Sabtu, Mac 21, 2026

Dataran Gangga Negara kembalikan seri kegemilangan pekan Beruas

 

Sumber: Berita Harian 

Suasana Hari Raya Di Desa

 


Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli peria,
Syawal menjelma penuh kasih,
Maaf dipohon salah dan dosa.

Jumaat, Mac 20, 2026

Membacha Amalan Mulia

 

Imej janaan Flow AI

Khamis, Mac 19, 2026

Salam Aidil Fitri 1447H

 

Rabu, Mac 18, 2026

Literature and Mankind's Heritage


As we advance toward a more scientific and technology‑driven future, let us not lose sight of the stories, wisdom, and cultural heritage that shaped humanity.

Literature and history remind us where we come from, grounding innovation with identity, and progress with purpose.

When we honor our past, we build a stronger path forward.

Source: FB Fakulti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Selasa, Mac 17, 2026

Kampung Halaman

 

Foto janaan Flow AI

Isnin, Mac 16, 2026

Jom Masuk U - Fakulti Sains Maklumat, UiTM

https://jommasuku.uitm.edu.my

Tahukah anda bahawa masa depan dunia hari ini digerakkan oleh data, maklumat dan teknologi? Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada generasi profesional yang membentuk masa depan digital, Fakulti Sains Maklumat adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Melalui bidang ini, anda berpeluang meneroka pelbagai laluan kerjaya yang sangat diperlukan industri masa kini seperti:
✨ Data Scientist & Data Analyst
✨ Pakar Tadbir Urus Maklumat
✨ Digital Librarian & Archivist
✨ Knowledge Manager
✨ Systems Analyst & IT Project Manager
Di Fakulti Sains Maklumat, anda bukan sahaja belajar mengurus maklumat, tetapi juga menguasai kemahiran penting seperti:
📊 Analisis Data & Visualisasi
🔐 Privasi dan Tadbir Urus Data
📚 Pengurusan Perpustakaan Digital
🧠 Pengurusan Pengetahuan Organisasi
💻 Reka Bentuk Sistem & Strategi IT
🚀 Sertai program Jom Masuk U secara virtual anjuran Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peluang pengajian, laluan kerjaya, serta kelebihan menyertai Fakulti Sains Maklumat.
🌟 Pilih Fakulti Sains Maklumat – Pilih Masa Depan yang Relevan, Dinamik dan Berimpak Tinggi!


Sumber: FB Fakluti Sains Maklumat, FSM - Media Rasmi

Lima Jenis Kasut Lelaki

 

Sumber: FB Maskulin

Ahad, Mac 15, 2026

Beca Ayah

Beca Ayah

Kisah pengorbanan seorang ayah yang bekerja keras demi keluarga, mengangkat nilai kasih sayang dan kekuatan institusi kekeluargaan yang menjadi asas sesebuah masyarakat.
Nilai ini bukan sahaja hidup dalam keluarga, malah turut berkembang dalam komuniti yang berkongsi semangat kebersamaan dan saling menghormati.
Di Malaysia, kita adalah sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Hari Raya Aidilfitri menjadi momen terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim, mengukuhkan perpaduan dan meraikan kebersamaan.
Saksikan iklan khas “Beca Ayah” terbitan Kementerian Perpaduan Negara.
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Sabtu, Mac 14, 2026

Matriks Jangkaan Lailatul Qadar

 

Sumber: FB Mir Hazil 

Jumaat, Mac 13, 2026

Menteri Jepun Minta Maaf

 


Menteri Jepun Mohon Maaf Kepada Seluruh Negara Selepas Terlewat Lima Minit Hadiri Mesyuarat

Seorang menteri Jepun menjadi tumpuan dunia selepas aksinya berlari memasuki bangunan kerajaan menjadi tular di media sosial, lapor Astro Awanil

Difahamkan, beliau tiba lewat lima minit untuk menghadiri mesyuarat Kabinet pada pagi Jumaat lalu.

Menteri Keselamatan Ekonomi, Kimi Onoda dilihat melompat keluar dari kenderaan sebelum bergegas menaiki tangga dan menembusi kumpulan media dalam usaha mengejar masa.

Rakaman video menunjukkan Kimi Onoda terus berlari menuju bilik mesyuarat bersama seorang pembantu.

Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Sanae Takaichi, sudah bermula ketika kerusi Onoda masih kosong dan beliau hanya sempat mengambil tempat beberapa minit kemudian.

Berpunca daripada kesesakan lalu lintas

Dalam kenyataan susulan, Onoda menjelaskan kelewatannya berpunca daripada kesesakan lalu lintas akibat kemalangan jalan raya secara tiba-tiba.

Menyedari kepentingan ketepatan masa dalam budaya Jepun, beliau tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh rakyat.

Onoda menegaskan, lazimnya beliau tiba 15 hingga 20 minit lebih awal untuk setiap urusan rasmi, dan insiden itu berlaku di luar jangkaan.

Menurut Astro Awani, beliau juga berikrar akan lebih berhati-hati dalam pengurusan masa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sikap bertanggungjawab Onoda, termasuk tindakan segera memohon maaf, menerima reaksi positif masyarakat yang menilai beliau sebagai contoh profesionalisme dan etika kerja pemimpin negara.

Sumber: https://siakapkeli.my/articles/menteri-jepun-mohon-maaf-kepada-seluruh-negara-selepas-terlewat-lima-minit-hadiri-mesyuarat

Khamis, Mac 12, 2026

Penentuan Tarikh Hari Raya Eidul Fitri di Malaysia

 
Sumber: FB Jabatan Agama Islam Selangor

Rabu, Mac 11, 2026

Tiang Bendera Tertinggi Shah Alam

 

Tiang bendera ini berukuran 120 meter terletak di Kelab Shah Alam yang dirasmikan oleh Sultan Selangor pada 8 Mac 2026. Ianya adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Selasa, Mac 10, 2026

Pokok Angsana Tertua di Malaysia

Foto ihsan FB Ong Seng Guan

Pokok angsana yang dipercayai terbesar di Malaysia terletak di Zoo Taiping & Night Safari, dengan ketinggian 32 meter, ukur lilit 11.3 meter, dan diameter 4.28 meter. Pokok yang berusia lebih 100 tahun ini terletak di kawasan Zoo Sentral dan menjadi mercu tanda alam semula jadi yang ikonik di dalam Zoo Taiping.

Sumber: FB YB Tiger Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam

Isnin, Mac 09, 2026

Gerabak Kereta Api Berkembar


KOLEKSI GERABAK KERETA API BERKEMBAR

DI MUZIUM PERAK, TAIPING
JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Gerabak berkembar berusia hampir 130 tahun ini dipelihara sebagai koleksi warisan oleh Muzium Perak di bawah Jabatan Muzium Malaysia, dan merupakan aset penting dalam sejarah pengangkutan kereta api negara. Pernah digunakan di laluan kereta api pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping ke Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada abad ke-19.

Gerabak ini diserahkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad kepada Muzium Perak pada tahun 2004 melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia bagi tujuan pemuliharaan dan pameran. Pada tahun 2024, gerabak ini diwartakan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, mengiktiraf kepentingannya dalam sejarah pengangkutan negara. Gerabak berkembar ini dipercayai satu-satunya unit seumpamanya yang masih wujud dan terpelihara di Malaysia, menjadikannya koleksi bernilai tinggi dari aspek sejarah, teknologi dan warisan kolonial.

Sumber: FB Muzium Perak Taiping Rasmi

Ahad, Mac 08, 2026

Prof Syed Muhammad Naquib meninggal Dunia

 

Allahyarham Prof Naquib meninggal dunia pada malam 19 Ramadan 1447 pada usia 95 tahun. Beliau dilahrkan di Bogo, Indonesia pada tahun 1931 dan meninggal dunia pada 8 Mac 2026.  





Cinta Buatan Malaysia 79-89


“Dekad, Seribu Kisah”

Sebuah persembahan istimewa buat pencinta seni visual Malaysia. Mari kita kembali ke era yang membentuk jiwa bangsa.

Pameran “Koleksi Tetap: Cinta Buatan Malaysia 79–89” menyingkap fenomena seni dan budaya tanah air sepanjang 1979 hingga 1989. Berlangsung dari Januari 2026 hingga Disember 2028, pameran ini menampilkan perjalanan seni visual, filem, muzik dan sastera yang bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup masyarakat, malah turut mencorakkan pemikiran serta ekonomi negara.

Pengunjung akan dibawa menelusuri tujuh segmen utama: Bakat Muda Sezaman (BMS), dunia perfileman, tokoh perintis dan peneraju semangat zaman, jaringan ASEAN, sukan, mural ikonik Ibrahim Hussein, serta ruang dan lokasi yang menjadi nadi pembangunan seni serta budaya Malaysia.

Ayuh, sertai pengalaman ini dan temui bagaimana kreativiti tempatan menjadi suara zaman, membentuk identiti nasional yang kita banggakan hari ini.

Sumber: Balai Seni Negara

Sabtu, Mac 07, 2026

Internet, media sosial ambil alih peranan perpustakaan?


Adakah peranan perpustakaan telah diambil oleh Internet dan media sosial?

UM 2 Mac 2026
"Hakikatnya, perpustakaan sentiasa menyesuaikan diri dengan mengikuti perkembangan digital dan keperluan semasa bagi perpustakaan mendekati serta memenuhi kepuasan penggunanya"

Jumaat, Mac 06, 2026

Invest more in museums and heritage

 

Source: The Sun

Khamis, Mac 05, 2026

7 Pemuda Tasik Biru


Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan tujuh pemuda yang menyelamatkan seorang ibu bersama dua anak kecil dalam nahas di Tasik Biru, Kundang, Selangor, baru-baru ini, pada majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi

Tujuh pemuda itu ialah Mohd Shahrizal Jarami, 40; Mohamad Fahmi Ismail, 33; Hariz Ismat Ruzaiizan, 26; Mohamad Zulfadhli Mohd Nasir, 23; Muhammad Aiman Hakimi Mohd Rosnizam, 23; Muhammad Nor Haiqal Abd Karim, 23; dan Adam Syah Reza Hendri, 19.

28 Feb 2026

Rabu, Mac 04, 2026

Kedai Lama Manong, Perak

 

Selasa, Mac 03, 2026

ORBIT Board Game - Membentuk Akhlak Mulia

 

Permainan Orbit dicipta sebagai medium pembelajaran yang menyeronokkan untuk menyemai adab, membina akhlak mulia, dan mengeratkan ukhuwah dalam kehidupan sebenar.

akhlaq.adventure@gmail.com
+6012-359 8111

Isnin, Mac 02, 2026

Celebration Gate Taiping


Celebration gate (Japanese style) yang dibina oleh masyarakat cina Taiping di Jalan Utama Taiping untuk meraikan kemenangan Tentera Imperial Jepun pada 22 Februari 1942.

Maksud pada tiang tersebut.
A. Perayaan
B. Majlis sambutan kejayaan tentera Dai Nippon oleh orang cina Taiping.
C. Suasana yang penuh meriah, rakyat bersorak meraikan kejayaan.
D. Saat yang membanggakan ini akan diingat sepanjang beribu tahun. Semua orang cina puji tentera Dai Nippon.
Mohon Azben Skymmar kenalpasti lokasi terkini gate ini dipacak. Lokasi sekarang berhampiran Jam Besar Pasar Lama Taiping dan Restoran Bismillah.
Kredit Sebastian Phua
Kredit terjemahan Mr Ah Bing.
Lordman Kerol
Taiping History

Sumber: FB Kisah & Sejarah

Ahad, Mac 01, 2026

Lessons From Life - Blog Rasmi Permaisuri Agong

 

Sumber asal: Blog Zarith Idris