Rabu, November 09, 2022

Jalan Masih Panjang; Anwar: The Untold Story

Sumber: MStar

Sumber: Malaysia Dateline

Malaysia Dateline - November 8, 2022

Sebuah filem biopik bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ yang berdasarkan kisah hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilaporkan bakal didokumentarikan dalam sebuah filem yang masih dalam proses penggambaran. Filem ini merupakan hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang masih berada di fasa pembikinan.

Apa yang menarik, filem kerjasama produksi pelakon Malaysia dan Indonesia ini bakal menampilkan pelakon Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah

Malah, ketika ini sudah berlegar di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan proses pembikinan filem yang masih lagi sedang berjalan.

“Weh! Filem tentang Anwar Ibrahim akan jadi kenyataan! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan melakonkan watak Dr Wan Azizah adalah Acha Septriasa. Direktor pula Viva Westi! Tak sabar weh,” ciap pengguna Twitter Mad Marquez sambil berkongsikan tangkap layar hantaran Instagram pelakon Indonesia, Hans de Kraker.

Sementara itu, calon di Parlimen Kangar, Amin Ahmad mengesahkan pembikinan filem berkenaan dan memberitahu bahawa sejak 2018 ada beberapa pihak bertemunya untuk menghasilkan filem berdasarkan kisah Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.

“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat DS Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari, ada yang nak buat filem. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan ‘Jalan Masih Panjang’,” tulisnya di Facebook.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.

Sumber: https://malaysiadateline.com/filem-jalan-masih-panjang-berdasarkan-kisah-anwar-ibrahim-dalam-pembikinan/

Lain-lain pautan: The Vocket | Malaysiakini | The Rakyat Post | Getaran | MStar | Kosmo | Utusan Malaysia 

Tiada ulasan: