Isnin, September 01, 2008
Ramadhan 1429
Puasa tiba lagi tahun 1429 nie, usia semakin meningkat jugak. Yang lepas jadikan tauladan, yang sekarang kita teruskan macam biasa. Akhirnya kita berjumpa kembali pada tahun ini. marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa dengan rasa tawadhuk dan syukur karna bisa bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan (kap ba rho kap alif tha nun)..
Niat puasa macam biasa ada disediakan di atas sana nu. Ramadhan nie kita akan berasa sesuatu yang spesial karna ada ibadah2 tertentu yang memang tak jumpa di bulan2 yang lain.
Pada Ramadhan kali nie, aku telah berada di petempatan yang baru dan ada ahli keluarga yang baru, Tomato Boy (hehehe).. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Hi Nan,
Salam Ramadhan, maafkan segala salah & silap.
aku pon sama,
sama2 la ita saling memaafkan segala kesilapan yang ada, kita nie hidup tak lama, dan bukannya manusia special pon.. kita sama2 manusia biasa... tak lari dari silap...
jangan bila dah takda org tu, baru kita nak ingat... ini selalu terjadi dalam masyarakat kita... tak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya.
PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
aku pun nak minta maaf gak laaa...
salam
mudah-mudahan puasa kita pada tahun ini dipenuhi dengan: kap ba rho kap alif tha nun
selamat berjaya kepada kalian semua
papa nandre semakin hensem la selepas bergelar papa ni..
apakah rahsianya???
>makanlah kurma yusuf tayoob.. deme nanti hensem la yob...hahaha
Nan,
Selamat Menyambut Ramadhan for you and your family.
ya, makanlah kurma yusuf taiyob atau kurma yang timbang beli kat Tesco... murah sikit harga dia...
minumlah air kosong banyak2. jangan minum ais.
hiuu papa nan ni leh jd ustaz dah ni...ingat salah msk blog td.. hehehe slmt bposa buat en nandre&co !!! syokkan kan dah ada tomato boy :) masti dia byk dpt duit raya..jgn papa dia songlap udah.. :P
ya, sekali sekala kita berkongsi ilmu akhirat nie tak la rugi...
tak gitu bang amiennye?
songlap ya?
cik nan...samat berpose!!!
Catat Ulasan