Rabu, Julai 18, 2007

From Taiping With Love ...

From Taiping with love.... pernah dengar tak ayat nie, aaaaaaaaaaa.. sapa-sapa yang ada baca majalah Gila-Gila tahun 80an dulu ada la cheritanya yang dihasilkan oleh Rashid Asmawi. Begitulah jugak cheritanya dengan apa yang berlaku pada 8 Julai 2007 di Simpang, Taiping. Majlis resepsi di belah lakinya pulak yang telah dilangsungkan di sebuah dewan berhampiran rumahnya si lelaki. 

Jam 11.30 dah mula makan dan 1.00 pm tibalah dua mempelai ke dalam majlis itu. Tidak ketinggalan, mesin AN 9949 menyerikan lagi majlis di pintu masuk dewan itu... baru nampak klasik, ianya sebuah motor klasik yang tak boleh dipisahkan dengan si lelaki yang penuh dengan nostalgia.. chewahhhh!!! bak  kata orang, dah menjadi sebati dengan jiwa dia...

Dengan disulami dengan irama Pop Yeh Yeh serta The Beatles, merancakkan lagi suasana.. hujan lebat turun semasa santapan diraja. Sejuknya hari tu. berakhirlah majlis... kenduri durian Bukit Gantang la pulak. Esok hari ke Lake Garden, Bandar Diraja (Laksa Kuale), Maxwell Hill and Red Hill si lelaki dan si perempuannya pergi. haha.. dalam masa sehari habis dipusingnya. 

Udara sejuk dan dingin memberikan satu senario berbeza la pulak. hehe. baru syok kan? Begitulah cheritanya Bukit Larut... from taipi
ng with love... Semoga diberkati Allah hendaknya.

Isnin, Julai 02, 2007

Pelamin di Tepian Tali Air


Pelamin? apa ada dengan pelamin ie sebenarnya? Inilah gambar pelamin di Tali Air 6 yang telah berlangsung pada 24 Jun 2007. Pelamin ini telah digunakan untuk meletakkan dua orang pengantin baru yang telah diijab qabulkan pada 23 Jun 2007, pada jam 9.10 malam di Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan. 

Dari saat itu, maka termaterilah ikatan dua insan ciptaan Allah untuk hidup sebagai suami isteri. Alhamdulillah... semoga dengan ikatan tersebut, maka akan memberi ruzki yang lebih serta berkekalan hingga ke akhir hayat... Pelamin itu adalah hasil ciptaan beberapa orang saudara mara pengantin perempuan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan sebelum ianya dapat digunakan. 

Dengan idea serta buah fikiran, maka siaplah sebuah pelamin yang mengambil tema coklat dan putih. Sungguh indah di pandangan mata. Pelamin ini juga menyaksikan persandingan dua manusia lelaki dan perempuan dari negeri yang berjiran iaitu Perak dan Selangor. 

Ianya juga melangsungkan hubungan dua keluarga yang tidak pernah kenal antara satu sama lain. Begitulah jasa pelamin ini... Di tepi tali air..