Khamis, Julai 14, 2005

Ahli Fiqir: Memoranda Metafora



Bermulanya di Singapura, Ahli Fiqir bergiat aktif dalam arena muzik hiphop sejak tahun 2002 lagi. Kumpulan tiga orang vokalis terdiri dari ahlifiqir, tukangkata dan mawar berduri. Ahli Fiqir ingin memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memartabatkan bahasa ibunda mereka agar ianya tidak luput dek zaman dengan cara menggabungkan seni bahasa melayu mereka ini dengan iringan muzik masakini.

Petikan senikata dari salah satu lagu mereka mengambarkan misi utama mereka…. kita kendung yang kiri, kita apit yang kanan. Mereka ingin menerapkan sekaligus memelihara kesenian bahasa melayu klasik dan moden dan juga ciri-ciri muzik tradisional dalam lagu-lagu mereka. Sejak 2002, dimana mereka mula muncul, Ahli Fiqir kini sudah mula mencipta nama di persada muzik Singapura bukan saja di kalangan peminat hiphop tetapi juga pendengar muzik setempat dan acapkali diundang membuat persembahan termasuk dalam beberapa rancangan TV di Singapura. Beberapa buah lagu dari koleksi demo mereka juga sering diputarkan di stesen radio Singapura dan mendapat perhatian pendengar.

Pada tahun 2003 Ahli Fiqir (selepas menemui pengurusan mereka di Kuala Lumpur) mula bergerak secara aktif di Malaysia dan semakin menonjol nama mereka di seberang dengan undangan dalam beberapa projek muzik bersama kumpulan hiphop Malaysia seperti Too Phat, Teh Tarik Crew, lagu Mc Vandal dari Canada, iaitu KLX (KL Part 2) dan V.E. Di awal tahun 2004, dj cza dari Medan, Indonesia menjadi dj undangan dan seterusnya berjuang bersama Ahli Fiqir untuk melahirkan sebuah album.

Rakaman album Ahli Fiqir dilakukan di Kuala Lumpur dan merupakan satu projek nusantara yang amat unik dengan gabungan bakat Singapura, Indonesia dan Malaysia. Kini, lagu perkenalan mereka telah mula berkumandang di beberapa stesen radio di seluruh nusantara. Ahli Fiqir bakal melancarkan album sulung mereka yang berjudul `Hari Ini Dalam Sejarah’ dan akan membawa irama generasi baru ini ke ruang anda tidak lama lagi!.

ahlifiqir beb...sandiwara beb.... :)

30 ulasan:

Shima berkata...

oh..hang peminat ahli fiqir ka?

the legend berkata...

angguk-angguk geleng-geleng, ikut tunduk, iye-iye saya-saya kiri kanan ikut saja...

heheheh..bule la...lama dah tak dengaq group yang mcm nie nie kat malaysia..bagush la...

the legend berkata...

hehehehehe

Sri Cempaka berkata...

Ntah hapa2 lah lagu dia.......

the legend berkata...

ok

Sri Cempaka berkata...

Eiiikkkk????

Tanpa Nama berkata...

awat tekejut sri cempaka oiii?

jangan la lagu tu chek oi...hehehe aku dah free siket nie, tu yang aku masok dlm blog aku nie... bayangkan blog sendiri pon tak dan nak masok..weird kan?

aku nie mmg weird...amroth tengah nyanyi lagu stadium wembley sebelah aku nie..dia tu mmg suka nyanyi la..dia nie ofismate aku...junior kita...

Shima berkata...

wah..back for good aa. aiseyman..smpai blog sndiri pun x smpat nk update ye. okla tu..kerja kuat! chaiyo! chaiyo!

Sri Cempaka berkata...

Tahniah Nan!!!! Pegawai kerajaan mesti kena rajin & ikhlas berkhidmat.....Malaysia Boleh!!!!

the legend berkata...

berapa kali aku nak bg tau pon aku tak tau la..aku bukan kakitangan kerajaan la...tempat aku nie bukan government entity la...

www.perdana.org.my ...org tu organization la.... private entity...

cempaka sari nie...

the legend berkata...

aku di private organization berdaftar di bawah nama yayasan yang mana ditubuhkan hasel drpd usaha beberapa private organizations...

the legend berkata...

tempat ja kat putrajaya, tapi bukan semua kerajaan pon, mcm putrajaya holdings la..dia nie company...mcm jugak tempat aku nie...

tu saja....aku la nie keja senin smp jumaat ja...sabtu ahad cuti...

8.15-5.30....ok...

cuma kat sini ada pejabat bekas perdana menteri yang bharue diwujudkan selepas mahather penchen... so, depa tu baru la gomen..hehehehe....

the legend berkata...

aku paham, kekadang bnyk jugak org yang tak berapa paham..depa ingatkan tempat kat putrajaya nie semua gomen punya...tapi tak..memandangkan mahather nie pineer putrajaya..so, kerajaan telah bagi satu imuniti la satu tempat kat sini....

lagi pon, pejabat PM pon kat putrajaya, so why not depa allocate satu tempat utk ex-PM...tu saja...

the legend berkata...

memandangkan PLF nie bharue ditubuhkan dan library dia nie pon baru setahun jagung, kita dari masa ke semasa membuat promosi dan penyebaran maklumat kepada sesapa saja yang membuat lawatan ke sini untuk memberikan maklumat sebenar apakah yayasan ini sebenarnya?

tu la dia...kita mmg terima ramai pelawat dari mana2 saja la...untuk memberikan maklumat yang betui dan membetulkan pemahaman org ramai tentang penubuhan PLF nie...

hehe

the legend berkata...

diwujudkan atas dasar untuk memperingati dan memelihara hasel pemikiran dan idea setiap pemimpin malaya kita dan juga menyimpan segala dokumen tentang apa2 event yang telah berlaku semasa pemerintahan setiap PM nie la...

konsep yang telah dicadangkan ini bule juga digunakan sebagai model pembangunan negara yang mana bule di adaptasi kan dari sistem pemerintahan malaysia.

the legend berkata...

oleh itu, library sebagai main nucleus di sini, memainkan peranan penting untuk mengumpul koleksi dan apa2 bahan mengenai pembangunan negara serta leadership yang mana dapat digunakan untuk memeberi sedikit pemahaman kepada generasi sekarang dan akan datang tentang perjuangan pemimpin lepas sampai sekarang.

kita juga sedang mengumpul banyak2 bahan lama dari arkib, national library, memorial tunku yang mana akan di digitizekan untuk kegunaan public.

jadi, itu lah kerja2 yang perlu dilakukan disamping pembelian koleksi spt serials dan buku serta CD dan audio. library yang bharue...wah memang kerjanya melambak....tu la psai nya.. hahahaha

Sri Cempaka berkata...

Nan.....sabo Nan....mintak maap byk2.....sabo Nan....tak sengaja....

Shima berkata...

terima kasih cikgu..saya dh faham.

btw, kebanyakan bangsa kita dan rakyat Malaysia keseluruhannya kurang berpengetahuan apatah lg mengambil tahu susur galur perjuangan pejuang2 yg terdahulu. kalau ada yg berminat pun mgkin malas nk membaca buku2 yg sedia ada wlaupun dh di promosikn. rasanya patut d kaji apakah elements atau volume yg blh menarik golongn muda dan rakyat msia tertarik utk megetahui ceritera perjuangan tokoh2 terdahulu. hhehehe..mcm aku gak..kalau buku tu mmg malas skit nk baca, tmbah2 kalau xde masa. kalau setakat exhibition yg penuh ngn gmbar2 mgkin belum cukup utk menerangkn keseluruhan perjuangn dulu. mmm..camana ya? ;)

the legend berkata...

heheheheh...tu dia.. takotttttttttttttt takottttttttttttttttttttt kuang kuang kuing...

tadak marah la kawan...apa guna marah...tadak untung la...

lebeh baek senyum..dapat pahala...
:) :)

Shima berkata...

sape takut? cik cempaka ka? ehh..dia mana takut..gentar je

Sri Cempaka berkata...

Bukan takut Nan......segan....heheheeh....

cat berkata...

wah pagi2 lagi udah bikin panas2 ini blog...sabar bapak2 & ibu2...hahahah

lama blog hang xdiupdate...tup2 hari nie bukak blog nie mcm nak marah jer ni napa nan...cool....
apa mcm projek ok ka...langkawi ka pangkor?

the legend berkata...

BUKAN MARAH LA CIK KUCHING OIIII..

CHUMA SAalah paham ja...tadak apa2 yang ribut2 pon..chuma menjadikan kenyataan supaya betui..

so...pangkor la kot....pangkor..here i come...

sekali sekala update...mesti la kasi gempaq siket...

the legend berkata...

cempaka sari..segan naaaaa...hahahahaha...

segan mai dok bagan..

the legend berkata...

aku mmg cool beb...

coolio la...supian hadi coolio...

Sri Cempaka berkata...

Apa ni????

Shima berkata...

ribut? kabus ribut? apahal ngn coolio lak..eh pian tu xnak mnta ka ada keja kosong kt traverama..journalist..leh p jln2 merata tmpt..wow best..

Sri Cempaka berkata...

Uihhh....hebatnya....keje cmne tue??? Yg Kcma habaq kt dia masa gath tue ke??

Tanpa Nama berkata...

hahahah'
'

nie la konsep ahlifiqir yang hari ini dalam sejarah..memang tak paham punya lah..penoh dgn konsep dan metafora...

sandiwara beb...

Tanpa Nama berkata...

Ahli Fiqir? nilah grp yg paling merepek giler sekali...lagu entah apa2 kejadah entah....budaya sendiri takmo di juangkan lagu budaya negro yg dikejar2 .....geleng2 angguk2 ...nengoklah diri sendiri tu dulu ....PUIIKKKKKK!!!!!