Sabtu, Disember 11, 2004

Makan la semua yg ada di malaysia

Foto ihsan Internet 

Nasi Lemak...

Nasi yang berlemak dan bersantan. Enak dimakan ketika masih panas! Lagi sedap kalau disediakan oleh ibu yang tercinta! Nasi lemak yang dibeli bukanlah tak sedap tetapi disediakan daripada ramuan yang kurang sihat! Ramuan yang digunakan oleh ibu2 sudah tentu dijamin kualitinya! Oleh itu makanlah nasi lemak yang disediakan oleh ibu anda.

Nasi lemak merupakan sarapan pagi yang sekarang ini telah dijadikan makanan sepanjang masa. Malam, Siang, Tgh Hari. Bila2 nasi lemak boleh dimakan! 

Cuma, pada pendapat saya, nasi lemak enak dimakan ketika pagi ataupun ketika malam! Sekali makan pasti mengantuk! Kandungan lemaknya membuat kita menjadi malas. Kurangkan makan nasi lemak ni.

Dulunya merupakan makanan orang2 melayu. Sekarang semua bangsa Malaysia makan bendalah ni! Nasi lemak! Makanan Malaysia. 

Tiada ulasan: