Selasa, April 11, 2023

Posmen dan Kad Raya - Satu nostalgia

 


Suasana sebegini biasa kelihatan dan dirasai sekitar sebelum tahun 2000. Kita pastinya akan menunggu abang posmen untuk menghantar kad raya kiriman dari sahabat mahupun saudara mara. Ini satu nostalgia. Bila ada posmen berhenti di depan rumah, ianya merupakan satu saat yang menggembirakan kerana ada menerima hantaran kad raya. Kita juga ada mengirim kad raya dengan melekatkan setem yang dibeli di pejabat pos. 
 
Namun, dengan kemajuan teknologi, tradisi kad raya semakin dilupai terutama generasi baharu yang bergantung kepada telefon pintar. 

Tradisi lama ini perlu diteruskan agar ianya tidak dilupakan. 

#KadRayaNostalgia

Tiada ulasan: