Selasa, September 01, 2026
Isnin, Julai 27, 2026
Durbar 1897 (Majlis Raja-Raja)
Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak pada 13 hingga 17 Julai 1897 merupakan yang pertama kali diadakan. | Sir Frank Swettenham, Pesuruhjaya Negeri-negeri Bersekutu telah mewakili kerajaan British dan bertindak sebagai Pengerusi. Beliau turut dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi British termasuk Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P Rodger (Residen Selangor) dan Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-negeri Selat). Berbagai perkara termasuk mengenai Agama Islam dan kepentingan orang-orang Melayu dibincangkan. Persidangan ini telah berjaya mendekatkan lagi hubungan antara Negeri-negeri dan menyedarkan mereka kepada kerjasama dan bersatu padu dalam perkara-perkara yang berkaitan kepentingan bersama. Istana Negara (1895-1931) |
Rabu, Jun 17, 2026
Kapcai Dua Beradik Dari Kuala Kangsar
Ahad, Mei 17, 2026
Galeri Wakaf Diraja Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR: Menjelang sambutan 500 Tahun Kesultanan Perak
pada 2028, bandar Kuala Kangsar diperkasakan lagi dengan pembinaan Galeri Wakaf
Diraja bagi mempamerkan sejarah aktiviti wakaf institusi diraja negeri ini.
Galeri itu yang terletak di lot bangunan kedai Jalan
Kangsar, menghimpunkan pelbagai artikel, gambar serta perkembangan aktiviti
Wakaf Diraja Perak sejak lebih 100 tahun lalu. Raja Di Hilir Perak, Raja
Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah hari ini berkenan melawat ruang pameran
tersebut yang dinamakan Galeri Wakaf Diraja Sultan Idris Murshid-ul-Adzam Shah.
Baginda berkenan diberikan taklimat menyeluruh mengenai
sejarah penubuhan Wakaf Diraja Sultan Idris Murshid-ul-Adzam Shah, termasuk
perjalanan panjang institusi ini yang diperundangkan sejak tahun 1917 melalui
enakmen khas. Galeri itu mempamerkan beberapa penerima manfaat terbesar iaitu
Madrasah Idrisiah, Masjid Ridzwaniah dan Makam Diraja Al-Ghufran, selain
aset-aset komersial di Kuala Kangsar yang menjadi sumber kewangan untuk
membiayai faedah masyarakat. Sementara itu, Pengurus Besar Wakaf Diraja Sultan
Idris Murshid-ul-Adzam Shah, Raja Hazwan Shah Raja Danil Akhsan berkata, galeri
tersebut dibuka kepada tanpa bayaran masuk.
“Galeri ini kita fokuskan untuk orang ramai datang dan
melihat sejarah perjalanan wakaf ini dan bagaimana aktiviti ini masih bertahan.
Misalnya Madrasah Idrisiah sendiri telah melahirkan ramai ulama tersohor. Malah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan
merupakan alumni sekolah ini,” katanya.
Menurut beliau, galeri turut mempamerkan maklumat kepada
pengunjung mengenai bagaimana mereka boleh berwakaf secara tunai berbanding
kebiasaan iaitu menerusi tanah dan bangunan.
Raja Hazwan Shah berkata, Lembaga Muzium Negeri Perak
memainkan peranan penting bagi mendokumentasikan, memelihara serta
memartabatkan sejarah yang terkandung dalam institusi wakaf tersebut.
“Usaha ini memastikan bahawa sejarah tidak sekadar disimpan,
tetapi difahami, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang. Tourism
Perak Management Berhad pula telah membantu mengangkat Wakaf Diraja ini sekali
gus membuka ruang kepada masyarakat luar dalam konteks pelancongan warisan,”
katanya.
Galeri dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Sumber: Utusan Malaysia
Khamis, April 23, 2026
Rabu, April 15, 2026
Berakhir legasi 'burger tangga' ikonik Kuala Kangsar
TIADA lagi 'burger tangga'.
Selepas 25 tahun berniaga berhampiran sebuah tangga di dalam sebuah bangunan rumah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Baru Kuala Kangsar, akhirnya operasi burger tangga terhenti selepas pengusahanya yang hanya dikenali sebagai 'Jeff', meninggal dunia pada 12 Mac lalu.
Satu daripada 'sejarah kecil' yang mengisi landskap bandar ini sejak hampir empat dekad lalu ialah Jeff, yang berniaga burger sejak 1989. Pada awal pembabitannya, Jeff berniaga burger di depan sebuah pasar raya berhampiran Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar. Jeff kemudiannya berpindah ke lokasi berhampiran tangga bangunan berkenaan.
Dalam kalangan penduduk tempatan juga, burger Jeff lebih dikenali sebagai burger tangga. Di Kuala Kangsar, Jeff dan burger tangga menjadi satu daripada tarikan yang ikonik. Jeff juga mungkin antara peniaga kecil yang paling dikenali di Bandar Diraja itu. Pelanggannya datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Daripada warga tempatan hingga pelajar sekolah berasrama seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan institusi pendidikan lain.
Jeff berjaya memikat dan mengikat ramai pelanggan bukan saja kerana burgernya yang sedap, tetapi juga kerana ia dibuka pada waktu siang. Berbekalkan akhbar Harian Metro dan bungkusan teh ais yang bersilih ganti, Jeff mula mendepani bahang kuali seawal jam 11 pagi hinggalah malam. Tidak seperti peniaga viral ketika ini, Jeff tidak mempunyai sebarang menu burger yang 'direkabentuk'.
Sejak awal pembabitannya dalam perniagaan itu, dia hanya menyediakan menu biasa melainkan tambahan keju atau mayonis. Diakui ramai, menu 'banjo' Jeff antara yang paling menjadi pilihan. Jeff juga jarang menaikkan harga jualan biarpun berlaku peningkatan kos barangan. Jeff sering memikirkan khalayak pelanggan, khasnya pelajar sekolah dan asrama dan kerana itu, dia berusaha untuk tidak menaikkan harga jualan burger.
Jeff sendiri adalah faktor utama yang menjadikan gerai itu begitu dikenali. Selain menjual burger, dia juga mudah mesra dan sentiasa ramah dengan pelanggan. Sapaan dan gurauannya menjadikan gerai kecil itu terasa hidup. Bukan itu saja, malah Jeff mampu mengingati nama ramai individu, termasuk pelanggan yang mungkin hanya datang sekali-sekala dan akan melayan sesiapa saja untuk berbual jika beliau tidak sibuk melayan pelanggan.
Dalam persekitaran bandar kecil, sifat seperti ini membentuk satu ruang sosial tidak rasmi antara penduduk bawahan yang berkunjung ke gerainya. Gerai Jeff bukan sekadar gerai burger, tetapi platform dalam memperluaskan jaringan dan persahabatan setempat.Pelanggan Jeff pula membabitkan individu yang melanggan sejak bujang sehinggalah kepada anak mereka.
Bagi penulis yang pernah menjadi sebahagian daripada komuniti kecil burger tangga sejak 25 tahun lalu, Jeff lebih daripada sekadar penjual burger. Dia adalah magnet yang menyatukan persahabatan serta rakan yang berbeza lapisan dan karakter. Ketika zaman bujang, kebanyakan kami rakan-rakan semacam 'gatal badan' jika tidak bersantai dan membantu Jeff secara sukarela di gerai burgernya itu.
Pemergian Jeff ke alam abadi pada 12 Mac lalu bukan saja meruntun hati keluarga, rakan dan warga Kuala Kangsar secara umumnya, namun juga mereka yang pernah disantuni Jeff sebagai pelanggan dan berada di merata pelusuk. Sebaik berita pemergiannya tersebar, masyarakat dan mereka yang pernah menjadi pelanggannya memberikan penghargaan yang tidak terhingga kepadanya. Burger yang enak itu tidak menjadi imbauan utama berbanding karakter dan personaliti Jeff sendiri.
Seorang daripada pelanggan Jeff, Mogen Selvaraja mengakui Jeff sentiasa tidak lekang dengan senyuman.
"Jeff melayan semua orang sama rata. Pemergian Jeff umpama hilangnya satu episod sejarah sosial di Kuala Kangsar," katanya.
Pelajar, Nurul Husna Ani pula berterima kasih kepada Jeff yang banyak 'membantu' pelajar asrama sepertinya.
"Abang Jeff pernah tidak mengenakan bayaran kepada kami jika kami tidak cukup wang. Semoga kebaikan Abang Jeff yang sering membelanja kami digandakan oleh Allah SWT," katanya.
Pemergian Jeff menandakan berakhirnya satu bab dalam sejarah popular Kuala Kangsar. Jeff dan gerai burger kecil berhampiran tangga itu umpama legenda kecil yang akan terus kekal dalam memori kolektif penduduk bandar berkenaan.
Walaupun hanya watak kecil, Jeff meninggalkan impak besar terhadap masyarakat di sekelilingnya.
Penulis (Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin) adalah ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber: https://www.hmetro.com.my/santai/2026/04/1343391/berakhir-legasi-burger-tangga-ikonik-kuala-kangsar
Ahad, Mac 22, 2026
Ahad, Februari 01, 2026
Brisk Walk di Kuala Kangsar
Berjalan kaki di pagi minggu di sekitar Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan.
Sabtu, Januari 31, 2026
Majlis Pertunangan Amal Hayati Roslan Alwi
Hari ini ada majlis bacaan Yaasiin dan tahlil oleh Anak-anak Tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadith ar-Rahmah, Kg. Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudian, pada sebelah tengah harinya diadakan majlis pertunangan anak saudara (anak abang). Saya diamanahkan selaku Jurucakap bagi pihak keluarga perempuan. Semoga selamat sejahtera.
Sabtu, Ogos 16, 2025
Kak Baby (Siti Maryam Abdullah) meninggal dunia
Kemaskini:
Kak Baby meninggal dunia di Institut Kanser Negara pada 16 Ogos 2025 jam 4.01 petang. Arwah dikebumikan di Tampin, Negeri Sembilan.
Khamis, Julai 31, 2025
Galeri Sultan Azlan Shah Dibuka Semula Hujung Tahun Ini
Isnin, Jun 10, 2024
Isnin, April 01, 2024
Rabu, April 26, 2023
Raya ke Bekor dan Kuala Kangsar
Ziarah Raya di Kg. Kubang Udang, Bekor, Manong dan Kuala Kangsar, Perak
Khamis, Disember 29, 2022
Kuala Kangsar
Dari Beruas kami lalu Simpang 3 terus ke Kuala Kangsar. Singgah Masjid Ridzuaniah dan tengok pokok getah pertama di Malaya.
Ahad, November 14, 2021
Kuala Kangsar bakal dijadikan bandar warisan kebangsaan
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan berkenaan.
Beliau turut berharap bandar berkenaan menerima penarafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada masa akan datang.
Artikel Penuh ---> Sini
Isnin, Mei 31, 2021
Jumaat, September 24, 2010
Kapten di masjid lama
Ahmad Irfan bersama Tuk Wan (Legend's father) di Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar yang telah dibina pada tahun 1936. Ni Masa Raya kedua (11 Sept 2010) semasa balek dari Kuala Kangsar nak ke Taiping. Rujuk entri kat sini
Rabu, Julai 18, 2007
From Taiping With Love ...
ng with love... Semoga diberkati Allah hendaknya.



































![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















