Khamis, Julai 31, 2025

Galeri Sultan Azlan Shah Dibuka Semula Hujung Tahun Ini

 

Foto ihsan Tourism Perak 

KUALA KANGSAR: Galeri Sultan Azlan Shah yang ditutup sejak pertengahan tahun 2023 bakal dibuka semula pada penghujung tahun ini sebagai persediaan menyambut kempen Tahun Me­lawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Pe­rak, Loh Sze Yee berkata, galeri itu sedang dalam proses baik pulih dan bakal menjadi antara tarikan utama pelancong ke Kuala Kangsar. Menurutnya, kerja konservasi mengambil masa kerana bangunan warisan itu memerlukan bahan binaan khusus yang sukar diperoleh di pasaran biasa.

Sumber: Utusan Malaysia (11 Julai 2025)

Tiada ulasan: