Pagi ini hadir ke Program Hala Tuju Murid Darjah 6 ke Sekolah Impian di SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam. Ada penerangan oleh Ustaz Hafizi Mohd Rashid mengenai peluang ke sekolah menengah di bawah seliaan JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.
Sesi kedua mengenai hala tuju disampaikan Ts Haslaile Abdullah dari Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM. Anak kembar beliau memasuki Kolej Permata Pintar.
12 Julai 2025
Tiada ulasan:
Catat Ulasan