Memaparkan catatan dengan label membaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membaca. Papar semua catatan

Ahad, September 27, 2026

ReadSG: Gerakan baru galak rakyat Singapura membaca 15 minit sehari


Rakyat Singapura digalak meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk membaca sebagai sebahagian daripada cabaran di bawah satu gerakan baharu untuk memperkukuh tabiat membaca. Menerusi Cabaran ReadSG - https://www.read.gov.sg, peserta boleh menetapkan matlamat peribadi, mengekalkan ‘streak’ membaca, mengumpul mata pengalaman serta syiling maya yang boleh ditebus. Cabaran itu adalah di bawah ReadSG, gerakan membaca nasional selama lima tahun yang dilancarkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada 6 September.

Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang juga penaung ReadSG, merasmikan pelancaran tersebut di Bangunan NLB. Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Cik Melissa Tam, berkata tabiat membaca secara mendalam semakin penting dalam dunia digital yang dipenuhi kandungan dan maklumat berbentuk pendek.

“Walaupun kandungan format pendek membantu kita kekal mendapat maklumat, bacaan format panjang mengukuhkan daya tumpuan, pemikiran kritikal dan imaginasi. ReadSG mengajak semua orang bermula secara kecil-kecilan dengan 15 minit yang boleh dicapai,” katanya.

Jumaat, September 25, 2026

Four components of a healthy reading culture

 


Source: The Star - 15 Sept 2026

Sabtu, Ogos 29, 2026

Perubahan Budaya Membaca


Sumber: FB Festival Buku Islami

Isnin, Ogos 24, 2026

A Good Book Can Change Your Life


BUDAYA MEMBACA

Banyakkan membaca buku-buku bermanfaat. Tak rugi beli buku kerana dalam buku-buku itu penuh dengan ILMU yang tidak dijangka untuk kehidupan kita...

Sumber: FB Dr Mohd Izhar Ariff

Jumaat, Ogos 14, 2026

Reading Physical books aids memory, cognitive health

 

Source: The Star

"We should return to traditional methods and learn how to be human again. We are too dependent on machines"

Khamis, Ogos 06, 2026

7 Ways to Improve Your Reading

 

Infografik: FB Dr Zaini Ujang 

Ahad, Ogos 02, 2026

Cabaran Membaca Dalam Dunia Algoritma


Berita Harian 19 Julai 2026, ms. 35

SHAH ALAM: Barangkali cabaran terbesar dunia membaca hari ini bukan lagi mendapatkan bahan bacaan, tetapi mencari kesediaan untuk duduk lebih lama bersama sebuah teks.

Maklumat datang tanpa henti. Sebuah skrin kecil mampu membawa pembaca kepada ribuan tulisan, pandangan dan pengetahuan dalam beberapa saat sahaja. Namun, dalam arus yang serba pantas itu, muncul persoalan yang lebih mendalam, adakah manusia masih membaca untuk memahami, atau sekadar untuk bergerak kepada maklumat seterusnya?

Persoalan ini menjadi antara perkara yang menarik perhatian sewaktu Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan berkongsi ucaptamanya, "Pertanyaan Seorang Tradisionalis : "Adakah Kedalaman Sastera Semakin Pudar dalam Era Digital?" dalam Persidangan Penerbitan Antarabangsa ke-35, baru-baru ini.

Anwar berkata, persoalan mengenai membaca bukan sekadar perubahan daripada buku bercetak kepada skrin digital, tetapi halaman bercetak bukan lagi satu-satunya pintu masuk kepada pengetahuan dan imaginasi.

Lebih penting katanya, ia berkaitan dengan keupayaan manusia untuk terus berfikir, merenung dan memahami kehidupan melalui karya sastera. Sebagai seorang tradisionalis yang lahir sebelum kewujudan komputer, beliau melihat perkembangan teknologi dengan fikiran terbuka. Namun, beliau tetap menegaskan bahawa nilai sebenar pembacaan tidak terletak pada medium, tetapi pada kesungguhan manusia mendekati ilmu.

"Adakah kedalaman sastera semakin pudar dalam era digital?" soalnya.

Anwar berkata, membaca novel, esei atau karya falsafah bukan sekadar aktiviti memperoleh maklumat, tetapi proses yang mengajak pembaca berfikir, menyoal dan memahami sesuatu perkara secara lebih mendalam.

Membaca teks bercetak katanya, memberi kesempatan kepada pembaca untuk berfikir, menyoal dan mendalami pengetahuan yang faktual, konseptual, prosedural dan metakognitif. Bagaimanapun, era digital mengubah cara manusia berinteraksi dengan teks. Pelbagai peranti teknologi dan kecerdasan buatan (AI) kini membentuk semula cara manusia membaca, perkara yang dibaca serta tempoh perhatian terhadap sesuatu bahan.

"Tabiat membaca dalam era digital itu lebih kepada merenung skrin. Generasi ini dibiasakan dengan kelajuan membaca. Generasi era digital terbiasa dengan budaya penggunaan maklumat pantas melalui artikel pendek, kapsyen, pemberitahuan dan video.

"Akibatnya, kesabaran untuk membaca dan menghayati novel, esei atau karya falsafah yang panjang mungkin berkurangan. Jika mereka terbiasa dengan kelajuan membaca secara digital, membaca novel, esei atau karya falsafah berisiko menjadi tindakan mengimbas sahaja dan bukannya memahami, jauh sekali untuk menghayati," katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, perkembangan teknologi bukanlah satu ancaman, sebaliknya beliau mengakui bahawa era digital mendemokrasikan pengetahuan dengan membuka akses yang lebih luas kepada kesusasteraan dunia, jurnal akademik dan arkib sejarah.

"Walaupun saya seorang tradisionalis, saya menyantuni era digital kerana ia juga mendemokrasikan pengetahuan. Misalnya seorang pelajar di sebuah bandar kecil boleh mengakses kesusasteraan dunia, jurnal akademik dan arkib sejarah dengan serta-merta, tanpa perlu pergi ke perpustakaan fizikal," katanya.

Manakala, teknologi terjemahan membolehkan pembaca meneroka karya daripada budaya yang berbeza. Dalam pengertian ini, bacaan digital meluaskan ufuk intelektual dan menggalakkan pemahaman global. Beliau turut melihat perkembangan bentuk penceritaan baharu seperti novel grafik, buku audio, fiksyen interaktif dan naratif digital sebagai peluang untuk mendekati generasi pembaca baharu.

Bagi Anwar, cabaran sebenar bukanlah menolak teknologi, tetapi memastikan manusia menggunakannya dengan kebijaksanaan. Tabiat membaca yang bermakna tidak bergantung kepada buku bercetak atau buku elektronik semata-mata, tetapi kepada kepekaan dan kesungguhan pembaca.

Dalam zaman yang dikuasai oleh algoritma dan tindak balas segera, pembacaan mendalam menjadi semakin penting kerana kesusasteraan melatih empati, tumpuan dan pemikiran kritis.

"Kekuatan karya sastera terletak pada kebijaksanaan yang terkandung di dalamnya. Karya yang baik bukan sekadar menghiburkan, tetapi memberi pencerahan dengan mendedahkan pemahaman lebih mendalam tentang kehidupan, hubungan, moral dan keadaan manusia. Watak dalam karya sastera yang bermutu bukan sekadar protagonis atau antagonis, tetapi manusia yang mempunyai lapisan pengalaman, dibentuk oleh keadaan, pilihan dan akibat daripada tindakan mereka," katanya.

Dalam melihat hubungan antara sastera dan tamadun, beliau menegaskan bahawa kemajuan manusia tidak seharusnya hanya diukur melalui pencapaian kebendaan. Kemajuan pemikiran dalam bidang falsafah, sains, sastera dan budaya adalah ukuran penting terhadap kehebatan akal manusia.

Sumber: Berita Harian

Sabtu, Jun 27, 2026

Jadikan amalan membaca tabiat harian umat Islam

Foto kredit Telkom University

Utusan Malaysia, 19 Jun 2026, ms. 16

HARI ini, azan bergema di seluruh dunia sebagai seruan kepada iman dan ibadah. Namun, sebelum lahirnya peradaban ilmu, universiti dan perpustakaan, Allah terlebih dahulu menurunkan satu seruan yang menjadi asas kebangkitan umat manusia, iaitu Iqra’ yang bermaksud bacalah.

Satu perkataan yang ringkas, namun menggalas asas tamadun yang luar biasa hebatnya. Ia adalah wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS di Gua Hira’, lebih 1,400 tahun lalu.

Perintah ini bukanlah biasa-biasa tetapi permulaan risalah Islam dan satu isyarat jelas bahawa agama Islam berdiri di atas tonggak ilmu pengetahuan dan umatnya diperintahkan untuk sentiasa mencari, merenung dan memahami.

Islam adalah agama bagi yang berfikir. Dalam konteks Islam, membaca bukan sekadar aktiviti masa lapang atau hobi tetapi sebahagian daripada tanggungjawab seorang Muslim kepada Tuhannya. Firman Allah dalam Surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5, tidak hanya memerintahkan membaca, malah mengingatkan Allah yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, iaitu pena dan tulisan.

Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, frasa “Bacalah dengan nama Tuhanmu” membawa maksud setiap pencarian ilmu hendaklah dimulakan dengan kesedaran terhadap Allah SWT, mengiktiraf segala ilmu berasal daripada-Nya dan digunakan untuk mendekatkan manusia kepada kebenaran serta kemaslahatan, bukan sekadar memenuhi keinginan intelektual semata-mata.

Rasulullah SAW sendiri bersabda menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim, lelaki mahupun perempuan. Para sahabat menterjemahkan perintah ini dengan penuh semangat. Mereka menulis, menghafaz dan menyebarkan ilmu ke segenap penjuru dunia. Hasilnya, tamadun Islam menjadi mercu tanda peradaban global selama berabad-abad lamanya.

Sejarah mencatatkan ketika sebahagian besar dunia masih diselubungi kejahilan, para sarjana Muslim sibuk menterjemah, mengkaji dan menghasilkan karya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, falsafah, dan sastera.

Bayt al-Hikmah di Baghdad menjadi pusat ilmu yang tiada tandingannya pada zaman itu. Ibn Sina menulis ensiklopedia perubatan. Al-Khawarizmi meletakkan asas algebra sementara Ibn Khaldun mengasaskan ilmu sosiologi. Mereka tidak mungkin mencapai semua itu tanpa satu perkara asas iaitu budaya membaca yang mengakar kuat dalam jiwa mereka sebagai Muslim.

TABIAT MEMBACA MENINGKAT

Persoalannya, selepas lebih 14 abad menerima wahyu pertama itu, sejauh manakah umat Islam hari ini benar-benar menyahut seruan membaca tersebut? Berita baiknya, rakyat Malaysia sedang bergerak ke arah yang memberangsangkan.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022–2023 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendedahkan 88.6 peratus rakyat Malaysia kini mengamalkan tabiat membaca. Ia ternyata satu lonjakan yang amat membanggakan berbanding hanya dua naskhah buku setahun yang dicatatkan pada 1996 dan 2005.

Purata naskah yang dibaca turut meningkat secara konsisten, daripada 15 naskhah setahun pada 2014 kepada 24 naskhah setahun pada 2022–2023, merangkumi 16 naskhah bercetak dan lapan naskhah digital. Malah kini, rakyat Malaysia memperuntukkan masa selama 9 jam 22 minit seminggu untuk membaca, jauh lebih tinggi berbanding rekod terdahulu.

Ketua Pengarah PNM turut menjelaskan anggapan tabiat membaca rakyat Malaysia sedang merudum adalah tidak tepat. Apa yang berubah ialah mediumnya, di mana pengguna kini lebih gemar membaca secara digital, seiring dengan arus perkembangan teknologi semasa.

Namun, kita tidak boleh berpuas hati. Masih terdapat 11.4 peratus rakyat Malaysia yang belum menjadikan membaca sebagai rutin harian. Di sinilah peranan agama, keluarga dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan.

Perubahan budaya membaca tidak bermula di dewan besar atau di pentas-pentas seminar. Ia bermula di ruang tamu, meja makan dan bilik tidur anak-anak. Ibu bapa yang membaca di hadapan anak-anak mereka sedang mengajar tanpa berkata-kata.

Mereka sedang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang mencintai ilmu. Ibu bapa yang membaca hakikatnya sedang berdakwah kepada anak-anak tentang wahyu pertama secara amali. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung baru-baru ini dengan tema ‘Malaysia Membaca; Merayakan Buku’, sewajarnya menjadi lebih daripada sekadar perayaan diskaun dan jualan buku.

Ia adalah bukti nyata semangat membaca rakyat Malaysia semakin marak. Lebih 1,200 reruai penerbit dari dalam dan luar negara hadir menyambut jutaan pengunjung yang dahagakan ilmu dan bahan bacaan pelbagai genre.

Laungan “Iqra’” itu masih bergema hingga hari ini. Persoalannya bukan sama ada kita mendengarnya atau tidak tetapi sama ada kita memilih untuk menyahutnya.

Kebangkitan sesuatu umat tidak pernah bermula dengan kekuatan ekonomi atau teknologi semata-mata tetapi dengan budaya ilmu yang hidup dalam jiwa masyarakatnya.

 

DR. Najwa Abd. Ghafar ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sumber: https://www.utusan.com.my

Ahad, Jun 21, 2026

PBAKL satukan 'roh ilmu', generasi Z serta media sosial

 

Sumber: Berita Harian 

Sabtu, Jun 20, 2026

Kuasa Membaca

 

Selasa, Jun 16, 2026

Importance of Reading by Anwar Ibrahim

 


Isnin, Jun 15, 2026

Membaca itu Langka!


Membaca itu Langka

Membaca itu ibarat senaman untuk minda. Sama seperti tubuh perlukan latihan fizikal, otak juga perlukan latihan melalui membaca
Kredit: Patriots Publishing

Rabu, Jun 03, 2026

Halaman buku jadikan pembaca cilik pemimpin masa hadapan


Halaman buku jadikan pembaca cilik pemimpin masa hadapan

BH 12 Mei 2026, ms. 11
Bayangkan sebuah halaman buku yang bukan sekadar penuh dengan huruf, tetapi menjadi jendela untuk membentuk pemimpin masa depan. Buku untuk pembaca cilik boleh menjadi alat yang luar biasa — bukan hanya mengajar membaca, tetapi menanamkan nilai kepimpinan, empati, dan keberanian sejak awal.
Bagaimana buku membentuk pemimpin kecil:
Cerita inspirasi: Kisah tentang tokoh berani atau anak-anak yang menyelesaikan masalah memberi teladan nyata.
Nilai murni: Buku yang menekankan kejujuran, kerja sama, dan tanggung jawab menanamkan asas kepimpinan.
Pemikiran kritis: Cerita dengan konflik atau teka-teki melatih anak untuk berfikir dan membuat keputusan.
Empati dan kepedulian: Membaca kisah dari sudut pandang berbeza membantu anak memahami orang lain.
Imaginasi dan visi: Buku fantasi atau sains fiksyen memberi ruang untuk anak membayangkan dunia yang lebih baik.

Jumaat, Mei 29, 2026

Membaca dan Kematangan Fikiran

 

Jumaat, Mei 22, 2026

Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Perak 2026


𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐌𝐚𝐤𝐧𝐚

Daripada ruang kecil, lahirnya pelbagai cerita dan inspirasi
Ruang ini bukan sekadar tempat meletak buku, tapi menjadi tempat berkumpul, berkongsi ilmu dan mencipta momen indah bersama keluarga. Dalam suasana yang selesa dan tenang minat membaca dapat dipupuk sejak kecil lagi
Kini giliran anda pula untuk tampilkan ruang bacaan keluarga yang penuh inspirasi!
Ayuh sertai 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟲 dan tunjukkan bagaimana budaya membaca mampu menyatukan keluarga serta mencetuskan inspirasi di rumah anda!
📚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲
🏡 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 yang ingin menjadikan ruang bacaan/perpustakaan di rumah sebagai platform untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.
𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻:
𝟭) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵
𝟮) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
𝟯) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴
🎁 Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang!
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝟭𝟱𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝟵 𝗫 𝗦𝗔𝗚𝗨𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬.𝟬𝟬
🌟 Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
📌 𝗜𝗺𝗯𝗮𝘀 𝗸𝗼𝗱 𝗤𝗥 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗹𝗶𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗽𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 https://drive.google.com/.../1xTGIGZsGE5ZQD8CsM7juZY.../view
⏳ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: 𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
𝗖𝗶𝗸 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗾𝗶𝗹𝗮𝗵 – 𝟬𝟭𝟯-𝟱𝟬𝟵𝟬𝟭𝟮𝟴

Jumaat, Mei 15, 2026

Love of Reading

"Reading must be embraced as core life discipline rather than a pastime to build a thinking society. Reading was a gateway to discovery, adding that without it, people would not encounter new ideas or understand unfamiliar fields"
Fadhlina Sidek, Education Minister (25 April 2026 | Kota Baca 2026)

Isnin, Mei 11, 2026

AI, big data to help map reading habits

 

Sabtu, Mei 09, 2026

Reading with intention in the digital space

Source: The Star

Reading with intention in the digital space

The Star 24 Apr 2026, pg. 13
"For many, especially young Malaysians, reading has shifted into a digital space. This transformation should not immediately be regarded with concern. In fact, it signals that literacy is evolving alongside technology."

Jumaat, Mei 08, 2026

Shifting trend in reading preference

Source: The Sun 

Shifting trend in reading preference

The Sun 24 Apr 2026, pg. 6

"Reading today goes beyond physical books. It includes articles, e-books, social media posts and even captions"

#LetsRead #MalaysiaMembaca

Rabu, Mei 06, 2026

Malaysians becoming nation of hybrid readers

Ihsan The Sun

M'sians becoming nation of hybrid readers

The Sun 23 Apr 2026 pg. 6
"Reading habits are now more flexible, with readers moving between both formats depending on their needs"