Khamis, September 04, 2008

Kadar Zakat Fitrah tahun 2008

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah mengikut negeri untuk tahun 2008:

Johore - RM 6.50
Kedah - RM 7.00
Kelantan - RM 7.60
Malacca - RM 6.30
N. Sembilan - RM 6.50
Penang - RM 5.00
Pahang - RM 7.30
Perak - RM 7.00
Perlis - RM 6.00-7.00
Sabah - RM 7.20
Sarawak - RM 7.50
Selangor - RM 5.20
Terengganu - RM 6.00-8.00
Wilayah Persekutuan - RM 5.20

Selamat menunaikan Rukun Islam ke-4 ni...

Source: Berita Harian - 2 Sep 2008

7 ulasan:

Raptor 7 berkata...

Selangor - RM 5.20

begitulah adanya...kadar zakat pun dah naik disebabkan kenaikan harga komoditi utama negara. tapi apa2 hal pun kewajipan harus ditunaikan. zakat tetap zakat...jangan lupa bayar ye papa nandre? kali ni dah kena bayar lebih kan? keturunan dah bertambah...hehehe

Nandre The Legend berkata...

maka, marilah kita sama2 bayaq zakat. rezki anak tu ada saja...

ya-ummi berkata...

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT:

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

2. Membersihkan diri pembayar zakat.

3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.

6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Nandre The Legend berkata...

ya betul, walaupon kita terasa kesempitan, tetapi Allah maseh lagi menyediakan ruang untuk kita untuk bernafas...

Alhamdulillah.

p/s: tak rugi kalau kita bayaq zakat.. malah ditambahkan lagi ruzki kita tu..

FiguRa berkata...

bang...dah bayar ke belum??? hehehe... tahun nie aku bayar ikut KL...thn lepas ikut Kedah...

Unknown berkata...

Stakat RM5.20, tak membebankan... Sedangkan Nasi Kerabu RM5.50 kat param putrajaya pun kita boleh beli...!!

Nandre The Legend berkata...

ya, tak la mahai sangat, pi makan KFC tu sampai 9.00 ringget pon bule bayaq... ok la nie, kita tolon org kita jugak...tak rugi..