Rabu, Mac 09, 2005

ITM - royal university?



NAIB Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berharap universiti berkenaan diiktiraf sebagai Universiti Diraja sekaligus meletakkannya antara universiti-universiti berprestij di dunia. Ini sejajar dengan kedudukannya sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor. Pengiktirafan itu juga sejajar dengan peranan UiTM yang memperjuang dan memartabatkan kaum Melayu serta pengimbang kedudukan kaum Melayu di negara ini.
``Mungkin kepada orang lain, UiTM ini sama sahaja seperti universiti-universiti lain tetapi bagi kita UiTM adalah penyelamat maruah bangsa,'' katanya. Katanya, Melayu di negara ini merupakan `kaum minoriti dalam majoriti' kerana masih jauh ketinggalan dalam bidang-bidang profesional.
``Namun kita masih boleh berbangga dengan kewujudan UiTM untuk membantu memulihkan keadaan ini,'' katanya. Justeru beliau menjelaskan, tanpa UiTM dasar kerajaan untuk memperbaiki bangsa Melayu dari segi profesional dan ekuiti sosial tidak akan terhasil dengan baik. Jika UiTM tidak ditubuhkan, Melayu akan tertekan dan terpinggir akibat ketidakstabilan penyertaan kaum dalam bidang-bidang kritikal. ``Justeru itulah kita melihat UiTM sebagai penebus maruah dan martabat bangsa Melayu,'' katanya.
Maka itu UiTM juga boleh berbangga apabila ia dipilih menjadi `feeder' atau pembekal pelajar Undang-Undang kepada dua universiti terkemuka di negara ini iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada masa ini sebanyak 200 pelajar mengikuti program Pra Undang-Undang UiTM sebelum meneruskan pengajian dalam pengajian tersebut di kedua-dua universiti berkenaan. Situasi itu juga sekali gus menafikan tanggapan masyarakat bahawa graduan UiTM sebagai kelas kedua.
``Sejarah telah membuktikan UiTM menghasilkan pelajar yang cemerlang terutama dalam bidang kritikal malah kita ada `track' rekod yang menunjukkan permintaan tinggi terhadap graduan UiTM dalam pasaran kerja,'' katanya. Mengenai pengambilan pelajar, beliau tidak menafikan mereka yang terpilih ke universiti itu merupakan yang terbaik dalam kalangan terbaik.
``Kita bukan bercakap mereka yang memperoleh 5A atau 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mereka yang memperoleh 13A,'' katanya.
Dalam mengejar kecemerlangan itu, UiTM katanya, tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial kepada pelajar yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. ``Kita tidak menerima mereka sebagai pelajar kelas kedua sebab mereka bukan pelajar bodoh atau tidak cemerlang dalam akademik cuma mereka tidak bernasib baik,'' katanya.

17 ulasan:

Sri Cempaka berkata...

Hebatttt!!!! Kita sebagai alumni tumpang gembira & berbangga.....

"Wujudmu di sini di tanah anak merdeka, bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya, pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara, pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna........"

Sedih lak rasa...hisk..hisk..hisk..sob..sob..sob..

the legend berkata...

tu pasai aku suka dok shah alam...dekat dgn ITM./..tu diaaaaa.
sronok dok lepak kat area itm nie..enjoy dan tenteram dan selamat.

senang, nk sambung master pon dekat... dh dok sini start 31/12/1995 lagi..bayang kan aku daftar diploma 1/1/1996 kat DSB..adoi..masa tu ITM lama lagi...sesat aku dibuat nya. tapi best. ITM is the best..walaupon tak nmpak mcm U...

itm tetap di hatiku... masa part 2 diploma, aku jadi komander kesatria..(brass band)..aku main side drum la...kelasssss gitu.

the legend berkata...

bangga nya di hatiku ini, tu pasai smpai la nie aku dok pakai baju itm lagi...dan aku lebeh suka panggei itm daripada Uitm. sebab aku mashuk time itm..masa tu zaidee laidin jadi pengarah dia...

aku dok perindu sampai grad. free tak payah bayaq, makan free..perindu 2, bilik 414....sejuk ja...depan dgn delima..syok ckp hang.

the legend berkata...

aku penah sampai itm tahun 1984..masa tu abg aku part 1 diploma banking...lepak perindu, then masa tu konvo pesta kat stadium...aku lepak sungai way masa tu, jalan 8...SRK Sungei way, petaling.

aku nmpak lagi mcm mana aku pi itm masa tu..ada org juai pasu kecik, perhiasan la tu...budak AD buat. ada lagi pasu tu kat kg.

the legend berkata...

tapi lepas tu..tahun 1985, abg aku pi PPP...american degree program. bulan 8 1985, aku pi subang airport, abg aku fly to US. abish...

Shima berkata...

hehe...mmg. aku pun masuk shah alam masa ITM lg. masa tu kitaorg matriks. ingat lagi kitaorg dok kt seroja..semua kena p stadium melawati shah alam masa nk declare jadi U. waaa...time tu mmg rasa bangga sgt dan ada perasaan sedih bila nyanyi lagu uitm d hati ramai2. ingat tak mijon, cat?

the legend berkata...

alamak, masa declare tu aku dh jadi alumni...dpt kad jemputan pi sana, tapi aku tak pi....aku ada kat kg masa tu..keja la...

cat berkata...

yup betul tue kshima time kita masuk itm blm bertukar jadi UiTM...kalau xsilap saya masa kita sem 2 matrik itm jadi UiTM...semua yg dok seroja kena paksa pie stadium time nak tukar jadi U....tapi mcm kshima ckp mmg bangga & sedih la time tue....
apa2 pon aku lbh senang panggil itm dari UiTM maybe dah sebati kot......

the legend berkata...

idup itm..apa pon ada jugak alumni yg aku jumpa tak setuju sgt jd universiti masa tu..sebab depa nie mmg grad itm lama2 punya... itm nie mmg terkenal dgn imej tersendiri, yg tak dpt disangkal lagi...wpun kita kurang sikit, tapi tetap powerrrrrrr.. itm jugak yg UNIC la...haha. selambadak ja.

Sri Cempaka berkata...

Mijon ingat!!!! Org kena naik bas transnasional Melaka-KL, entah bas mana2 sebab x cukup bas, maklum la masa tue budak cwngn pun dtg kan??? Pastu dpt coupon kolej..... Ingat lagi masa Tun Dr. M declare "U i kecik TM" semua student buat "ombak" termasuklah lecturer skali.......terharu lak ingat time tue.......

Mana2 pun tempat org tinggal skang, mmg xleh lari dari SA.....byk sgt memori & nostalgia.....

Shima berkata...

ye...s.alam is the best...byk memori. "memori..menghidupkn kembali smua yg ku alami.."

Tanpa Nama berkata...

ya benar rakan skalian....dulu aku masuk ITM masa ambik sains sukan..masa tu fakulti dipanggil kajian lagi.tapi aku suka rektor zaidee laiden..orgnya sempoi saja dan cool....tapi aku sedih pasal dia tak jadi rektor lagi...apaapa pun dia bagi aku scrool diploma tu. ITM tetap di hatiku

Sri Cempaka berkata...

Ha'ah...org pun sempat dgn Zaidee Laidin, wife dia ala2 Nyonya Meneer gitu....org nampak masa Tun Dr. M dtg DSB, masa tu sambut National Day kt SA.......

Haaa.......bestnya lagu Kcma nyanyi.....

"Kini ku kembali ke sini
Diiringi oleh memori
Menghilangkan rasa sepi di hati....
"Memori, menghidupkan kembali,
semua yg ku alami, bersamamu di sini ohoo.....

Emmm........mana pegi kaset Sheila Majid org aaa....????

the legend berkata...

hahaha...belilah kaset sheila majid yg koleksi tu la...

nanti aku nk beli kaset tu la...

the legend berkata...

betul, masa jan 96 tu..la badge pertama budak sports masuk itm..masa dah dua minggu dafter, nampaklah budak2 sports terlari-lari kat depan perindu tu..test kecergasan utk masuk course. nayan depa tu...hahah..salah sorang dia..ada sorang komander...intake sama aku..

aku komander intake 22..kena training kat batu Arang, wuhhh paneh wei tempat tu... baru lepas kena bakaq. wuh gila...mashuk utan aku kena sengat tebuan tanah..nyaris tak abih...bedenyut-denyut muka aku...

Shima berkata...

ih ih ..siannye kt hang kena gigit tebuan tanah.

Tanpa Nama berkata...

I like use viagra, but this no good in my life, so viagra no good.