Khamis, Februari 12, 2026
Hari Radio Sedunia 2026 di Taiping, Perak
Selasa, Februari 10, 2026
Jerry Tuwai di King Edward VII School, Taiping
Sempena kehadiran Jerry Tuwai ke King Edward VII School pada 11 Februari 2026, pihak Tackle Asia akan membuka booth jualan merchandise “Jerry Tuwai Limited Edition”. Sehubungan dengan itu, dijemput semua alumni dan peminat ragbi untuk hadir memeriahkan program ini serta mendapatkan koleksi eksklusif yang hanya dikeluarkan sempena lawatan khas beliau ke SMK King Edward VII.
Ini merupakan peluang istimewa untuk bertemu ikon ragbi dunia, merasai suasana komuniti ragbi KEVII, serta menyokong pembangunan ragbi sekolah.
Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
Lokasi: SMK King Edward VII, Jalan
Muzium Hulu, Taiping, Perak.
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Jumpa anda di sana. Rugby. Brotherhood Legacy
Magni Nominis Umbra
Ahad, Februari 08, 2026
Isnin, Februari 02, 2026
Berkunjung ke Bazar Cross Street Taiping
Malam ni sebelum esok pagi nak kembali ke Shah Alam, bawak mak pi Bazar Cross Street Taiping yang berhampiran dengan Wisma MPT sebab dia tak pernah pi, kami ajaklah pi pusing-pusing lepas Isyak. Kebetulan ada seorang kartunis, Saudara Boy PJ sedang melakar karikatur pelanggan yang berkunjung. Itulah Taiping.
Khamis, Januari 22, 2026
Selasa, Januari 06, 2026
Cactus Rock @Taiping
Cactus Rock di Taiping merujuk kepada sebuah formasi batu unik yang menjadi tarikan semula jadi berhampiran kawasan Spritzer EcoPark di Taiping, Perak. Ia dikenali kerana bentuknya menyerupai kaktus dan sering dikunjungi pelancong untuk bergambar serta menikmati suasana alam sekitar.
Lokasi & Akses
Lokasi utama: Berhampiran Spritzer EcoPark, Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak.
Akses: Mudah dicapai dengan kereta dari pusat bandar Taiping (±10 minit perjalanan).
Kemudahan berdekatan: EcoPark menyediakan mini golf, laluan pokok (Tree Tag Walkabout), Kidz Zone, dan ruang rekreasi.
Tentang Cactus Rock
Ciri fizikal: Batu besar dengan bentuk menyerupai kaktus, menjadikannya mercu tanda unik.
Fungsi tarikan:
Lokasi bergambar popular bagi pengunjung EcoPark.
Simbolik kepada konsep mesra alam dan konservasi yang diketengahkan oleh Spritzer EcoPark.
Suasana: Dikelilingi kehijauan hutan Taiping, memberikan kontras menarik antara batu berbentuk kaktus dan landskap tropika.
Waktu Operasi (Spritzer EcoPark)
Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu & Ahad: Tutup
Bayaran masuk: Percuma
Isnin, Januari 05, 2026
Kafe Ngopi Ngobrol @Changkat Jering, Taiping
Khamis, Januari 01, 2026
Beg Taiping @Bazar Cross Street Taiping
Hari pertama tahun 2026 kami pi ronda Bazar Cross Street Taiping lepas Isyak. Ada brader ni jual barangan jenama Taiping. Belilah beg kain, keychain dan button badges. Brader tu bagi satu button badge secara percuma. Lain kali kita singgah lagi. Bazar ni ada setiap malam di Dataran Warisan berhampiran MP Taiping dan Pejabat Tanah.
Rabu, Disember 31, 2025
Color of Malaysia @Taiping
Melawat pameran lukisan 'Color of Malaysia @Taiping' di Taiping Sentral Mall. Lokasinya di Tingkat 1 berhadapan dengan Kaunter Informasi.
Selasa, Disember 30, 2025
Berjalan-jalan di Taman Tasik Taiping
Isnin, Disember 29, 2025
Jumaat, Disember 19, 2025
Khamis, November 20, 2025
Majestic View of King Edward VII School - Plein Air Art Competition 2025
Rabu, November 19, 2025
Buku Kota Ngah Ibrahim: Dalam Lipatan Sejarah
Kota Ngah Ibrahim sudah di dalam genggaman. Hari ini baru sempat nak menelaah buku hebat yang baru tiba di Rak Buku Nandre. Sebagai salah seorang yang banyak kali sudah berkunjung ke Kota Ngah Ibrahim, seharusnya perlu ada buku ini dalam koleksi buku:
Sabtu, November 01, 2025
Quote by Pak Long Heng Hua
Khamis, Oktober 30, 2025
Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping, Perak
Saya dulu pernah bersekolah di SK Simpang dari tahun 1985 sehingga 1989. Kelasnya adalah kelas Kuning dari darjah 2 hingga darjah 6. Sebelum itu, pada tahun 1984, saya bersekolah di SRK Sungei Way, Petaling, Selangor semasa darjah 1. Semasa di SK Simpang, saya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal atau kadang-kala hanya berjalan kaki kerana jarak sekolah dengan rumah hanya dalam 150 meter sahaja. Loceng sekolah pun kedengaran dari rumah.
Saya pernah menyertai kumpulan koir sekolah pada tahun 1985 (darjah 2) yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Ada juga jualan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya ada membeli senaskah Dewan Pelajar edisi lama ketika itu. Pada tahun 1987, ada rombongan sekolah ke Taman Tasik SM Noor di Batu Gajah. Pada masa itu, Taman Tasik SM Noor antara taman tema yang paling menarik di negeri Perak. Seingat saya, ada rumah hantu, kereta laga dan taman haiwan di dalamnya.
