Isnin, Ogos 31, 2026

Malaysia Merdeka 69

 

🇲🇾✨ Merdeka ke-69 Malaysia! ✨🇲🇾

Hari ini kita raikan 69 tahun kebebasan, perpaduan, dan kemajuan. Semoga semangat Cintakan Malaysia terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat dan harmoni.

💙❤️🤍💛 Salam Merdeka!

#Merdeka69 #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMadani


Ahad, Ogos 30, 2026

Direktori Nombor Kecemasan

Sabtu, Ogos 29, 2026

Perubahan Budaya Membaca


Sumber: FB Festival Buku Islami

Jumaat, Ogos 28, 2026

Foundation in Artificial Intelligence


📚 Pakcik tengah layan buku Foundation in Artificial Intelligence Jilid 1 & 2 terbitan Zero Degree Publishing — hasil tebusan Baucar Buku Madani oleh anak pakcik.
✨ Jilid 1 kupas tentang Prompting, manakala Jilid 2 fokus pada Content Creating. Banyak ilmu berguna, dengan bahasa yang mudah difahami — sesuai untuk pelajar sekolah menengah.

Khamis, Ogos 27, 2026

Golden Roast Jazz Club

 

Pameran MAHA 2026

 



Rabu, Ogos 26, 2026

Aku Berjanji - Faizal Tahir

 

Foto-foto kredit Internet 

Selasa, Ogos 25, 2026

Red Indian Heroes

Foto kredit Internet

Beberapa Hero Kaum Red Indian:

Crazy Horse: A Lakota war leader who fought at the Battle of the Little Bighorn, symbolizing resistance against U.S. expansion.

Dull Knife: A Northern Cheyenne chief remembered for leading his people in the Northern Cheyenne Exodus, a struggle for survival and return to ancestral lands.

Geronimo: An Apache leader famed for his fierce resistance against Mexican and U.S. forces, embodying defiance and resilience.

Little Crow: A Dakota chief who led his people during the U.S.–Dakota War of 1862, fighting against broken treaties and injustice.

Rain-in-the-Face: A Lakota warrior associated with the Battle of the Little Bighorn, remembered for his bravery.

Red Cloud: A Lakota chief who successfully resisted U.S. military expansion during Red Cloud’s War, securing the Fort Laramie Treaty of 1868.

Sitting Bull: A Hunkpapa Lakota leader, spiritual figure, and strategist at the Battle of the Little Bighorn, revered for his vision and leadership.

Hollow Horn Bear: A Brulé Lakota chief who fought in several conflicts and later advocated for his people in Washington, D.C.

Chief Gall: A Lakota commander at the Battle of the Little Bighorn, known for his tactical brilliance.

Chief Pontiac: An Ottawa leader who organized resistance against British rule in the Great Lakes region during Pontiac’s War (1763–1766).

Salam Maulidur Rasul: Madani Dihayati, Ummah Diberkati


Salam Maulidur Rasul: Madani Dihayati, Ummah Diberkati


Naskah Muhammad: Riwayat hidup berdasarkan sumber terawal karya Martin Lings (Abu Bakr Sirajuddin) ini merupakan antara sirah Nabi Muhammad saw yang terbaik pernah dihasilkan. Dengan gaya penulisan dan bahasa yang indah, beliau menghadirkan riwayat hidup Nabi Muhammad saw dengan amat terperinci. Biografi yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman awal Islam, ianya adalah sebuah buku yang wajib dimiliki oleh setiap orang.
25 Ogos 2026

Isnin, Ogos 24, 2026

Kerja Komuniti Merdeka 2026

 


Ahli Majlis MPP Zon 4, En Vincent Chow menyerahkan Jalur Gemilang kepada Saudara Ahmad Yani, Pengerusi Surau Al-Ikhwan 

Kerja Gotong-royong membersihkan kawasan luar komuniti pada 23 Ogos 2026. Ianya juga mendapat sokongan daripada MPP Zon 4 MBSA. 

A Good Book Can Change Your Life


BUDAYA MEMBACA

Banyakkan membaca buku-buku bermanfaat. Tak rugi beli buku kerana dalam buku-buku itu penuh dengan ILMU yang tidak dijangka untuk kehidupan kita...

Sumber: FB Dr Mohd Izhar Ariff

Ahad, Ogos 23, 2026

Lampu Isyarat Terawal di Tanah Melayu

 

Sumber: FB Hisham Muhd's

Sabtu, Ogos 22, 2026

Semarakkan Bulan Kemerdekaan 2026


Semarakkan bulan kemerdekaan dengan kibaran Jalur Gemilang.

Jumaat, Ogos 21, 2026

Dr Hideki Wada - The 80-Year-Old Wall



Dr. Hideki Wada, seorang pakar psikiatri berusia 61 tahun yang pakar dalam kesihatan mental WARGA EMAS, baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk Tembok Berusia 80 Tahun Sebaik sahaja buku ini dilancarkan, penjualannya terus melonjak— lebih 500,000 naskhah terjual dan diramalkan akan menembusi angka 1 juta naskah. Buku ini berkemungkinan besar akan menjadi buku paling laris di Jepun tahun ini.

Berikut adalah 44 pesanan bijak daripada Dr. Wada yang patut dibaca dan dikongsikan, terutamanya kepada ibu bapa tersayang:

1.  Teruskan berjalan setiap hari, walaupun perlahan-lahan.
2.  Saat berasa geram atau marah, tarik nafas panjang dan bertenanglah.
3.  Lakukan gerakan ringan supaya tubuh tidak menjadi kaku.
4.  Jika menggunakan penyaman udara (AC) pada musim panas, banyakkan minum air.
5.  Jangan malu memakai lampin jika perlu — ia sebenarnya membantu kita bergerak dengan lebih bebas.
6.  Banyak mengunyah menjadikan otak dan tubuh lebih aktif.
7.  Sifat pelupa bukan semata-mata kerana usia, tetapi kerana otak jarang digunakan.
8.  Tidak semua masalah kesihatan perlu diatasi dengan ubat yang banyak.
9.  Jangan terlalu memaksa untuk menurunkan tekanan darah dan paras gula secara mendadak.
10. Menyendiri tidak bermakna kesunyian, ia boleh menjadi waktu untuk bersantai.
11. Berasa malas itu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika memang kepenatan.
12. Jika sudah tidak boleh memandu dengan selamat, lebih baik berhenti daripada ditimpa kemalangan.
13. Lakukan perkara yang anda suka dan jauhi perkara yang mencetuskan stres.
14. Umur mungkin tua, tetapi keinginan semula jadi masih boleh dirasai.
15. Jangan hanya berkurung di rumah — cari udara segar dan lihatlah dunia luar.
16. Makanlah apa yang anda suka, asalkan tidak berlebihan. Berisi sedikit tidak mengapa.
17. Lakukan segala perkara dengan perlahan dan berhati-hati.
18. Jauhi orang yang membuatkan anda berasa tidak selesa.
19. Kurangkan masa di hadapan TV dan telefon bimbit.
20. Kadangkala lebih baik berdamai dengan penyakit daripada terlalu memaksa untuk sembuh sepenuhnya.
21. "Sentiasa ada jalan" — ayat ini boleh menjadi kekuatan saat kita merasa buntu.
22. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar itu sangat penting.
23. Mandi tidak perlu lama, cukup sekadar 10 minit.
24. Jika tidak boleh tidur, jangan paksa diri.
25. Perkara yang menggembirakan hati dapat mengekalkan kecergasan otak.
26. Jangan terlalu memendam perasaan, katakan sahaja apa yang ingin disampaikan.
27. Cari doktor keluarga yang anda percayai sejak awal lagi.
28. Tidak perlu sentiasa beralah. Kadangkala menjadi "warga emas yang nakal" itu menyihatkan.
29. Tidak mengapa jika sesekali pendapat kita berubah.
30. Demensia (nyanyuk) di penghujung usia mungkin cara Tuhan untuk menjadikan kita berasa tenang.
31. Jika berhenti belajar, kita akan lebih cepat kelihatan tua.
32. Tidak perlu mengejar darjah atau kehormatan — apa yang ada sekarang sudah mencukupi.
33. Sifat polos atau lurus adalah keistimewaan orang tua.
34. Hidup kadangkala merumitkan, tetapi itulah yang menjadikannya menarik.
35. Berjemur di bawah cahaya matahari boleh menceriakan hati.
36. Berbuat baik kepada orang lain turut membawa kebaikan kepada diri sendiri.
37. Jalani hari ini dengan tenang dan santai.
38. Mempunyai keinginan adalah tanda kita masih hidup dan bersemangat.
39. Sentiasa berfikiran positif.
40. Tarik nafas dengan lega, hidup tidak perlu terburu-buru.
41. Anda yang menentukan bagaimana anda mahu menjalani kehidupan.
42. Terima segala yang berlaku dengan hati yang tenang.
43. Orang yang ceria biasanya disenangi ramai.
44. Senyuman boleh  membawa banyak keberkatan.

Khamis, Ogos 20, 2026

Syarikat AI Musnahkan Buku Nadir

 

Foto-foto kredit Internet 

Rabu, Ogos 19, 2026

King Edward VII School Taiping — Glimpses of the Past

 

All images, digitised by Tiger Roslan Hussin (OE90), originate from the King Edward VII School Golden Jubilee Souvenir Programme (1905–1955)

Selasa, Ogos 18, 2026

Sastera dan Kemanusiaan

 

Memang benar, sastera bukan sekadar hiburan atau seni bahasa, tetapi ia adalah wadah yang mencerminkan jiwa manusia, pengalaman kolektif, dan nilai kemanusiaan.

Orang yang tidak mencintai sastera seolah-olah menutup pintu kepada imaginasi, empati, dan kehalusan rasa. Melalui karya sastera—puisi, cerpen, novel, drama—kita belajar memahami penderitaan, kegembiraan, perjuangan, dan harapan orang lain. Ia mengajar kita empati, memperkaya bahasa, dan menajamkan fikiran kritis.

Jika kita kehilangan hubungan dengan sastera, kita sebenarnya kehilangan sebahagian daripada kemanusiaan—kerana sastera adalah cermin jiwa bangsa dan suara hati manusia.

Isnin, Ogos 17, 2026

Cik Man Sudah Tiada

 

Semoga Allah merahmati arwah Cik Man yang meninggal dunia pada 5 Ogos 2026 di Tanah Merah, Kelantan. 
Foto kredit The Patriots

“Bagi abang tempoh seminggu, gerenti bayar. Kalau abang tak bayar, potong jari abang, ludah muka abang,” sebut ni saja, cair hati rocker-rocker. Kalau nak tahu, Cik Man guna seni retorika yang pernah disebut oleh al-Farabi.

Ahad, Ogos 16, 2026

Bina Negara Pembaca Bermula Dengan Sebuah Buku

Sumber: Berita Harian (29 Julai 2026)

"Sejarah tidak akan mengingati berapa banyak bangunan kita dirikan sekiranya bangunan itu gagal melahirkan generasi berfikir. negara juga tidak diukur hanya melalui bangunan didirikan, tetapi melalui minda berjaya dibangunkan. Sebuah sekolah hanya benar-benar membina masa hadapan apabila setiap murid mempunyai sebuah buku untuk membuka dunia."

Sabtu, Ogos 15, 2026

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

Dijana oleh Copilot

Tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ialah “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”, mencerminkan visi kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran dikongsi oleh semua rakyat Malaysia, bukan hanya segelintir golongan.

Makna Tema

  • Malaysia Madani: Konsep pembangunan negara berasaskan nilai kemanusiaan, inklusif, progresif, dan harmoni.

  • Kesejahteraan Dinikmati: Menekankan bahawa kemakmuran ekonomi, sosial, dan budaya mesti dirasai oleh seluruh rakyat tanpa diskriminasi.

  • Matlamat utama: Membina masyarakat yang bersatu padu, berdaya tahan, dan sejahtera dalam semua aspek kehidupan.

Jumaat, Ogos 14, 2026

Reading Physical books aids memory, cognitive health

 

Source: The Star

"We should return to traditional methods and learn how to be human again. We are too dependent on machines"

Khamis, Ogos 13, 2026

The Art of Leading Through Writing

 

Terima kasih diucapkan kepada Coach Haji Syamsul yang sudi menurunkan autograf untuk buku saya.