Memaparkan catatan dengan label Rock Glam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rock Glam. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 04, 2024

Band berpecah punca muzik rock Malaysia tenat

Band berpecah punca muzik rock Malaysia tenat

Utusan Malaysia – 2 Oktober 2024


 


PETALING JAYA: Penyanyi rock legenda, Datuk Awie berpenda­pat, perpecahan beberapa band popular memberi kesan terha­dap kelangsungan industri mu­zik rock di Malaysia. Awie yang juga vokalis kumpulan Wings merasakan situa­si tersebut telah merugikan ba­nyak bakat hebat selain menyifatkan muzik rock di Malaysia sebagai tenat.

 

“Perpecahan band daripada satu menjadi tiga tidak bagus untuk industri seni. Tapi saya faham juga sukar untuk kita selesaikan masalah itu kerana ia melibatkan hal peribadi. Apabila perkara ini terjadi, masa dan bakat hebat mereka akan dipersiakan.

 

“Selain mencari keuntungan dalam perniagaan, kita juga mencari silaturahim. Sebab itu saya mahu adakan konsert yang boleh membantu ketengahkan band bagus yang tiada kesempatan untuk tonjolkan kebolehan mereka,” katanya.

Awie ditemui Utusan Malaysia ketika mengulas mengenai semangat muzik rock yang semakin malap di Malaysia bebe­rapa tahun kebelakangan ini. Seperti band lain yang dilanda ujian, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, mendedahkan Wings pernah berhadapan de­ngan situasi tegang yang hampir menyebabkan perpecahan.

“Kalau boleh saya tidak ma­hu bercakap tentang hal orang lain, saya hanya mahu bercakap mengenai diri saya. Dalam Wings sendiri pernah berlaku per­pecahan yang orang lain ti­dak tahu apa masalahnya. Kami tidak bercerita tentang perkara ini kepada umum dan tidak mahu pun orang tahu tentang masalah kami. Apa yang terjadi, kami selesaikan sendiri dan Alhamdulillah bakat, keluh, kesah, keringat kami berlima semuanya kami hargai.

“Kamu mahu capai matlamat. Insya-Allah doakan agar kami kekal sampai ke satu tarikh yang dipastikan (untuk berpisah),” jelasnya ketika ditemui di majlis sidang media Rock Warrior Music Festival, di Menara PKNS baru-baru ini.

Ditanya mengenai rahsia yang membuatkan Wings bertahan sehingga hampir 40 tahun, Awie menekankan sikap saling menghormati antara rakan sepasukan adalah kunci kejayaan.

“Hormat antara satu sama lain sangat penting. Kalau saya ada kebolehan berlakon, mereka hormat dan beri ruang berkarya. Begitu juga dengan Eddie yang boleh terbitkan muzik. Tapi kami semua ingat bahawa muzik adalah kerjaya utama kami berlima untuk cari makan. Kami semua kena hadir beri masa untuk latihan.

“Bukan hanya kerana saya penyanyi band, saya seorang boleh makan. Ini kerja berlima,” tambahnya. Dalam perkembangan lain, menerusi Produksi Rumah Merah, Awie bakal mengadakan Rock Warrior Music Festival yang akan menghimpunkan band rock tanah air pada 23 dan 24 November di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sumber:  https://www.utusan.com.my/nasional/2024/10/band-berpecah-punca-muzik-rock-malaysia-tenat/ 

Selasa, Jun 11, 2024

Bedah Buku @PTSL, UKM


𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐌𝐔@𝐏𝐓𝐒𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟏: 𝐁𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐔 "𝟔𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐊 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎 𝐊𝐄 𝐆𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 (𝟏𝟗𝟓𝟓-𝟏𝟗𝟖𝟔)"

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan UKM akan mengadakan Bicara Ilmu@PTSL Siri ke 11 yang bertajuk Bedah Buku “65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)” pada ketetapan yang berikut:
🗓 Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu)
🕥Masa : 10:30 pagi - 12:00 tengah hari
🏫Tempat : Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Tun Seri Lanang
(Disiarkan juga melalui FB Live Perpustakaan Tun Seri Lanang https://www.facebook.com/ptslukm/)
Penceramah:
Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sejarah, Politik & Antarabangsa,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM
Semua warga UKM dijemput hadir dan penyertaan peserta akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat).
Kehadiran seluruh warga UKM ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ahad, Mac 26, 2023

Belajar Dari Dr Taki

Sumber: FB Taki Takiyuddin / Mingguan Malaysia 26/3/2023

Ahad, Mac 12, 2023

Mampukah 'Rock glam' kekal?

APALAH nikmatnya kalau sekadar mendengar tanpa rasa dan faham. Begitulah juga dengan muzik yang terdiri pelbagai genre termasuklah rock. Minat perlu selari dengan pengetahuan yang tinggi dan bukan sekadar menyanyi atau bersiul tanpa henti. Kalau tidak jangan sembang Rock Never Die.

Saya katakan begitu selepas meneliti kandungan buku 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986) hasil karya Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail.

Masih terlalu banyak yang saya tidak tahu tentang sejarah perkembangan muzik rock di negara kita sebaik membaca satu persatu buku setebal 393 muka surat ini. Segalanya tentang muzik rock berjaya dirungkai dalam tempoh tersebut termasuk sejarah sebenar ia mula bertapak di negara kita.Selain itu, penulis turut meletakkan banyak perkara asas lain yang perlu diketahui peminat rock selain sejarah perkembangan antaranya pengertian rock progresif dan rock konvensional; persoalan antara budaya dan muzik rock serta banyak lagi. Malah, buku ini turut menyediakan gambar rajah perkembangan semasa era rock di Malaysia termasuk era rock glam atau selama ini banyak yang menyebut sebagai rock kapak.
Bukan sekadar itu, penulis turut menceritakan kaitan antara rock dan moral yang pernah mencetuskan kebimbangan pada satu masa dahulu. Sebagai contoh, diceritakan bagaimana ada satu ketika konsert kumpulan (tanpa mahu dinyatakan) terpaksa diba­tal­kan sehingga menimbulkan konflik lain.

Jumaat, Februari 24, 2023

Dari Sains Politik ke Sejarah ROCK

Dari sains politik ke sejarah rock

Harian Metro – 24 Feb 2023 Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

MINAT mendalam terhadap muzik rock sejak remaja mendorong Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin Ismail, 48, menulis buku mengenai sejarah dan perkembangan muzik rock di Malaysia berjudul 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986). Ia adalah buku ke-13 dihasilkan Takiyuddin yang sebelum ini sinonim dengan buku genre politik seperti Melayu Dalam DAP, Langkah Sheraton: Tujuh Hari Panjang dan Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing Di Malaysia yang memenangi Anugerah Buku Negara pada 2019.

"Saya menulis buku ini kerana minat dan 'passion' saya terhadap muzik rock. Ketika menghasilkan buku ini, kebanyakan individu yang saya temu bual dalam kalangan pemuzik, penggiat dan peminat rock terkejut apabila mendapat tahu saya adalah ahli akademik dalam bidang sains politik, bukan muzik. Malah, mereka juga terkejut dan terharu kerana ada 'orang universiti' mahu menulis buku mengenai sejarah rock di Malaysia yang selama ini sering dikaitkan dengan perkara negatif," katanya.