Pada tahun 1988, ada seorang ustazah berkahwin di Kamunting atau Taiping. Ustazah ada sewa bas bagi anak muridnya pergi ke kenduri beliau. Sayangnya tidak ada gambar yang dirakam ketika itu. Seterusnya pada tahun 1989, saya dipilih untuk menyertai pasukan bolasepak sekolah. Walaupun duduk di bangu simpanan, nama saya tetap direkodkan sebagai senarai pemain bolasepak sekolah. Pada tahun yang sama, saya menjadi penyanyi utama dalam persembahan kelas semasa sambutan Hari Kanak-kanak. Lagu yang dinyanyikan ialah 'Si Manis 17'.
Semasa di SK Simpang, saya menyertai Pasukan Pengakap dan pernah berkhemah di sekolah. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah telur ayam yang ada dalam beg pecah dan berbau tak berapa nak sedap dalam beg.
Selain itu, saya juga dilantik sebagai Pengawas Sekolah bermula tahun 1988 hingga 1989. Baju seragam adalah bewarna biru muda.
Antara nama-nama guru yang masih diingati ialah:
- Cikgu Syed Shahabuddin
- Cikgu Abal Abbas
- Cikgu Meme Indut (Bahasa Melayu)
- Ustazah Sabariah (Pend. Islam)
- Ustaz Abdul Samad (Pend. Islam)
- Cikgu Nisabury (Penolong Kanan)
- Ustazah Salbiah (Pend. Islam)
- Cikgu Aishah
- Cikgu Norshahidah (Matematik)
- Cikgu Ghazali
- Cikgu Jefri Yunus
- Cikgu Abdul Rahim
- Cikgu Mah Heran Md Nordin
- Ustazah Noorain (Pend Islam)
- Cikgu Haji Ahmad Udoh (Bahasa Inggeris dan PJ, Pengakap)
- Cikgu Zabedah
- Cikgu Latif
Di SK Simpang, ketika tahun 1989, masih terdapat dua loceng iaitu loceng klasik dan loceng elektrik guna suis. Tugasan membunyikan loceng adalah satu tugasan yang ditunggu-tunggu oleh para pengawas. Apabila tiba bulan puasa, kantin ditutup dan tiba waktu rehat, maka penuhlah ruangan kantin dengan budak-budak untuk main tudung tin dan batu seremban. Di surau pula, sekiranya waktu sembahyang, adalah kawan-kawan yang mengusik kawan lain bila tengah sembahyang.
Sejarah Sekolah Kebangsaan Simpang
Sekolah (1)
Bangunan asal terletak di Jalan Kuala Kangsar dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Simpang. Bangunan ini dibina pada tahun 1890. Saiz sekolah ini ialah 20 kaki X 60 kaki. Bangunan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian diguna untuk bilik darjah manakala sebahagian lagi dijadikan rumah guru. Jumlah murid ini ialah seramai 20 orang sahaja. Oleh sebab murid-murid bertambah menjadi 60 orang dalam tahun 1895, maka seluruh bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk bilik darjah. Sebuah rumah guru berasingan telah dibina di belakang sekolah ini dan diberi No. JKR 3 (KP:3057). Bangunan sekolah pula diberi No. JKR 2 (KP:3056).
Sekolah (II) Bangunan sementara dibangunkan kira-kira pada tahun 1937 dan mempunyai 3 bilik darjah sekolah ini terletak di Jalan Kampong Dew. Luas sekolah ini ialah 75 kaki X 30 kaki. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Simpang. Sekolah ini dirobohkan pada tahun 1962.
Sekolah (III)
Mula digunakan pada 8 Julai 1962. sekolah ini mempunyai 5 bilik darjah dan menelan kos sebanyak RM 27,500.00. Luas sekolah ini ialah 150 kaki X 30 kaki. Dalam tahun 1982, bangunan sekolah ini telah disambungkan sebanyak 2 bilik lagi yang berukuran 60 kaki X 30 kaki untuk bilik Pusat Sumber Sekolah. Bangunan sekolah ini telah dirobohkan pada 1994.
Sekolah (IV) Bangunan 2 Tingkat
Oleh kerana jumlah murid kian bertambah setiap tahun, maka pada tahun 1980 sekolah baru dua tingkat telah dibina. Bangunan baru ini bertentangan dengan sekolah (III). Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Musa bin Hitam SPMJ, SSIJ, Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Januari 1981. Bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik Guru Besar dan bilik air (tandas) serta Bangunan Kantin.
Selain itu, sebuah surau telah dibina pada tahun 1982. Kos pembinaannya kira-kira RM 5000.00. Surau sekolah ini telah memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid untuk bersembahyang jemaah.
Sekolah (V) Bangunan Projek Gotong Royong
Bangunan ini dibina pada tahun 1989. Terdiri daripada 4 bilik darjah dan sebuah stor untuk buku SPBT.
Sekolah (VI) Bangunan 3 Tingkat
Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1994. Bangunan ini terdiri daripada daripada 10 buah bilik darjah, Pejabat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Fail dan Bilik Cetak.
Sekolah (VII) Bangunan 3 Tingkat
Bangunan tambahan ini telah disiapkan pada 17 Disember 2001. Bangunan ini mempunyai 2 blok dan terdiri daripada beberapa bilik Darjah, bilik Guru, bilik Pemulihan, bilik Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Tandas Guru dan juga Tandas Murid. Bangunan ini juga terdapat ruang serba guna. Bangunan yang baru ini mula gunakan pada 21 Oktober 2002.
Sumber: Wikipedia














































![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















