Rabu, November 30, 2022
Selasa, November 29, 2022
Lawatan dari SMK King Edward VII, Taiping
Ahad, November 27, 2022
Sabtu, November 26, 2022
Jumaat, November 25, 2022
Khamis, November 24, 2022
DS Anwar Ibrahim - Perdana Menteri Malaysia ke-10
Selasa, November 22, 2022
Isnin, November 21, 2022
Sabtu, November 19, 2022
Hari mengundi - 19 Nov 2022
Jumaat, November 18, 2022
Balik mengundi - 18 Nov 2022
Dah sampai Simpang petang tadi. Sembahyang Jumaat di Masjid Taqiuddin, Kg. Permatang Guntung, Teluk Intan yang tak jauh dari Jambatan Sultan Yusuf dan WCE. Esok siap sedia untuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Kuala Sepetang.
Khamis, November 17, 2022
Rabu, November 16, 2022
Selasa, November 15, 2022
Khamis, November 10, 2022
Kisah Inspirasi: 11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD
11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD
8
November 2022
PAYA BESAR, 5 November 2022
- Berbekal doa dan kecekalan hati serta bersabar, Dr. Haji Abdullah Fairuzullah
Ahmad Tajuddin dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) berjaya
bergelar Doktor Falsafah (PhD) Sains Komputer) setelah berjuang selama 11
tahun untuk menghabiskan pengajian. Menurut Dr. Haji Abdullah, pelbagai
cabaran terpaksa ditempuh sepanjang menyambung pengajian secara sepenuh masa di
bawah penyeliaan Profesor Madya Dr. Noraziah Ahmad dengan tajuk ‘Binary Vote
Assignment Grid Quorum with Load Balancing (BVAGQ-LB) Algorithm for Managing
Replication in Distributed Database Systems’.
“Saya pernah mengalami
kemurungan selama dua bulan dan tidak mahu berjumpa dengan orang di luar. Namun,
alhamdulillah berkat doa dan sokongan ramai insan yang membantu membolehkan
saya mendapat kekuatan untuk terus berjuang,” katanya.
“Selain itu, pengurusan
masa yang betul perlu dititikberatkan sepanjang menjadi pelajar di samping
mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan badan sentiasa bertenaga untuk
menguruskan rumah tangga dan mengulangkaji pelajaran. Kejayaan yang saya capai
hari ini, saya jadikan dorongan dan inspirasi untuk anak-anak saya dan golongan
muda yang lain turut sama berusaha serta memotivasikan diri mereka untuk terus
belajar dan mencapai apa yang mereka impikan,” ujarnya lagi.
Nasihatnya jangan
berseorangan dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Selain
doa ayah, Ahmad Tajuddin Mohd Alias dan ibu, Kamariah Hassan, isteri, Noraini
Razali dan anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk beliau terus cekal dan
bersemangat. Menyoroti kenangan lalu, Dr. Haji Abdullah nyata terharu
dengan pengorbanan isteri dan lapan anak-anaknya iaitu Ahmad Syahmi Abdullah
Fairuzullah (17 tahun), Ahmad Ibrahim Abdullah Fairuzullah (15 tahun), Fatimah
Rajihah Abdullah Fairuzullah (14 tahun) dan Ahmad Syihabuddin Abdullah
Fairuzullah (12 tahun). Empat lagi ialah Fatimah Khadijah Abdullah
Fairuzullah (11 tahun), Muhammad Abdullah Fairuzullah (7 tahun), Fatimah
Aminah Abdullah Fairuzullah (4 tahun) dan Fatimah Jameelah Abdullah Fairuzullah
(sebulan).
Disediakan oleh: Mimi
Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri
Sumber: https://news.ump.edu.my/convocation/11-tahun-berjuang-kini-dr-abdullah-fairuzullah-genggam-phd?fbclid=IwAR0MCuz7AS-XXKlK6wT1DvlGYUNTfOF6wvW1qJYYEjMkaPxMtkg9WvQaYvg
Rabu, November 09, 2022
Jalan Masih Panjang; Anwar: The Untold Story
Malaysia Dateline - November 8, 2022
Sebuah filem
biopik bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ yang berdasarkan kisah hidup Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilaporkan bakal didokumentarikan
dalam sebuah filem yang masih dalam proses penggambaran. Filem ini merupakan hasil
kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang masih berada di fasa
pembikinan.
Apa yang menarik, filem kerjasama
produksi pelakon Malaysia dan Indonesia ini bakal menampilkan pelakon Farid
Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah
Malah, ketika ini sudah berlegar
di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan proses pembikinan filem
yang masih lagi sedang berjalan.
“Weh! Filem tentang Anwar
Ibrahim akan jadi kenyataan! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon.
Melibatkan 2 negara. Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan
melakonkan watak Dr Wan Azizah adalah Acha Septriasa. Direktor pula Viva Westi!
Tak sabar weh,” ciap pengguna Twitter Mad Marquez sambil berkongsikan tangkap
layar hantaran Instagram pelakon Indonesia, Hans de Kraker.
Sementara itu, calon di Parlimen
Kangar, Amin Ahmad mengesahkan pembikinan filem berkenaan dan memberitahu
bahawa sejak 2018 ada beberapa pihak bertemunya untuk menghasilkan filem
berdasarkan kisah Anwar Ibrahim.
“Oleh kerana sudah
tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid
Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan
daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem
ini.
“Sebenarnya selepas 2018
ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat
DS Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari, ada yang nak buat filem.
Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan ‘Jalan Masih Panjang’,”
tulisnya di Facebook.
Filem ini diarahkan oleh
Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah
mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.
Lain-lain pautan: The Vocket | Malaysiakini | The Rakyat Post | Getaran | MStar | Kosmo | Utusan Malaysia
Ahad, November 06, 2022
Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022
Pada 5 & 6 Nov 2022, saya telah bertugas sebagai Juri atas jemputan pihak Perpustakaan Putrajaya bagi mengadili penyertaan bagi Pertandingan Perpustakaan keluarga 2022. Sebanyak 16 buah rumah yang mana 8 buah darinya adalah dalam kategori apartment dan selebihnya dari kategori rumah teres. Untuk pertandingan ini, saya bekerja bersama Ummi Sham iaitu seorang Pustakawan otai yang mempunyai pengalaman luas dalam kategori perpustakaan keluarga ini.
Salah satu manfaat daripada sesi ini ialah kita dapat berinteraksi dengan pemilik perpustakaan itu sendiri sambil bertukar-tukar pendapat dan idea. Kita juga dapat melihat kepelbagaian dan kreativiti yang dipamerkan oleh setiap peserta.
Penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Disember 2022.
Jumaat, November 04, 2022
Selasa, November 01, 2022
Nasab Nabi Muhammad saw