Memaparkan catatan dengan label PBAKL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBAKL. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 31, 2024

Ucapan PMX di Majlis Perasmian PBAKL 2024

Antara intipati ucapan PMX semasa Majlis Perasmian PBAKL 2024 pada 30 Mei 2024 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur: 

·         Dalam negara Madani, pembelian buku semakin bertambah

·         Masa hebatnya tamadun itu, adalah semasa terjadinya majlis-majlis ilmu dan perbincangan mengenai buku

·         Generasi Muda, tambahlah minat membaca

·         Kita boleh teruskan baucar buku bermula dari darjah 4, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi mulai 2.00 petang 31 Mei 2024

·         Ilmu itu lazat kata Saidina Ali Abi Talib

·         Bukan semua maklumat itu ilmu

·         Kuasai ilmu digital dan AI

·         Latih anak-anak kita bezakan maklumat, ilmu dan kebijaksanaan

·         Latih anak-anak supaya ada keupayaan menyaring dan menilai ilmu

·         Maklumat yang bercambah

·         Anak-anak mesti membaca, hidupkan budaya iqra’ dan cintai ilmu

·         Saya mahukan Malaysia Madani yang menguasai ilmu

·         Jangan tinggalkan buku sastera

·         Cari bahan bacaan yang bermutu

·         Kuasai juga bahasa dengan baik

·         Pesta Buku ini adalah khalayaknya yang kita pentingkan.

Berita Lain: Malaysian Gazette | DSAI Instagram | Sinar Harian 

Rabu, Mei 29, 2024

Kekal Berdamping dengan Buku Wahai Manusia

 

Lokasi: Reruai Emdash by Penerbit USM, PBAKL 2024

Khamis, April 25, 2024

Galakan Membaca di Kalangan Kanak-kanak

 

Sumber: FB PBAKL 

Rabu, Mei 31, 2023

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Hari ini berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. Antara penulis dan rakan-rakan yang ditemui semasa berkunjung ke sana pagi tadi. Tahun ni pestanya lagi meriah dengan pelbagai gerai sehingga tingkat 5 di WTC ni.

Ada tangkap dua buku: "Rumah Sejuta Buku" terbitan Goodreads Malaysia diselenggara oleh Nor Azzah Momin, Nisah Haron dan Najibah Abu Bakar dan buku: "Nazam Anwar: Epilog Sebuah Perjuangan" tulisan Khailani A Jalil.
31 Mei 2023