Memaparkan catatan dengan label Changkat Jering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Changkat Jering. Papar semua catatan

Isnin, Januari 05, 2026

Kafe Ngopi Ngobrol @Changkat Jering, Taiping


Lepak Ngopi Ngobrol di Taman Menteri, Changkat Jering, Taiping. Kedai ni dulu merupakan sebuah rumah lama dan diubah menjadi sebuah kafe. Berhampiran jalan masuk ke kafe ini ada sebuah kawasan tanaman buah Tin iaitu Figtopia.

31 Dis 2025

Jumaat, Julai 04, 2025

Kafe Kopi Hujan, Taiping

FB: Kafe Kopi Hujan | Changkat Jering
Instagram: @kafekopihujan
TikTok: @kafekopihujan

Sabtu, Februari 08, 2025

Cafe Dusun RMCJ

Berkunjung ke Cafe Dusun RMCJ pagi ni untuk rasai suasana dalam dusun deghoyan. Awie Wings pun pernah singgah ke sini pada bulan November 2024.

31 Jan 2025
Lokasi: Kampung Padang Besar, Changkat Jering, Taiping, Perak

Jumaat, Disember 27, 2024

Ruma Changkat @Changkat Jering, Taiping

Balik bercuti ke Taiping, sempat berkunjung ke kedai makan yang diberi nama 'Ruma Changkat' di Changkat Jering. Kedai ni sebenarnya rumah lama yang terletak di tepi jalan dari Simpang ke Changkat Jering. Suasana dan peralatan yang digunakannya mengimbau kenangan lama. 

Ada set kopi guna cerek ni.. Rasa dia mantap

Ini papan tanda dia

Jumaat, Februari 23, 2024

Wanita Tunggang Motor dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur

 

Foto ihsan FB Siti Norol Salwani 

Oleh Nurin Fatihah

Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung segar sejak pertengahan tahun lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal. Dia sebelum ini pernah bekerja sebagai penghantar makanan menunggang motosikal setiap hari Sabtu ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.

Menurutnya, idea 'gila' berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu. Selain itu, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.

"Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering. Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk," katanya.

Tidak sangka jualan sayur-sayuran itu sangat laris

Tambahnya lagi, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.

"Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering. Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung.

"Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya 'enjoy' berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak," katanya lagi. 

Sumber: https://says.com/my/seismik/wanita-tunggang-motosikal-300km-setiap-minggu-ke-kl-jual-sayur-kampung-demi-sara-anak-anak

Jumaat, Januari 19, 2024

WCE - Persimpangan Taiping Selatan di Changkat Jering

Foto kredit BERNAMA
Foto kredit BERNAMA
Foto kredit BERNAMA

Pemandangan tapak projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Plaza Tol PLUS Changkat Jering hari ini (17 Jan 2024).

Projek WCE melibatkan jajaran Seksyen 11 membabitkan persimpangan Beruas dan persimpangan Taiping Selatan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, selewat-lewatnya pada April.
📸 Sharul Hafiz Zam | BERNAMA
#BernamaImages #Taiping #Perak #WCE

Sumber: Facebook BERNAMA | 17 Jan 2024