Jumaat, April 07, 2023

Tigers Weekend dan Sambutan Ulangtahun ke-140 KEVII School, Taiping


Tigers Weekend dan Sambutan Ulangtahun ke-140 Sekolah King Edward VII, Taiping

Jawatankuasa Penganjur dalam mesyuarat pertamanya pada 5 April 2023 antaranya telah memutuskan untuk mengadakan program di atas seperti berikut:
Tarikh : 30 Sept 2023 (Sabtu)
Masa : 9 pagi.
Tempat : Perkarangan SMK King Edward VII, Jalan Muzium Hulu, Taiping.
Pengisian program akan diberitahu kelak. Satu yang pasti adalah pihak penganjur tidak akan mengadakan majlis makan malam kerana memberi laluan kepada setiap batch untuk mengadakan reunion batch masing-masing di malam 9 Sept tersebut di Taiping.
Pada siangnya di sekolah meraikan aktiviti sekeluarga yang akan dirancangkan dan malam bersama batch masing-masing untuk reunion.
Pihak Jawatankuasa juga berbesar hati jika tuan-tuan dapat mengemukakan cadangan aktiviti yang akan kita lakukan untuk pertimbangan Jawatankuasa Penganjur.
Sekian, mohon sokongan dari semua Tigers bagi menjayakan buat pertama kalinya program Tigers Weekend ini dan juga sambutan ulangtahun ke-140 sekolah kita.
Terima kasih.

Sumber: FB Old Edwardians and Young Tigers

Tiada ulasan: