Memaparkan catatan dengan label Kuala Kangsar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Kangsar. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 16, 2025

Kak Baby (Siti Maryam Abdullah) meninggal dunia


Kemaskini:
Kak Baby meninggal dunia di Institut Kanser Negara pada 16 Ogos 2025 jam 4.01 petang. Arwah dikebumikan di Tampin, Negeri Sembilan.
Hantaran Asal:
Hari ini saya dan abang pergi melawat seorang yang dianggap seperti saudara iaitu Kak Baby (Siti Maryam/Jagdeesh Kaur). Keluarganya dulu merupakan jiran rapat semasa kami tinggal di Talang, Kuala Kangsar sekitar 1960an – 1982. Beliau merupakan bekas kakitangan MAS sama seperti arwah suaminya, Kapten Syed Ali (MAS).
Buat masa sekarang Kak Baby sedang dirawat di Institut Kanser Negara, Presint 7. Tadi semasa di sana, sempat berbual dengan tiga daripada lima orang anak-anaknya yang berada di wad. Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.
14 Ogos 2025

Khamis, Julai 31, 2025

Galeri Sultan Azlan Shah Dibuka Semula Hujung Tahun Ini

 

Foto ihsan Tourism Perak 

KUALA KANGSAR: Galeri Sultan Azlan Shah yang ditutup sejak pertengahan tahun 2023 bakal dibuka semula pada penghujung tahun ini sebagai persediaan menyambut kempen Tahun Me­lawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Pe­rak, Loh Sze Yee berkata, galeri itu sedang dalam proses baik pulih dan bakal menjadi antara tarikan utama pelancong ke Kuala Kangsar. Menurutnya, kerja konservasi mengambil masa kerana bangunan warisan itu memerlukan bahan binaan khusus yang sukar diperoleh di pasaran biasa.

Sumber: Utusan Malaysia (11 Julai 2025)

Isnin, Jun 10, 2024

Legasi 100 Tahun Minyak Afiat

 

Sumber: Utusan Malaysia 

Berita lain: FunnelEvo | Kosmo | Suara Merdeka

Isnin, April 01, 2024

Meriam Buluh Talang

 Klik gambar untuk baca artikel 
Foto ihsan Soscili.my 

Rabu, April 26, 2023

Raya ke Bekor dan Kuala Kangsar

 Ziarah Raya di Kg. Kubang Udang, Bekor, Manong dan Kuala Kangsar, Perak

26 April 2023
Nota: Bekor ni tempat lahir arwah bapak teman. Pernah jadi peristiwa Perang Bekor tahun 1946. Arwah tok terlibat dan syahid.

Yob Khaironi Abd. Aziz dan kambing belaannya

Dewan sebelah rumah arwah Pak Ngah Aziz

Mak Chor datang beraye ke Taiping 

Rumah arwah Pak Ngah Aziz

Rumah Wan Da Na di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar

Khamis, Disember 29, 2022

Kuala Kangsar

Pokok getah pertama di Malaya ditanam pada 1877 oleh H.J. Murton


Dari Beruas kami lalu Simpang 3 terus ke Kuala Kangsar. Singgah Masjid Ridzuaniah dan tengok pokok getah pertama di Malaya.

Kuala Kangsar ni tempat lahir teman.
29 Dis 2022

Ahad, November 14, 2021

Kuala Kangsar bakal dijadikan bandar warisan kebangsaan

KUALA KANGSAR - Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai warisan kebangsaan sekali gus bertujuan memartabatkan warisan Istana Bukit Chandan sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

Beliau turut berharap bandar berkenaan menerima penarafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada masa akan datang.

Artikel Penuh ---> Sini 

Isnin, Mei 31, 2021

Kuarters Jalan Talang - rumah kelahiran Nandre

Jumaat, September 24, 2010

Kapten di masjid lama


Ahmad Irfan bersama Tuk Wan (Legend's father) di Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar yang telah dibina pada tahun 1936. Ni Masa Raya kedua (11 Sept 2010) semasa balek dari Kuala Kangsar nak ke Taiping.  
Rujuk entri kat sini

Rabu, Julai 18, 2007

From Taiping With Love ...

From Taiping with love.... pernah dengar tak ayat nie, aaaaaaaaaaa.. sapa-sapa yang ada baca majalah Gila-Gila tahun 80an dulu ada la cheritanya yang dihasilkan oleh Rashid Asmawi. Begitulah jugak cheritanya dengan apa yang berlaku pada 8 Julai 2007 di Simpang, Taiping. Majlis resepsi di belah lakinya pulak yang telah dilangsungkan di sebuah dewan berhampiran rumahnya si lelaki. 

Jam 11.30 dah mula makan dan 1.00 pm tibalah dua mempelai ke dalam majlis itu. Tidak ketinggalan, mesin AN 9949 menyerikan lagi majlis di pintu masuk dewan itu... baru nampak klasik, ianya sebuah motor klasik yang tak boleh dipisahkan dengan si lelaki yang penuh dengan nostalgia.. chewahhhh!!! bak  kata orang, dah menjadi sebati dengan jiwa dia...

Dengan disulami dengan irama Pop Yeh Yeh serta The Beatles, merancakkan lagi suasana.. hujan lebat turun semasa santapan diraja. Sejuknya hari tu. berakhirlah majlis... kenduri durian Bukit Gantang la pulak. Esok hari ke Lake Garden, Bandar Diraja (Laksa Kuale), Maxwell Hill and Red Hill si lelaki dan si perempuannya pergi. haha.. dalam masa sehari habis dipusingnya. 

Udara sejuk dan dingin memberikan satu senario berbeza la pulak. hehe. baru syok kan? Begitulah cheritanya Bukit Larut... from taipi
ng with love... Semoga diberkati Allah hendaknya.