Ahad, November 06, 2022

Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022

Dari kiri: Azwan (Wak) PPK, Penulis, Ummi Sham, Zura PPK & Fairul PPK

Pada 5 & 6 Nov 2022, saya telah bertugas sebagai Juri atas jemputan pihak Perpustakaan Putrajaya bagi mengadili penyertaan bagi Pertandingan Perpustakaan keluarga 2022. Sebanyak 16 buah rumah yang mana 8 buah darinya adalah dalam kategori apartment dan selebihnya dari kategori rumah teres. Untuk pertandingan ini, saya bekerja bersama Ummi Sham iaitu seorang Pustakawan otai yang mempunyai pengalaman luas dalam kategori perpustakaan keluarga ini. 

Salah satu manfaat daripada sesi ini ialah kita dapat berinteraksi dengan pemilik perpustakaan itu sendiri sambil bertukar-tukar pendapat dan idea. Kita juga dapat melihat kepelbagaian dan kreativiti yang dipamerkan oleh setiap peserta. 

Penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Disember 2022. 

Tiada ulasan: