Jumaat, Disember 17, 2004

XPDC


Tragedy adalah nama asal kumpulan XPDC.Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan ini dilanda perpecahan.Penarikkan diri Yazid dan Man tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya J.S.Kevin nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.XPDC lahir tanpa mendapat publisiti yang hebat.Mereka lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.

Oleh itu terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak pernah wujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy Metal.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana masing-masing ada 'trade mark' tersendiri.

Oleh itu XPDC seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah dahulu, senang kemudiannya".

Tiada ulasan: