Memaparkan catatan dengan label SRAI DMYS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SRAI DMYS. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 12, 2025

Program Hala Tuju Murid Darjah 6 ke Sekolah Impian


Pagi ini hadir ke Program Hala Tuju Murid Darjah 6 ke Sekolah Impian di SRAI DMYS, Seksyen 7, Shah Alam. Ada penerangan oleh Ustaz Hafizi Mohd Rashid mengenai peluang ke sekolah menengah di bawah seliaan JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.

Sesi kedua mengenai hala tuju disampaikan Ts Haslaile Abdullah dari Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM. Anak kembar beliau memasuki Kolej Permata Pintar.
12 Julai 2025

Tiga Mesyuarat - Old Edwardians | Komander Kesatria UiTM | SRAI DMYS


Hujung minggu ini ada beberapa mesyuarat yang bakal diadakan:

Program Hala Tuju Darjah 6 ke Sekolah Impian
12 Julai 2025
Di SRAI DMYS Seksyen 7, Shah Alam
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Murid-Murid Tua Edwardian Malaysia, Taiping
13 Julai 2025
Di Bangunan Persatuan Old Edwardians, Taiping
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Komander Kesatria UiTM
12 Julai 2025
Di UiTM Shah Alam
InsyaAllah akan hadir.

Sabtu, Jun 15, 2024

Sumbangan Bahan Bacaan - Kiosk Buku

 

Sabtu, April 20, 2024

Majlis Jalinan Ukhwan Guru & Ibu Bapa 2024


Pagi ini hadir ke Majlis Jalinan Ukhwah Guru dan IbuBapa dan Program Motivasi Darjah 5 & 6 sekolah anak di Seksyen 7, Shah Alam. Anak pakcik ambil UPKK pada tahun ini.

20 April 2024

Sabtu, Julai 23, 2022

Gotong-royong Sekolah

 

Gotong-royong Sekolah

Bagi sedikit sumbangan tenaga untuk program gotong-royong sekolah pada 23 Julai 2022. Ini sektor tanaman pokok di tepi surau sekolah. Kami dapat tanam pokok Belalai Gajah sebanyak 40 pokok. Ada yang mengecat makmal, kawasan tangga, batu tepi padang, membersih longkang dan lain-lain lagi.
Lokasi: SRAI DMYS, Seksyen 7

Nota: Tangan sedang pegang cangkul warna biru di sebalik pokok.

#kerjaamal
#sukarelawan 

Sabtu, Jun 25, 2022

Mesyuarat PIBG

 

Hadir untuk kali ke-7 ke Mesyuarat PIBG. Tahun 2021 ja tak hadir. Mesyuarat ni setahun sekali. Kena bagi sokongan kepada sekolah dan PIBG tempat anak kita sekolah.
25 Jun 2022

Sabtu, Februari 08, 2020

Kerja Komuniti: Memasang Alas Meja Bilik Darjah 1 Naim