Oleh Nurin Fatihah
Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km)
dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu
berniaga sayuran kampung segar sejak pertengahan tahun lalu
Menerusi laporan Sinar Harian, Siti Norol
Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual
sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun
ketika bergelar ibu tunggal. Dia sebelum ini pernah bekerja sebagai penghantar makanan menunggang motosikal
setiap hari Sabtu ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk menjual petai, pucuk
paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan
ulam-ulaman.
Menurutnya, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran
lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu. Selain itu, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai
tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
"Selepas kejadian itu, terlintas di
fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan
orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan
Changkat Jering. Saya teruskan perancangan berpindah ke
Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur
ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk," katanya.
Tidak sangka jualan sayur-sayuran itu sangat laris
Tambahnya lagi, jualan
sayur-sayur kampung sangat laris dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM300
sehari.
"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga
RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering. Tidak kekok sebenarnya menunggang
motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan
berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Hampir setiap minggu saya akan berulang
alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125
hanya untuk berniaga sayur kampung.
"Sepanjang berniaga, ada yang
menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan
sebagainya tetapi saya 'enjoy' berniaga sambil menyara kehidupan bersama
anak," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan