Jumaat, Julai 12, 2024

Program Perarakan Komuniti Taiping

 

Akan ada DUA EKOR GAJAH 🐘🐘 berhias untuk Program Perarakan Komuniti Taiping, jom warga Taiping kita memeriahkan program yang akan berlangsung pada:
📅 13 Julai 2024 (Sabtu)
🕜 6.45 pagi
📍 Berkumpul di Padang Esplanade dan Pelepasan di Dataran Warisan, Taiping
Sebanyak 50 KONTINJEN akan menyertai perarakan ini termasuk badan beruniform, agensi kerajaan, persatuan dan NGO di Taiping.
Perarakan akan melalui Padang Esplanade ➡️ Dataran Warisan Taiping ➡️ Jalan Taming Sari ➡️ Jalan Idris ➡️ Jalan Kota ➡️ dan kembali ke Dataran Warisan Taiping.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri kemeriahan dan warna-warni perarakan sempena Sambutan Ulang Tahun Taiping ke 150 ini.
Jom saksikan persembahan pancaragam sekolah dari sekolah-sekolah sekitar Taiping.
‼️Jumpa anda di sana‼️

Tiada ulasan: