digital, teknologi maklumat dan pelbagai program literasi
memenuhi keperluan masyarakat.
Pada era ledakan maklumat hari ini, peranan pustakawan
menjadi semakin penting. Lambakan maklumat di internet dan media sosial
menyebabkan masyarakat terdedah kepada berita palsu, penipuan serta maklumat
tidak sahih. Fenomena sering disebut sebagai 'infodemik' menuntut kewujudan
golongan profesional mampu membantu masyarakat menilai kesahihan sesuatu
maklumat.
Di sini pustakawan memainkan peranan sebagai penapis dan
pemudah cara maklumat. Mereka bukan sekadar mengurus koleksi bahan bacaan,
malah membimbing pengguna mendapatkan sumber tepat, sahih dan boleh dipercayai.
Pustakawan turut membantu masyarakat membina kemahiran penyelidikan, pemikiran
kritis dan literasi maklumat amat diperlukan dalam dunia moden.
Selain itu, perpustakaan berfungsi sebagai ruang
pembelajaran inklusif untuk semua lapisan masyarakat. Tidak kira sama ada
pelajar, pekerja, warga emas atau komuniti luar bandar, perpustakaan
menyediakan persekitaran kondusif untuk membaca, belajar dan mengembangkan
potensi diri.
Bagi sesetengah individu, perpustakaan menjadi tempat
menawarkan kemudahan mungkin sukar diperoleh di rumah seperti ruang belajar
selesa, akses internet stabil, komputer dan bahan rujukan berkualiti.
Bantu rapatkan jurang pendidikan
Peranan ini menjadikan perpustakaan sebagai institusi
membantu merapatkan jurang pendidikan dan peluang dalam masyarakat.
Perpustakaan juga berperanan sebagai agen penyama taraf
dalam era digital. Walaupun teknologi berkembang pesat, masih terdapat kelompok
masyarakat berdepan kekangan memiliki peranti atau mendapatkan capaian internet
baik.
Melalui penyediaan kemudahan komputer, internet dan
pangkalan data akademik, perpustakaan membuka peluang lebih adil kepada semua
untuk mengakses ilmu dan maklumat.
Usaha ini penting bagi memastikan tiada golongan tercicir
dalam arus transformasi digital. Kemiskinan atau kekangan kewangan tidak
seharusnya menjadi penghalang kepada seseorang untuk mendapatkan ilmu dan
meningkatkan taraf hidup mereka.
Pada masa sama, perpustakaan moden kini berkembang sebagai
hab komuniti aktif dan dinamik. Pelbagai program dianjurkan untuk memenuhi
keperluan masyarakat termasuk bengkel kecerdasan buatan (AI), latihan literasi
digital, program galakan membaca, aktiviti kanak-kanak dan kelab buku.
Inisiatif seperti ini membuktikan perpustakaan bukan lagi
ruang pasif hanya dipenuhi rak buku, sebaliknya pusat pembangunan modal insan
menyumbang pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing. Sejarah
membuktikan kemajuan tamadun sentiasa berkait rapat dengan budaya ilmu. Tokoh
besar seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun lahir dalam persekitaran menghargai
pembacaan, penyelidikan dan penerokaan ilmu.
Tradisi inilah perlu terus diperkukuhkan bagi melahirkan
generasi pemikir dan pencipta inovasi masa depan. Perpustakaan dan pustakawan
ialah arkitek minda masyarakat. Di sebalik tugas sering dianggap biasa, mereka
sebenarnya memainkan peranan besar membentuk budaya ilmu, memperkukuh pemikiran
kritis dan melahirkan warga celik maklumat. Sempena Hari Pustakawan,
penghargaan wajar diberikan kepada seluruh warga perpustakaan yang berkhidmat
sebagai penggerak ilmu negara.
Dalam dunia semakin kompleks dan dipenuhi lambakan maklumat,
perpustakaan kekal sebagai institusi penting menghubungkan masyarakat dengan
ilmu, manakala pustakawan pula pemudah cara membantu membina tamadun berasaskan
pengetahuan dan nilai kemanusiaan.
Penulis adalah Muhammad Syazni Aiman Saad, Penolong
Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sumber: www.bharian.com.my
Isnin, Jun 08, 2026
Six Modern roles of Librarian
Ahad, Jun 07, 2026
Pustakawan dan Pengurusan Maklumat
Pustakawan di Malaysia mesti menjadi yang terbaik dalam pengurusan maklumat, mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan menghadapi semua cabaran semasa. Pastikan peranan serta keperluan perpustakaan kekal relevan sepanjang zaman.
Jumaat, Julai 11, 2025
Sabtu, Jun 21, 2025
Kata-kata YAB Perdana Menteri Semasa CONSAL XIX
Intisari Ucapan YAB Perdana menteri semasa Upacara Perasmian CONSAL XIX pada 17 Jun 2025 di WTC, Kuala Lumpur:
Ahad, Jun 15, 2025
Pustakawan agen perubahan sosial bukan sekadar penjaga rak buku
Sabtu, Jun 14, 2025
Apa peranan Pustakawan di era kecerdasan buatan?
Selasa, Mac 25, 2025
Sabtu, Februari 08, 2025
Jumaat, Ogos 02, 2024
Jumaat, Disember 08, 2023
Rabu, Oktober 05, 2022
Sabtu, Ogos 13, 2022
Pustakawan bukan sekadar penyusun buku
Pustakawan bukan sekadar penyusun buku
Berita Harian – 13 Ogos 2022
PERPUSTAKAAN adalah sebuah tempat yang berfungsi sebagai hab maklumat bagi pengguna. Namun, tanpa seorang pustakawan yang mengendalikan segala sumber atau program bermanfaat kepada pengguna fungsi perpustakaan tidak akan berjalan dengan baik.
Bagaimanapun kerjaya pustakawan sangat sinonim dengan masyarakat kita sebagai penyusun buku. Apabila doktrin ini diperluaskan, maka kebanyakan ahli masyarakat akan mengatakan pustakawan hanya menyusun buku di perpustakaan tanpa membuat sebarang penyelidikan. Kata mudahnya, kerja seorang pustakawan hanyalah sebagai penyusun buku.
Sedangkan sebenarnya, pustakawan adalah kunci ilmu kepada masyarakat. Jika dilihat dari aspek pendidikan, pustakawan adalah kunci bagi membolehkan pengguna mengakses bahan ilmiah dengan pelbagai tujuan sama ada rujukan mahupun tugasan. Oleh itu, bahan ilmiah atau program pendidikan dilaksanakan akan dinilai oleh pustakawan dengan membuat perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menjayakannya. Pustakawan juga dikehendaki membuat pelbagai program bagi menarik minat pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan sama ada secara fizikal atau maya (digital).
Justeru,
banyak juga aktiviti yang diadakan bagi menarik minat orang awam terutama
golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengunjungi perpustakaan. Antaranya
termasuklah pertandingan seperti e-sports. Pertandingan sebegini amat penting
kerana dalam usaha menarik minat orang awam, tentu saja kita perlu tahu
kecenderungan mereka dan minat mereka.
Pertandingan
sebegitu adalah satu contoh saja bagaimana perpustakaan sudah banyak membuat
perubahan dari aspek aktiviti serta kreativiti dengan tujuan menarik minat
pengunjung ke perpustakaan. Susulan itu, tugas seseorang
pustakawan itu sendiri juga turut berubah-ubah mengikut keadaan. Ada kalanya
mereka menganjurkan program literasi maklumat kepada pengguna supaya komuniti
akan memperoleh kemahiran bermaklumat.
Kemahiran tambah keupayaan diri
Kelebihan kemahiran ini tentunya antara lain dapat membantu mereka menambah keupayaan diri dan mencari pekerjaan. Selain ia mencelikkan mata mengenai kaedah mengguna dan menapis maklumat dengan baik bagi mengelak daripada ditipu oleh scammer. Apabila memperkatakan mengenai tugasan pustakawan pula ia sebenarnya bergantung kepada di mana lokasi kerjaya mereka itu. Setiap perpustakaan atau pustakawan walaupun sama secara umum tetapi ia memerlukan kemahiran berbeza.
Contohnya bagi perpustakaan
firma guaman, pengguna mereka adalah golongan profesional dalam bidang
perundangan. Justeru yang dicari adalah bahan berhubung bidang itu. Oleh
demikian, skop tugasan pustakawan juga akan berubah dengan kewujudan soalan
berkaitan dengan perundangan seperti akta, warta, rang undang-undang atau
bahan-bahan bacaan lain.
Semua ini menunjukkan bahawa dakwaan kerjaya pustakawan sebagai seorang penyusun buku adalah tidak tepat kerana terdapat tugasan lain yang sudah merubah corak pekerjaan hakiki seseorang pustakawan itu.
Qudri Ali Abu Bakar
Kuala Lumpur




























![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















