Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Jumaat, September 25, 2026

Four components of a healthy reading culture

 


Source: The Star - 15 Sept 2026

Isnin, Ogos 24, 2026

A Good Book Can Change Your Life


BUDAYA MEMBACA

Banyakkan membaca buku-buku bermanfaat. Tak rugi beli buku kerana dalam buku-buku itu penuh dengan ILMU yang tidak dijangka untuk kehidupan kita...

Sumber: FB Dr Mohd Izhar Ariff

Ahad, Ogos 16, 2026

Bina Negara Pembaca Bermula Dengan Sebuah Buku

Sumber: Berita Harian (29 Julai 2026)

"Sejarah tidak akan mengingati berapa banyak bangunan kita dirikan sekiranya bangunan itu gagal melahirkan generasi berfikir. negara juga tidak diukur hanya melalui bangunan didirikan, tetapi melalui minda berjaya dibangunkan. Sebuah sekolah hanya benar-benar membina masa hadapan apabila setiap murid mempunyai sebuah buku untuk membuka dunia."

Jumaat, Ogos 14, 2026

Reading Physical books aids memory, cognitive health

 

Source: The Star

"We should return to traditional methods and learn how to be human again. We are too dependent on machines"

Ahad, Jun 21, 2026

PBAKL satukan 'roh ilmu', generasi Z serta media sosial

 

Sumber: Berita Harian 

Sabtu, Jun 20, 2026

Kuasa Membaca

 

Sabtu, Mei 09, 2026

Reading with intention in the digital space

Source: The Star

Reading with intention in the digital space

The Star 24 Apr 2026, pg. 13
"For many, especially young Malaysians, reading has shifted into a digital space. This transformation should not immediately be regarded with concern. In fact, it signals that literacy is evolving alongside technology."

Jumaat, Mei 08, 2026

Shifting trend in reading preference

Source: The Sun 

Shifting trend in reading preference

The Sun 24 Apr 2026, pg. 6

"Reading today goes beyond physical books. It includes articles, e-books, social media posts and even captions"

#LetsRead #MalaysiaMembaca

Rabu, Mei 06, 2026

Malaysians becoming nation of hybrid readers

Ihsan The Sun

M'sians becoming nation of hybrid readers

The Sun 23 Apr 2026 pg. 6
"Reading habits are now more flexible, with readers moving between both formats depending on their needs"

Sabtu, Februari 07, 2026

Hentian Buku Selangor


Hentian Buku Selangor yang berjiwa besar

24 Jan 2026, ms. 13
"Akhirnya, kami berkumpul dalam jarak lebih rapat, seperti sebuah kampung kecil buku tetapi berjiwa besar"

Jumaat, Januari 23, 2026

Perkaya bahan bacaan, ilmu di perpustakaan


Perkaya bahan bacaan, ilmu di perpustakaan

UM 12 Jan 2026, ms. 27
"Kita harus memahami bahawa perpustakaan juga memainkan peranan yang besar dalam usaha meningkatkan pemantapan pemikiran komuniti" - M Syazni Aiman Saad

Isnin, Januari 19, 2026

Telaah: Membuka Jendela Ilmu Melalui Bedah Buku


Apa itu Telaah? 

Tela’ah merupakan gabungan antara keghairahan membaca dan keperluan membedah pemikiran. Ia hadir sebagai respons kepada tuntutan membina negara bangsa yang celik ilmu, berpaksikan kepada agenda Malaysia MADANI. Digerakkan oleh tokoh-tokoh akademik, pengulas buku dan pemikir dasar, Tela’ah mengetengahkan buku-buku yang relevan kepada pembinaan masyarakat progresif, sambil menggalakkan perbincangan rentas bidang dan generasi.


Jumaat, Januari 09, 2026

Budaya Membaca sebagai azam tahun baharu

Foto ihsan UM

Budaya membaca sebagai azam tahun baharu

UM 3 Jan 2026 ms. 16
"Individu yang gemar membaca, sama ada karya fiksyen atau bahan bacaan ilmiah, pasti bersetuju jika dikatakan proses membaca adalah satu bentuk penghijrahan minda yang memungkinkan kita memahami dunia, diri sendiri dan orang lain dengan lebih jujur"

Rabu, Disember 17, 2025

Buku, Ilmu 'terlupa untuk mati' di Gaza

 Buku, ilmu 'terlupa untuk mati' di Gaza
Foto ihsan Berita Harian 

Berita Harian – 12 Disember 2025 oleh Nazmi Yaakub

ENGKAUKAH itu lagi? Tidakkah aku sudah membunuhmu?

Kataku: Kau telah membunuhku ... dan aku terlupa, sepertimu, untuk mati.

~ Puisi Di Dalam al-Quds karya sasterawan Palestin, Mahmoud Darwish

Golongan penyair suka menjadikan kata-kata sebagai metafora batu-bata yang membina puisi. Mereka seolah-olah mengutip kata dan diksi, menyusunnya sebagai binaan demi membangunkan karya puitis mengungkapkan falsafah serta pemikiran hasil renungan dan pengamatan dalam hidup terutama dihampar kerikil tajam.

Hasilnya, sesebuah puisi agung boleh bertahan berabad-abad ketika menara dan gedung dibangunkan dalam peradaban tidak mungkin menahan gegaran kemusnahan akibat serangan dari luar mahupun durjana dari dalam.

Omar Hamad dan Ibrahim, dua lelaki dari Gaza ini bagaimanapun bukanlah penyair, tetapi apa yang mereka lakukan secara harfiahnya adalah mengutip kata-kata demi membangunkan sesuatu binaan yang boleh menampung bukan sahaja puisi, bahkan seluruh genre daripada karya sastera dan kreatif kepada teks sekolah, universiti, buku popular serta ilmiah.

Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, iaitu pembaca tekal, pemilik kutubkhanah peribadi hinggalah penghuni 'penjara terbuka terbesar di dunia' yang dibom rejim Israel sampai pepatah padang jarak padang tekukur tidak mungkin menjadi 'kata sifat' kepada wilayah lain dalam dunia moden kecuali Gaza.

Sejak 8 Oktober 2023 apabila rejim Israel menghantar mesej amaran supaya penduduk Beit Hanoun meninggalkan kediaman dan serangan genosid mula dilancarkan, Omar mengemas barang dan keperluan penting tetapi ketika berada di hadapan perpustakaan peribadinya, beliau memutuskan 'buku yang lebih berat daripada emas' itu wajib dibawa bersama.

Apa terjadi selepas itu bukan hanya kisah pelarian dari satu lokasi ke lokasi untuk menyelamatkan nyawa seperti dialami lebih 2.23 juta warga Gaza, tetapi satu perjalanan memunggah perpustakaan demi mengelaknya daripada turut hancur bersama bangunan dibom Israel atau berkecai bersama hilangnya nyawa orang awam yang kini melepasi angka 70,000 jiwa.

Namun, buku dibawanya dalam but kereta dari Beit Hanoun ke Gaza City, akhirnya di Hospital al-Amal di Khan Younis, terpaksa ditinggalkan Omar dengan sepotong nota, 'Sesiapapun yang menemukan buku ini, tolonglah jaganya dengan baik' selepas tentera Israel menyerbu bangunan berkenaan dan mengheret mereka semua keluar.

Selamatkan buku dari runtuhan bangunan universiti

Selepas tentera berundur, Omar dengan hati rusuh kembali ke hospital itu, tetapi lega melihat bukunya kekal utuh tak terusik. Namun, kisah perjalanan itu tidak tamat, sebaliknya pelarian dan perjalanan memelihara kutubkhanahnya berterusan dari timur ke barat Rafah, al-Mawasi dan Deir al-Balah, sebelum akhirnya balik ke Beit Hanoun selepas gencatan senjata pertama dicapai.

Omar bersama rakannya, Ibrahim dan Hussam memanfaatkan ruang gencatan itu untuk menyelamatkan koleksi buku di sebalik runtuhan Universiti Islam di Gaza, lalu mengisinya di dalam khemah tempat perlindungan sementaranya.

Bagaimanapun apabila gencatan senjata dicabuli - tentunya oleh Israel - Omar melakukan perkara sama, bukan hanya menyelamatkan diri tetapi koleksi buku dimilikinya dan apabila gencatan kedua sekali lagi dicapai, beliau kembali dengan semangat sama.

Itu kisah Omar. Ibrahim pula jatuh cinta dengan buku ketika mengikuti pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris di Universiti al-Aqsa. Meskipun berdepan gangguan bekalan elektrik - siapa lagi dalangnya kalau bukan Israel -, beliau menguliti Hamlet, siri Harry Potter, karya puisi Mahmoud Darwish dan Tamim Al-Barghouti serta naskhah realisme magis Gabriel Garcia Marquez.

Selesai pengajian, Ibrahim mendidik generasi muda menyintai bahasa dan bekerja sebagai penterjemah bebas hingga membuka pusat pendidikan di Beit Hanoun. 'Kemudian genosid pun datang,' kata Ibrahim, 'Dua tahun penuh dengan pembunuhan, pembakaran, kebuluran, pengungsian dan kemusnahan. Mereka menghancurkan rumah, impian dan seluruh generasi. Namun, mereka tidak pernah berjaya membunuh semangat kami.'

Kabinet buku masih utuh di atas runtuhan

Seperti Omar dan warga Gaza yang kini menurun kepada 2.1 juta orang, Ibrahim juga berpindah-randah - walaupun perkataan itu tidak 'adil' untuk menggambarkan apa dialami mereka - yang hanya dapat kembali ke timur Beit Hanoun ketika gencatan pertama.

Apa ditemui hanyalah puing-puing rumahnya bersama memori zaman kanak-kanak berselerakan dengan runtuhan. Namun, Ibrahim menyaksikan kabinet kecil mengisi bukunya masih utuh seolah-olah enggan mati, sekali gus menumbuhkan semangat baharu.

Dari saat itu, tekad Ibrahim, beliau mahu membina perpustakaan dari titik kemusnahan hingga menjadi tempat untuk buku diselamatkan dan ilmu bangkit daripada runtuhan yang membuktikan dinding mungkin roboh tetapi kesedaran tidak, perlawanan hidup dalam idea yang tidak berjaya dihancurkan dan buku sampai terlebih dahulu kepada anak-anak sebelum kejahilan dapat tiba.

"Perpustakaan lahir daripada runtuhan untuk mengisytiharkan kami masih di sini, masih membaca, masih memasang impian dan masih membentuk masa depan yang cuba dipadamkan mereka," tulisnya.

Kedua-dua kisah yang lebih ajaib daripada fiksyen namun begitu ia tetap benar, dirakam Omar dan Ibrahim dalam laman web pendanaan awam, chuffed, dalam usaha mereka membina perpustakaan pertama di Gaza selepas genosid. Ia kini mendapat perhatian banyak pihak termasuk portal sastera, Literary Hub, akhbar Jordan Times dan Facebook The Palestine Project, selain pempengaruh buku.

Pastinya masih banyak rakaman ajaib, termasuk universiti mula dibuka seperti Universiti al-Azhar dan Universiti Islam Gaza, meskipun dalam tempoh dua tahun ini, sebanyak 100 bangunan institusi pengajian tinggi (IPT) dimusnahkan Israel dan kira-kira 200 kakitangan dibunuh rejim Zionis itu.

Baik catatan peribadi seperti Omar dan Ibrahim mahupun kisah institusi, ia mengajar kita mengenai inti ketahanan kemanusiaan serta peradaban, iaitu buku dan ilmu tidak mudah untuk dimusnahkan walaupun Israel melancarkan serangan genosid, termasuk dengan bantuan persenjataan dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain selama 24 jam tujuh hari seminggu sepanjang dua tahun ini.

Ini kerana - meminjam potongan puisi Mahmoud Darwish - buku dan ilmu terlupa untuk mati.

Penulis adalah Pengarang Berita (Rencana) BH

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/12/1484044/buku-ilmu-terlupa-untuk-mati-di-gaza

Jumaat, Disember 05, 2025

Cop Buku - Identiti Hakmilik Bahan Bacaan

Foto ihsan Domain Awam 

Cop buku merupakan tanda hak milik sesebuah perpustakaan, sama ada besar mahupun kecil. Ia menjadi simbol eksklusif bagi pemilik perpustakaan terhadap bahan bacaan dalam koleksinya. Cop ini penting kerana berfungsi sebagai identiti dan bukti pemilikan apabila buku dibawa keluar dari premis perpustakaan. Dengan adanya cop, pemilik buku berhak menuntut kembali bahan yang dipinjam untuk tempoh tertentu oleh pengguna.

Cop boleh direka dalam bentuk tulisan atau disertakan dengan logo khas, bergantung kepada citarasa pemilik. Sekiranya ditambah nombor telefon atau alamat e-mel, ia akan memudahkan peminjam untuk memperbaharui pinjaman atau menguruskan hal berkaitan buku tersebut.

Khamis, Oktober 02, 2025

Jadikan Baucar Buku Asas Bina Perpustakaan Peribadi


Jadikan baucar buku asas bina perpustakaan peribadi

BH 24 Sept 2025, ms. 13
"Membina perpustakaan peribadi kecil yang bukan sahaja berfungsi sebagai sumber rujukan, bahkan simbol perjalanan ilmu mereka"

Sabtu, September 20, 2025

Komuniti tempatan perlu sokong kedai buku, acara ilmu


Komuniti tempatan perlu sokong kedai buku, acara ilmu

BH 10 Sept 2025, ms. 13
"Antara ciri bandar yang berkembang selaras dengan institusi pendidikan ialah budaya buku dan membaca"

Jumaat, Jun 06, 2025

Orang dewasa juga perlu membaca


Orang dewasa juga perlu membaca

"Membaca dapat menjadi terapi yang berkesan bagi mengurangkan tekanan. Ianya dapat merangsang otak, membantu memperkuat daya ingatan dan melambatkan penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia"
Sumber: UM 24 Mei 2025, ms. 16

Ahad, Mei 11, 2025

Jangan 'Korbankan' Buku Pada Waktu Sukar

 

Sumber: Berita Harian 

Jumaat, Mei 09, 2025

Silent Book Club JB


Silent Book Club, JB

BH 1 Mei 2025, ms. 21

https://www.facebook.com/silentbookclubjb
"Slogan 'Baca Jap' sebagai peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa mencari waktu untuk membaca buku di mana-mana sahaja'