Isnin, Februari 27, 2023

Bina Perpustakaan

 

Mari wujudkan perpustakaan di rumah masing-masing. Bermula dengan jumlah bahan bacaan yang sedikit dan hanya 1 rak kecil, namun, ianya merupakan satu permulaan yang bijak untuk ahli keluarga kita. Natijahnya, pasti akan ada minat membaca di kalangan ahli keluarga 😎

Sabtu, Februari 25, 2023

Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Jumaat, Februari 24, 2023

Kuih Loghat perak (advance)

 

Moh komer terey kuiz ni: Kuiz Dialek Perak versi Advance:

Klik sini: Kuiz 

Bila dah jawab, nanti komer tampei keputusan berape komer dapat kat ruangan komen tu.

#KejorYobKejor

#MohkePerak 

Dari Sains Politik ke Sejarah ROCK

Dari sains politik ke sejarah rock

Harian Metro – 24 Feb 2023 Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

MINAT mendalam terhadap muzik rock sejak remaja mendorong Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin Ismail, 48, menulis buku mengenai sejarah dan perkembangan muzik rock di Malaysia berjudul 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986). Ia adalah buku ke-13 dihasilkan Takiyuddin yang sebelum ini sinonim dengan buku genre politik seperti Melayu Dalam DAP, Langkah Sheraton: Tujuh Hari Panjang dan Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing Di Malaysia yang memenangi Anugerah Buku Negara pada 2019.

"Saya menulis buku ini kerana minat dan 'passion' saya terhadap muzik rock. Ketika menghasilkan buku ini, kebanyakan individu yang saya temu bual dalam kalangan pemuzik, penggiat dan peminat rock terkejut apabila mendapat tahu saya adalah ahli akademik dalam bidang sains politik, bukan muzik. Malah, mereka juga terkejut dan terharu kerana ada 'orang universiti' mahu menulis buku mengenai sejarah rock di Malaysia yang selama ini sering dikaitkan dengan perkara negatif," katanya.

Khamis, Februari 23, 2023

Bazar Buku 2023

 

Rabu, Februari 22, 2023

Roti Canai: Makanan kedua popular di dunia

 


Link Berita: 

Selasa, Februari 21, 2023

Santai Bersama Penulis: 65 Tahun Muzik Rock di Malaysia

 

Sabtu, Februari 18, 2023

Infaq Air Balang

 

Jom infaq air minuman balang ke merata tempat di sekitar caterer. Kita tempah, caterer buat dan caterer hantar ke lokasi pilihan kita. Bagi air minuman untuk orang lain merasa nikmatnya. 

#SahamAkhirat 
#AirBalangSempoiBeruas


Jumaat, Februari 17, 2023

Jom ke KL Alternative Book Fest

Rabu, Februari 15, 2023

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

 

Sumber: Internet 

Isnin, Februari 13, 2023

Tan Sri P Ramlee pernah jadi Johan Bintang Radio 1952

Sumber: FB RTM

Ahad, Februari 12, 2023

Ziarah ke UiTM

 

Hari ini pergi ziarah ke UiTM pulak. 

Nota: Anak ada lawan bola di padang depan DATC, maka bolehlah masuk pusing-pusing dalam UiTM ni. 

Sabtu, Februari 11, 2023

Pergi melawat Pustaka Peringatan P Ramlee

 


Hari ini dapat pergi melawat Pustaka Peringatan P Ramlee yang telah sekian lama ingin berkunjung. Kawasan pustaka ini adalah di dalam kawasan perumahan lama yang masih beratap genting dan sedikit berbukit. Lokasi pustaka ini adalah di penghujung jalan. Senang cherita ianya terletak di hujung selekoh. Nama asal taman ini ialah Taman Furlong. Kemudian ditukar menjadi Taman P Ramlee. Ianya diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia. Masuk percuma. Diberi juga kebenaran untuk mengambil gambar namun rakaman video tidak dibenarkan.  

Rabu, Februari 08, 2023

Dr Fadzilah Kamsah berkata...

Kredit: Dr Fadzilah Kamsah 

Ahad, Februari 05, 2023

Projek Pembangunan Stadium Shah Alam

 

Berkesempatan melihat model pembangunan baharu Stadium Shah Alam yang dipamerkan di SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam. 
5 Feb 2023

Jumaat, Februari 03, 2023

Bincang-bincang AJK Surau

 

Perbincangan antara AJK Surau Al-Ikhwan pada 3 Feb 2023 selepas solat Isyak bagi membincangkan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2023. Ini termasuk program Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. 

Bior Pape Asa Bergaye - Raisuddin Hamzah


Bior Pape Asa Bergaye
Raisuddin Hamzah
https://www.youtube.com/watch?v=Y2vAgjj4fQ4

1
Ape kerojenye sebok benor ke hulu ke hilior
Risonye teman entah ape dicarinye
Lagak gayenye banyak berduit
Labunnye besor tak mau ngalah… 

2
Dengor kabornye miker dah kaye raye (ye ke?)
Ape tidaknye dah dapat mentue kaye (ermmm)
Mewah hidupnye berkerete besor
Teman tau weh siape miker
(Aa bergaye miker ye)

3
Dah jodoh miker ape nak kate
Tembelang miker dah terbuke
Ape dimenong ape dipikior
Memang salah miker tanggong aje le (aaa iyenye) 

4
Salah miker takede keroje cari keroje
Tanah sedepe rete bende orhang punye
Tak kire ape dicemoh orhang
Bior le pape asa bergaye…

<Solo> 

Ulang 3, 1, 4
Aaaa itu le dienye
Rete orhang bukan rete kite
Rentikan le esok nebeh
Kulit perin esok rete orhang
Idak idak…

Khamis, Februari 02, 2023

Logo Malaysia MADANI

Saya mengusulkan Malaysia MADANI sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya. Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya. 
FB: Anwar Ibrahim 
 

Rabu, Februari 01, 2023

Pos: Kami sampaikan pakej keceriaan

Mesej positif: Kami sampaikan pakej keceriaan

Mesej ini ada di pejabat pos. Suka pergi ke pejabat pos bagi urusan bayar bil. Tambahan pula bila dapat dengar kakitangannya mengecop surat dengan cop besi..

"Tung tang... tung tang". Ini satu benda yang klasik yang ramai sudah tidak mengalaminya.

Tahun 1995 dulu pernah bertugas di bulan puasa sebagai kakitangan jangka pendek bagi menguruskan kad raya yang beribu-ribu jumlahnya. Masa tu geng KE Fajeli Rz pun ada sama.

1 Feb 2023

#PosMalaysia