Sabtu, Ogos 31, 2024

Jemputan Kenduri di Hari Merdeka 67

Hari ni memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada jiran, Saudara Abd Samad, di Dewan Perkim, Seksyen 8, Shah Alam. Rezeki berjumpa dengan pensyarah FPM, UiTM iaitu Prof. Madya Dr Irwan Kamarudin.

31 Ogos 2024

Pemilihan Tarikh Merdeka

 

Infografik ihsan BERNAMA 

Salam Merdeka ke-67

 


Foto ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Jumaat, Ogos 30, 2024

Kata-kata Tunku

 

Sumber: Dialog: Thoughts on Tunku's Timeless Thinking 

Ask not what Malaysia can do for you

 

Khamis, Ogos 29, 2024

Surat-surat Francis Light

USM Universiti Pertama Diberikan Akses Digital Eksklusif Surat-Surat Francis Light

August 28, 2024 | Effi Saharudin

Foto ihsan USM Digital Library - No. ID: 863 [Surat ditulis oleh Francis Light kepada Maharaja Setia berkaitan pembinaan jalan]

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Penyelidikan Dasar dan Perpustakaan Hamzah Sendut menjadi universiti pertama diberikan hak mengakses imej digital surat-surat Francis Light oleh School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

The Light Letters (1768-1794) ialah himpunan manuskrip, terdiri daripada 1,200 surat dalam 11 jilid yang merangkumi surat menyurat, tulisan dan catatan yang melibatkan raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar dari seluruh Kepulauan Melayu, rakan perniagaan, isteri-isteri bangsawan Melayu, Francis. Light, dan beberapa pedagang Inggeris pada asalnya ditulis dalam tempoh 27 tahun antara 1768 hingga 1794.

USM menerima akses digital menerusi persetujuan itu dicapai menerusi memorandum perjanjian Loan of Light Letters yang ditandatangani pada September 2018. Kesemua imej digital The Light Letter kini boleh diakses percuma secara atas talian oleh penyelidik dan orang awam bermula hari ini.

Surat-surat berkenaan yang diletakkan di bawah Koleksi Warkah-Warkah Kepulauan Melayu 1768-1794 ialah koleksi manuskrip Melayu terbesar di dunia. Selain surat dokumen lain seperti bil, resit, petisyen dan kontrak turut disertakan sekali.

Menurut Naib Canselor USM Profesor Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata surat-surat Light amat berpotensi untuk dikaji dari pelbagai bidang dan membantu penyelidikan terutamanya dalam bidang sejarah nusantara dan akses ini memberikan banyak manfaat kepada dunia akademik khususnya dalam meningkatkan ketersediaan serta kualiti sumber sejarah untuk penyelidik dan sarjana selain menyokong usaha untuk memelihara dan memahami warisan sejarah yang berharga.

Selama ini surat-surat ini hanya boleh diakses secara fizikal dengan pergi sendiri ke SOAS yang menyukarkan pengkaji tempatan kerana kos yang tinggi. Kesemua koleksi 11 jilid ini boleh diakses menerusi pautan di bawah.

Kami sempat mengakses beberapa dokumen yang dimuat naik dan agak menarik membaca surat permohonan membeli cermin mata, membaiki jam, menghantar orang pergi menunaikan haji, menetapkan harga candu dan isteri yang diceraikan merungut tidak dapat lagi melihat anak-anak. Setiap dokumen hadir dengan terjemahan ke rumi memudahkan kandungan dibaca berbanding teks asal dengan ejaan jawi lama.

Ia adalah pintu ke masa lampu nenek moyang kita lebih 250 tahun yang lalu. Selama ini kita hanya dapat membaca surat yang dihantar Napoleon, King Henry VIII dan Ratu Victoria. Kini kita dapat melihat sendiri cara persuratan Melayu kuno dalam bahasa jawi

Sumber: https://amanz.my/2024473965/ 

Baca juga: Surat-surat Francis Light | The Patriots | USM Digital Collection

Berita Palsu: Dr Sarah Jamal


Foto ihsan Jabatan Geologi, Universiti Malaya 

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan satu artikel kononnya ditulis pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa terdapat gua kosong yang besar di bawah tanah Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata artikel itu kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM yang bernama Dr Sarah Jamal.

"Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya.

"Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi jabatan hari ini.

Artikel tak berdasarkan fakta, palsu

Katanya, kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan adalah palsu.

Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memandangkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.

"Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan," katanya.

Dalam kejadian pagi Jumaat lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.

Sumber: Berita Harian (26 Ogos 2024)

Rabu, Ogos 28, 2024

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035

 

Infografik ihsan Jabatan Penerangan Malaysia 

Selasa, Ogos 27, 2024

Gunakan Hehe



Isnin, Ogos 26, 2024

25 Tahun UiTM sebagai Universiti

 

Sumber: FB UiTM Rasmi 

Hari ini dalam sejarah.
26 Ogos 1999 - Pengisytiharan Institut Teknologi MARA (ITM) kepada status Universiti.

Ahad, Ogos 25, 2024

Bermuda Triangle

 

Foto ihsan Internet

Foto ihsan Internet

Sabtu, Ogos 24, 2024

Jambatan Tertinggi di Dunia ada di China

Foto ihsan Kosmo 

Foto ihsan Kosmo 

Di sebalik kabus yang memutih, kelihatan sebuah jambatan tergantung di atas pergunungan yang menghubungkan dua wilayah iaitu Yunnan dan Guizhou di bahagian barat daya China.

Jambatan Beipanjiang setinggi 562 meter (m) yang dinobatkan sebagai jambatan tertinggi dunia itu menjadi sebahagian daripada Lebuh Raya Hangzhou-Ruili G56 yang menghubungkan daerah Quijing dan Luipanshui.

Sumber: Kosmo 

Jumaat, Ogos 23, 2024

Your Future is Created by What You Do Today

 

Khamis, Ogos 22, 2024

Album The Beatles

 

Foto ihsan Day Trippin

Rabu, Ogos 21, 2024

Hari Masjid Sedunia - 21 Ogos

 



Membaca Bawa Saya 'Keluar' - Nadhir Nasar


Membaca bawa saya 'keluar' - Nadhir Nasar

Mingguan Malaysia - 18 Ogos 2024, ms. 19
"Buku bukan sahaja memperkaya minda, tetapi juga membuka ruang untuk kita meneroka dunia yang berbeza dan berada di luar kebiasaan"

Selasa, Ogos 20, 2024

Pustaka Rohani, Pulau Duyong, Terengganu

 


Rumah Perpustakaan Puan Rohani, Pulau Duyong. Rumah klasik tempatan kampung Pulau Duyong yang dijadikan sebuah perpustakaan.

Perpustakaan untuk awam mencari ilmiah dan sejarah. Terletak di Pulau Duyong. Dibuka kepada awam untuk membaca, acara kecilan, pameran ataupun perbincangan.

Untuk pertanyaan dan sesi lawatan boleh menghubungi saudara Buyang 0172477746

Isnin, Ogos 19, 2024

24434 - Dua Empat Empat Tiga Empat

 

Ahad, Ogos 18, 2024

Hassan Babylon

Bersama Hassan Babylon
Babylon 

Siapa masih ingat lagi kumpulan Babylon yang mana anggotanya adalah kembar Hassan dan Hussein. Pakcik ada jumpa dan sembang panjang dengan pemain gitarnya, Hassan. Rupa-rupanya isterinya ada hubungan kekeluargaan dengan pakcik iaitu kami dari moyang yang sama iaitu Mat Riau dari Beruas, Perak. Kami kena panggil dia Paksu Hassan.

Sabtu, Ogos 17, 2024

Perhimpunan Waris Mat Riau 4.0 - Gambar Kumpulan

 

Nota: Dalam gambar ni teman berdiri pakai topi merah dihadapan logo keris

Jumaat, Ogos 16, 2024

Perhimpunan Waris Mat Riau 4.0

 

Khamis, Ogos 15, 2024

Pertindihan Hari Kelepasan Am - 16 Sept 2024


Ini makluman dari KESUMA mengenai pertindihan Hari Kelepasan Am: Hari Malaysia dan Maulud Nabi SAW pada 16 September 2024.

Sumber: Facebook KESUMA (www.facebook.com/mykesuma)

Rabu, Ogos 14, 2024

Misa Melayu

 

Foto ihsan FB Orang Perak 
Foto ihsan ISMA Ipoh 

Raja Chulan bersama Almarhum Sultan Idris Shah I di House of Larliament, London pada 1906
Foto ihsan FB Orang Perak 

Ramai diantara kita yang berasal dari negeri Perak tidak mengetahui akan wujudnya sebuah karya agung yang mengisahkan ketinggian dan prestij kesultanan Negeri Perak iaitu Hikayat Misa Melayu.
Hikayat Misa Melayu merupakan hasil karya Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang DiPertuan Muda Raja Mansur Shah dan dihasilkan sewaktu zaman pemerintahan Sultan Perak ke 15, Sultan Iskandar Dzulkarnain pada tahun 1754 hingga tahun 1764.
Misa Melayu menceritakan mengenai sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kesultanan Perak dan ditulis mengikut tertib dan kronologi peristiwa pada zaman tersebut.

Sumber: FB Orang Perak

Selasa, Ogos 13, 2024

Komuniti Orang Perak Meet Up

 

Moh sertai OP Community Meetup pada:
- Ahad, 1 September 2024
- 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
- Kompleks Pasir Salak, Perak
Menarik Menanti Anda:
- Sesi Berkenalan dengan Komuniti
- Lawatan Terowong Sejarah dan Kompleks
- Ucapan & Diskusi Santai Sejarah Perak
Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu rakan baru dan menghayati sejarah Perak bersama-sama. Jumpa anda di sana!
Sahkan Kehadiran Anda di sini: https://www.orangperak.com/meetup