Malam Tujuh Likur
Dahulunya sekitar 1980an dan 1990an, bila sampai malam ke-27
pada bulan Ramadan, ramailah rumah yang akan pasang pelita ataupun juga
dipanggil sebagai panjut di sesetengah tempat. Maka, terang-benderanglah
kawasan rumah yang dipasang dengan pelita atau panjut. Kelihatan anak-anak
bermain bunga api dan mercun.
Penulis dulu adalah AJK Kad Raya dan Panjut semasa zaman
persekolahan dulu. Bila masuknya malam ke-27, maka pelita dan minyak gas akan
dipersiapkan untuk digunakan pada malam hari. Selalunya, bila lepas maghrib,
operasi menyalakan pelita akan dilakukan sehingga habih minyak gas.
Sekarang ni, ramai yang sudah berhijrah ke bandar besar,
maka aktiviti menyalakan pelita sudah berkurang. Namun, kepada yang masih
tinggal di kampong, tradisi menyalakan pelita malah ada pertandingan pelita
panjut juga diadakan. Penulis pernah ke Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar
bagi menyaksikan pertandingan pelita panjut suatu ketika dulu.
Dengan perkembangan teknologi dan kos bahan bakar meningkat,
ramai yang hanya memasang lampu ‘lip-lap’ sebagai hiasan tatkala malam tiba
bagi memeriahkan suasana menyambut raya.
Ini satu nostalgia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan